Gambar hiasan semata-mata

 

Amalan pemberian tips kepada tekong dan awak-awak dikatakan menjadi salah satu punca tekong bersikap memilih bulu.

Memilih bulu yang dimaksudkan ialah, tekong akan bawa pemancing yang beri tips ke lubuk-lubuk yang lebih berpotensi.

Sementara pemancing yang tidak pernah beri tips pula dibawa ke lubuk yang seadanya sahaja.

 

Gejala ini dikatakan bukan berlaku pada trip pancingan dasar semata-mata, ia turut menular terhadap trip jigging dan pancingan sukan seperti pancingan spesies ikan berparuh atau billfish juga.

 

Sementara bentuk tips pula tidak terhad kepada wang tunai sahaja. Ada juga pemancing yang menghadiahkan alatan pancing seperti gewang atau jig.

Malah ada juga yang menghadiahkan peralatan memancing utama seperti joran dan kekili.

 

Pada pandangan anda… apa baik buruknya amalan pemberian tips ini? Patutkah diamalkan atau dihapuskan sebelum ia menjadi wabak yang sukar untuk dibendung.

 

Apa kata netizen:

 

Kalau kita puas hati dengan servis tekong, tak salah kalau kita nak bagi tips. Mungkin kali kedua kita langgan servis dengan tekong sama, layanan mungkin lebih baik.

Ads

Tiada istilah pilih bulu bagi saya, sebab itu sumber pendapatan mereka. Mereka akan rugi kalau bersikap double standard dengan pelanggan sendiri.

➡ MOHD SUFIAN AHMAD

 

Saya hanya akan bagi tips selepas habis trip… depends. Kadang tekong tu sangat rajin dan baik. So rasanya tak salah bagi sedikit penghargaan.

Bukan bagi sebelum trip… kalau bagi sebelum trip maknanya dia rajin sebab kita bagi tips tu. Tu dah tak jadi penghargaan… dah jadi macam bagi extra bayaran untuk extra service pulak.

➡ NORMALA ABD RAHMAN

 

“Pada saya, tak perlu kot rasanya… kita dah bayar duit trip tu termasuk segala keperluan pemancing.

Sebagai tekong kena la ikhlas dalam kerjanya… tekong mantap nanti orang repeat lagi dan hebahkan kemantapan diorang tu.

➡ TAIB AZIZAN

Ads

 

“Memang patut sangat dihapuskan. Entah siapa la yang pandai-pandai bagi tips. Bukan apa, takut nanti next trip awak-awak jadi pemalas.

Baru naik dah mintak rokok sorang sekotak. Barang masak yang kita punya dia simpan… bila komplen kata owner bot kata kita ni kedekut pulak.

➡ PAING FAIZ

 

Tips… bahasa halus bagi rasuah. Pasal itulah Islam haramkan amalan ini kerana akibatnya. Walaupun dah digaji… tap kalau tak dibagi tips, lebih kurang je servisnya tapi bila dialas ‘tips’ tetiba ada energy macam minum extrajoss!

➡ MOHAMMAD NASIR

 

Apa pulak tips ni? Yang bagi duit sewa tu tak cukup ka? Kalau tekong bawa tempat yang takda ikan atau sebagainya boikot jelah. Pemancing dan tekong berpisah tiada saling perlu memerlukan dan juga perlu diingatkan iaitu customers always right…

➡ FENDI YUSOF

Ads

 

Pada pendapat saya laa… tak salah malah wajar sebenarnya kalau kita nak bagi hadiah atau tips sebab berpuas hati kepada tekong yang jujur, rajin, mesra, sudi beri tunjuk ajar

dan tidak kedekut ilmu, sentiasa menjaga keselamatan kita sehingga kita sampai ke jeti. Ia lebih kepada penghargaan dan terima kasih kepada tekong tersebut atas jasa dan servis yang terbaik yang diberikan kepada kita.

➡ NAZIBJ JAMAIN

 

Saya tak pernah bagi tips kat tekong… bayar seperti yg dijanjikan. Tapi hasil pancing saya offer untuk tekong kalau nak buat lauk kat rumah. Selebihnya baru bagi sama rata.

➡ AKIRA ESPIE

 

Saya selalu akan bagi tips kalau servis cantik. Bayar ribu-ribu pun takpe janji dia ikhlas tolong kita. Lepas tu dapat tips pulak.

➡ ZAID EDRIEKA

 

Ada pemancing beri tips pada tekong sebagai tanda puas hati dengan servis yang diterima. Tapi jika tekong minta tips sebelum bagi servis itu yang patut dielakkan.

➡ MOZA MOHKTAR

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI