Wacana: Kepercayaan pada baju buntat? @

Share

 

Sekiranya anda salah seorang penonton siri Monster River, pastinya ada perasan pengacaranya kerap memakai baju-t yang sudah koyak rabak.

Baju tersebut dianggap sebagai lucky shirt atau baju bertuah yang biasa disebut oleh kalangan pemancing sebagai baju buntat.

 

Secara peribadi, admin 100% tidak menaruh kepercayaan terhadap buntat atau apa saja barang yang dianggap membawa tuah ini.

Cuma kadangkala, apabila memakai sesuatu pakaian tersebut, rezeki memancing pada hari tersebut macam menjadi-jadi pulak.

Bila sarung pakaian lain, kurang pula menjadi atau hampir kumpau dibuatnya. Kemudian, bila sarung kembali pakaian yang dianggap bertuah tersebut, rezeki kembali menjadi.

 

Rentetan dari kejadian seperti itulah tanpa sedar ia telah mengheret kita untuk mempercayainya. Malah, ia turut menaikkan semangat dan keyakinan apabila memakainya.

 

Admin percaya sedikit para pemancing walaupun tidak mempercayai sepenuhya, sedikit sebanyak tetap percaya juga pada baju buntat ni. Jom kita tengok apa kata netizen…

 

 💡 ABU FARISH ASRI

“Rezeki tu Allah bagi. Takde kena mengena dengan baju. Syirik kalau percaya pakai baju, pancing, gewang, reel dan lain-lain yang kita rasa lucky bila pakai atau guna.

Akidah kena jaga. Bismillah tawakkal, simple.”

 

 💡 MOHD AKBAR

“Saya pun ada baju khas untuk memancing. Kalau pakai baju tu memang confirm dapat ikan besar-besar. Biar koyak pun takpe. Last-last baju tu terbakar.

Sekarang dah takde dah baju special. Mancing pun kadang-kadang bangau.”

 

 💡 JAI HANAFI

“Teman idok ler percaya sangat pasal baju buntat ni. Tapi tu la… tiap kali turun mancing suka sangat pakai baju selai ni. Orang perak kata dekor (menjadi).

Tapi itu lebih kepada rezeki. Kalau nak kumpau tu kumpau jugak. Hahahahaha…”

 

 💡 KETAM KIRA DUIT

“Petua tu… dulu kalau pergi memancing memang kena pakai baju buntat. Lagi satu mak cakap jangan mandi pagi… bangun je terus pergi memancing. Baru dapat banyak ikan.”

 

 💡 BU LAN

“Ni bukan pasal buntat tapi nak bagi mantera memancing… ‘hulur-hulur tali perambut, aku hulur kau sangkut, kau tak makan sakit perut, aku tarik kau sangkut.

Ini mantera jangan percaya sangat. Kalau percaya kompom kumpau. Hahahaha.”

 

 

 💡 RANTING TAIB ANDAK

“Nak kata baju buntat rasanya bukan. Kalau trademark tu mungkin la. Kami kalau nak turun mengail tak kira kolam ke… sungai ke janji pergi mengail pakai baju hitam…. hahahaha.”

 

 💡 SU-HILL DGN

“Saya pun ada… memang suka pakai bila pergi mancing. Ada rezeki untunglah, tak ada rezeki nasib laa… Allah yang bagi.

Setiap kaki pancing memang ada baju dia suka pakai bila nak pergi memancing. Bohong la kalau cakap takde langsung barang bertuah termasuklah set pancing.”

 

 💡 SYAHRAIN SYAHMI

“Baju buntat memang tak ada. Tapi aku ada baju khas… baju khas berupa unifom kerja ni selalu pakai untuk mengelak bini tau aku pergi memancing.

Hahaha… korang boleh try taktik aku demi kesejahteraan rumahtangga.”

 

 💡 MOHD FANDI IBRAHIM

“Memang betul! Pada awalnya aku pun macam tak nak percaya. Tapi itulah… dah dua kali dapat ikan besar dengan baju yang sama.”

 

 💡 ABU HASSAN ABD RAZAK

“Ini semua boleh menjurus kepada syirik. Tak payah la buat benda karut-marut ni. Benda macam ni memang setan suka hasut supaya kita percaya.”

 

 💡 ANDREW JAMES

“Saya percaya pada baju bertuah… lucky shirt. Bukan saja baju, reel pun sama. Reel dah patah tapi still guna sebab tuahnya bagus.”

 

SHARIFUDIN HABIBI

“Rezeki itu datang dari Allah… mulalah memancing dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah walaupun kumpau.

Sekurang-kurangnya kita dah dapat rezeki pergi memancing. Ada sesetengah orang nak memancing pun langsung tak berpeluang.”

 

 

Published by
Amang