Haruan adalah ikan yang paling banyak dipancing di Malaysia. Selain dari taburan lokasi memancingnya yang meluas, pancingan haruan menjadi popular dan diminati ramai kaki pancing kerana sifat karnibalistik dan teritorialnya.

 

Atau lebih tepat lagi kerana sifatnya menyambar umpan. Ia boleh dipancing dengan pelbagai cara atau teknik.

Bagi kaedah pancingan dasar atau bottom fishing, umpan yang sering digunakan dan berkesan adalah umpan semulajadi seperti katak, anak ikan, cacing, cicak, udang sungai ataupun cengkerik.

Begitu juga dengan pancingan menggunakan pelampung.

 

WACANA: Pancingan & Masa Depan Ikan Haruan

 

Meskipun kedua-dua kaedah ini amat praktikal untuk mendapatkan haruan, namun kaedah mengilat, baling tarik atau lebih popular dengan istilah casting adalah kaedah yang paling digemari.

 

Ads

Mengilat atau casting menggunakan umpan semulajadi seperti katak, anak ikan dan cicak telah lama diguna pakai dan masih dipakai sebelum munculnya umpan tiruan.

Gewang tiruan berbentuk ikan, katak getah atau katak rambutan, spinerbaits atau janggut, sesudu dan juga soft plastic gulp kini lebih digemari kerana keberkesanan serta lebih mudah untuk diguna pakai.

Terutamanya kaki-kaki pancing yang menggilai teknik casting dan sport fishing.

 

Aspek pengendalian

Dalam pengendalian tangkapan terutamanya melalui teknik casting menggunakan gewang mata tiga, selain dari perlu berhati-hati ketika membuat balingan, agar tidak berlaku

insiden tercangkup mata tiga pada kepala atau badan sendiri mahupun rakan yang berdekatan, ketika melepaskan mata tiga dari mulut ikan juga harus dilakukan secara cermat.

Ads

 

WACANA: Pancingan & Masa Depan Ikan Haruan

Haruan bukanlah ikan bersengat atau berduri tajam seperti keli, baung atau patin, namun giginya yang tajam dan badannya licin berlendir serta kuat meronta untuk melepaskan diri menyebabkan ia sukar untuk dikendalikan.

Dalam proses pengendalian inilah lazimnya berlaku insiden yang tidak diingini seperti mata kail yang melekat pada mulut haruan boleh berpindah ke tangan pemancing pula.

 

Harapan dan masa depan

Haruan akan terus diburu untuk memenuhi permintaan tinggi di pasaran dan keinginan kaki pancing melampiaskan keseronokan mengilat.

Ads

Dengan tekanan memancing dan buruan yang tinggi, pencemaran yang kian membunuh habitatnya, serta persaingan kemandirian hidup ekoran kerakusan ikan pendatang seperti

peacock bass yang kian menjarah lokasinya, tidak mustahil suatu hari nanti haruan akan mengalami kepupusan.

 

Sudah banyak kejadian di mana haruan yang mendiami lokasi sama bersama peacock bass, tidak berupaya untuk bersaing merebut makanan sekaligus merencatkan tumbesarannya.

Ia sudah memperlihatkan tanda-tanda awal kerana pada hari ini usaha untuk menjejaknya tidak lagi semudah dahulu.

 

WACANA: Pancingan & Masa Depan Ikan Haruan
haruan tak cukup makan

 

Ia tidak lagi semudah ke belakang rumah untuk mencarinya. Begitu juga untuk mendaratkan spesimen berskala mega.

Makin sukar untuk tersenyum bangga menjinakkan haruan sebesar paha atau betis orang dewasa. Untuk menikmatinya harus meredah hutan belukar atau lokasi yang belum pernah diterokai.

Jika tiada sebarang usaha dilakukan, maka populasi haruan akan semakin mengecil dan semakin sukar untuk diperolehi.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI