Hari ini, penggunaan tali sulam ternyata mengatasi jumlah pengguna tali tangsi.

Namun, dalam pancingan kolam air tawar, jumlah pengguna tali sulam ternyata amat rendah berbanding pengguna tali tangsi.

Seolah-olah perkembangan sains memancing tidak mampu menerobos masuk ke dalam pagar kolam air tawar.

 

Kenapa agaknya tali tangsi begitu sinonim dengan kolam pancing air tawar?

Sehinggakan ada yang begitu taksub dengan penggunaan tali tangsi dan menganggap satu dosa besar jika menggunakan tali sulam.

Pengguna tali sulam bukan saja ditegur, malah ada juga yang dimarahi.

 

Tidak dinafikan masih ada sesetengah pemancing berstatus otai masih beranggapan tali braided akan menghasilkan dengungan di dalam dan dapat dilihat dengan jelas oleh ikan di dalam air.

Atas faktor-faktor itu ikan tidak mendekati umpan. Sekaligus ikan tidak masuk dan memakan umpan jika pemancing bersebelahan menggunakan tali sulam.

 

Hakikat sebenarnya tali sulam dicipta dengan teknologi terkini untuk membelah air sekaligus tidak menghasilkan dengungan atau buih berbanding tali tangsi.

Walau bagaimana pun penggunaan tali tangsi terbukti lebih berkesan berbanding tali braided.

 

Dengan penggunaan tali tangsi, mata kail boleh tertancap kemas pada mulut ikan. Begitu juga dengan peratusan strike.

Sifat tali braided yang tiada memori menyebabkan mata kail mudah terlucut.

Dan yang paling utama apabila bersilang tali dengan pemancing lain, tali tangsi lebih mudah dileraikan berbanding tali braided.

 

Jom kita tengok apa kata netizen apabila isu tali tangsi vs tali sulam di kolam pancingan air tawar diwacanakan.

Ads

 

 

 

Pendapat Netizen Umpan

 

“Bukan masalah ikan nampk tali atau tidak. Mata ikan tu dah la kecik pedih kena asid badam lagi.

Tapi bile kita memancing di kolam yang tinggi tekanan memancing (ikan susah makan umpan) permukaan tali braided kasar, memang buat ikan takut bila terlanggar badannya.

Kita akan biasa tengok pelampung meletop tapi ikan tak kena. Sebenarnyar ikan tu terkejut badan kena tali.

 

Bila tukar tangsi ikan kurang sensitif siap golek-golek tepi  pelampung. Cuma masalahnya umpan kat mata kail dia tak makan jugak sampi ke sudah. Hahahaha…

Sesiapa nak pakai braided pakai la… hak masing-masing. Tapi jangan lupa pakai shock leader dalam sedepa dua. 

Jangan nanti patin rempit shot disentapnya putus, lepas tu cerita kat orang gorila makan umpan pulak. Lagi satu, pakai braided ni berhantu. 

Tali goyang-goyang macam ikan tengah makan tapi takde pun. Eee… seram! Pakai je la tali tangsi.”

Ads

– MOHD AZRIL AZNAN

 

“Aku pernah kena marah. Bila ikan makan umpan.. .sekali aku tarik, yang seberang kolam pun tarik jugak. Masing-masing dengan aksi-aksi terpendam. 1 jam 35 minit bertarung.

Rupa-rupanya kami lawan tarik tali. Hahahaha… mengamuk dia pergi kat aku. Dia punya marah sampai umpan aku dia buang dalam kolam… cilakak betul. Mujur aku waras… kalau tak berbirat badan beliau.”

– FIRDAUS BAHAROM

 

“Tu tak teruk sangat admin… ada yang lagi teruk perangai otai-otai kolam. Kita nak memancing santai ada pulak mulut-mulut puaka memekak kat kolam. Macam dia je yang bagus.”

– SYAFIQ NEXAVE

 

“Tali benang ni tajam… kalau dia kirap tali tangsi boleh putus. Lagi satu tali benang lambat tengelam. Bila ditiup angin mula la kacau pemancing lain. Pasal itulah pengguna tali tangsi kurang gemar pada pengguna tali sulam ni.”

– JOHNSON JOHNNY

 

“Saya tak pernah dimarahi atau memarahi sesiapa pun. Sebab kolam sama-sama bayar… nak pakai apa, pakailah.

Ads

Janji tak susahkan orang lain. Kalau terbelit dan jadi macam tali jemuran… senang potong je. Pemancing kolam yang ori akan faham.”

– FIRDAUS NORDDIN

 

“Jarang orang pakai braided kat kolam. Lagi-lagi kolam air tawar. Tambah-tambah time game. Sebab peratus untuk bersimpul dengan tali lain tinggi bila mancing kolam ni. 

Kalau bersimpul tali lain jawabnya potong je la. Saggup ke asyik nak ptong tali braided yang mahal tu. Tangsi baru RM10 je segulung tu pun dah kuat.”

– MAZWAN ROS MAZALAN

 

“Pernah sekali mancing kolam kat Kepong… orang tu marah sebab tali dia berpintal dengan tali aku. Tapi yang salah tu dia layan ikan sampai masuk line saya. 

Dah terbelit dia marah pula lepas tu dia cakap jangun guna tali sulam lagi… guna tali mono!”

– TONIJAA JAA

 

“Hak masing-masing. Kalau asyik nak kondem orang je pun tak boleh, takde semangat kesukanan memancing langsung. 

Kalau nak ikan banyak, pergi pancing dekat pasar borong sana. Macam-macam boleh dapat. Hahaha…!”

– FIRDAUS JOHAN

 

“Pernah kena marah… Dia yang baling melintang, kita pulak dimarahinya. Pindah tempat pun sama. Tetap boleh bersilang dengan orang yang sama. 

Pelampung dia hanyut tak jaga, dia salahkan orang. Boleh pulak dia kata ‘tak pandai mancing kolam ke?’. Last geram punya pasal… silangkan je sampai sangkut. Puas hati aku!”

– HAIRULLIZAM MRBADUT

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI