Bagi sesetengah orang, malah pemancing sendiri pun masih ada yang belum jelas dengan istilah EGING.
Dari segi istilah, eging ialah satu perbuatan melontar dan menggayakan squid jig atau candat bagi memancing sotong.
Lazimnya sotong dikaitkan dengan eging ini ialah sotong mengabang atau bigfin squid.
Secara mudahnya eging ini bolehlah ditakrifkan sebagai mencandat sotong atau lebih senang disebut, casting sotong.
Eging, walaupun sudah lama bertapak di negara kita namun ia masih kurang sambutannya berbanding segmen memancing yang lain.
Ia boleh diterima akal lantaran tidak semua tempat amalan eging ini boleh dipratikkan.
Biarpun negara kita dikelilingi laut namun tidak semua pantai menjadi habitat sotong mengabang bagi membolehkan eging diaplikasikan.
Namun bagi pemancing yang sudah menceburi segmen ini pasti ada sesuatu yang membuatkan mereka teruja untuk terus memburu sotong mengabang sama ada melalui casting di pantai atau menggunakan bot.
Apa kata netizen:
“Feel dia tak sama macam ikan. Ini adalah delicate game, yang ada keunikan sendiri. Kita bukan nak rasa perlawanan semata-mata, tetapi juga menguji teknik memujuk sang mabang dan mendaratkannya. Kalau sekadar nak rasa fight, baik pergi main belanak.”
- GREENBLUE IKHWAN
“Lokasi berpotensi tak banyak nak main sotong ni. Di tempat saya, lokasi yang sesuai hanyalah di belakang muzium, kat hujung batu kawasan port orang park sampan, area jeti batu Tanjung Balau.”
- FARIN SAMSUDIN
“Orang Terengganu kata kuat jenggi… hahaha. Memang berhantu main sotong ni. Kalau tak percaya bolehlah cuba. Try dulu baru tau dia punya jenggi macam mana.”
- AHMAD FADZIL RAWI
“Masa duduk Labuan dulu pernah tengok orang bawak naik 1 kilo lebih punya saiz. Time kita pergi hampeh tak dapat. Lokasinya dekat Pulau Enoe hujung dekat Petronas. Situ ada lampu-lampu tepi tebing. Sekarang tak tau la boleh masuk lagi ke tak.”
- SAMS MIEY
“Tak tau nak cerita macam mana. Biar gambar di bawah ni je la yang berbicara. Ini merupakan candat yang agak killer di sini baru-baru ini.”
- SUWARDI AZMI
“Memang susah nak jelaskan dengan perkataan. Nak tau best ke tak best kena try dulu sekurang-kurangnya sekali. Kalau dah strike baru boleh tau kesannya macam mana. Lepas tu baru boleh cerita.”
- MOHD RIDZUAN
“Kena yang kasar memang syok layan lebih-lebih lagi kalau guna set ultra light. Nak main sotong tak boleh guna set light apatah lagi heavy. Memang tak rasa langsung la jawabnya.”
- CHEK ZAMZURI
“Eging daratan ni ada keunikan dan kepuasan tersendiri yang sukar untuk dibanding dengan memancing ikan. Kalau nak rasa strike macam strike ikan tu memang takdelah. Dia punya feel lain sikit.”
- MOHD ZULKIFLY MOHD JALIL
“Kalau ikutkan hati rasa macam nak letak dalam frame je sotong ni sebab colorful. Memang cantik gila. Sampaikan nak makan pun macam tak sampai hati. Hahahaha… tapi bila dah makan punya la sedapppp!”
- AHMED ALBAB
“Dia punya tarik je dah macam candat lekat kat tali unjam. Ingatkan dah tersangkut unjam… rupanya dia yang tersangkut pada candat. Tu yang seronok buat berdebar-debar tu. Semakin nak sampai ke permukaan semakin berdebar-debar. Selagi tak dinaikkan selagi itu jantung berdegup semacam.”
- MAT ALI