Kami menyeru kepada anda agar hentikan seksaan kepada spesies pengacau ataupun ikan yang anda tidak ingini. Lepaskanlah mereka semula ke habitat dengan berhemah.

Jika berniat hendak dijadikan umpan, pastikan anda benar-benar menggunakannya. Janganlah dibiarkan mati kekeringan di atas darat.

 

Jom kita tengok apa kata netizen tentang isu `spesies pengacau: kenapa perlu diseksa?”

 

TAIB AZIZAN

“Aku sebagai pemancing kadang-kadang ada juga buat macam ni. Tambah-tambah masa ikan tak makan umpan.

Memang rasa marah… bagus juga admin buat topik ni. Rasa sesal pun ada. Lepas ni aku akan lepas balik kalau dapat spesies yang tak diingini ni.”

 

MOHD ZULKIFLY MOHD JALIL

“Tak perlu menghukum haiwan-haiwan tersebut. Sebaliknya kita perlulah rasional dan rileks… haiwan tersebut tak bersalah. Biasalah, adat memancing.

Jika tiada keimanan di dalam diri begitu juga, kena ingat di akhirat kelak mereka (haiwan-haiwan) ini akan membalas semula kezaliman kita lakukan.”

 

ANUAR OSMAN

Ads

“Memancing ni mendidik kita supaya menjadi manusia yang sabar. Ramai pemancing tegar sanggup menunggu berjam-jam lamanya untuk ikan menjamah dan melarikan umpan.

Tiba-tiba ikan pengacau pula yang tersangkut. Sekali lagi kesabaran pemancing diuji. Sabarlah… lepaskan aje. Janganlah diseksa.”

 

AMIR BIN MUSAH

“Setiap hari Allah sudah bahagi-bahagikan rezeki kepada hambanya di muka bumi ni. Anggap saja ikan pengacau tu rezeki cuma kita yang tak nak makan dan boleh lepaskan balik.

Lagipun kadang-kadang best juga layan buntal kalau guna set ringan. Hehehe… sesungguhnya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.”

 

FAIZAL PEJE

“Selalunya kalau dapat buntal asing dulu dan lepaskan di celah lopak batu. Bila air pasang, baru bebaskan semula.

Memang geram kadang-kadang, tapi bila fikir balik boleh tersenyum sebab jadi penyelamat kumpaw.”

Ads

 

SUHAIMI BIN MOHAMAD

“Kalau tak nak makan atau tak boleh makan elok lepaskan saja. Dia pun ada hak untuk hidup. Siapalah kita untuk mencabut nyawa tanpa sebab yang kukuh.

Kalau binatang merbahaya bolehlah dibunuh tapi tak boleh diseksa. Ikan-ikan yang dah mati, boleh la kita niatkan bagi makan kucing atau bagi lain-lain ikan makan, jika kita tak mahu.”

 

FIRDAUSS DAUSS

“Kalau niat untuk seksa memang dah dikira berdosa. Kadang-kadang spesies ni boleh juga dibuat umpan. Contoh seperti sesirat.

Ada ikan tertentu yang makan… contoh macam pari, duri, malong dan yang lain-lain.”

 

Wacana – Spesies Pengacau Umpan, Perlu Ke Diseksa??

Ads

baca juga Wacana: Gantung Joran Selepas kahwin?

 

MOHD AZRAI

“Tak perlulah sampai nak maki seksa binatang ni. Tak nak lepas balik. Bukan susah pun. Mungkin rezeki lain menanti. Ikan besar barangkali. Mana tau, kan?

Lagipun, doh ngail dalam air, ikan yang nampak dululah makan. Kalau tak nak dia makan, tulis kat mata kail ‘Sirat, buntal tak boleh, siakap saje!’.”

 

PETRE B. ROMANCON

“Sedih bila ingat kembali zaman kanak-kanak, asal sahaja dapat spesies pengacau (buntal dan lain-lain) memang akan dibiarkan mati kekeringan.

Sekarang bila terlihat kanak-kanak buat perkara yang sama memang saya akan tegur dan nasihat mereka lepaskan semula ke habitat asal.

Dah sampai masa kesedaran tentang alam sekitar kita terapkan ke dalam sanubari anak muda sekarang.”

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI