Dalam lapangan pancing di Malaysia, harus diakui sumber perikanan kita terutama air tawar semakin hari semakin tenat.

Biasanya, lubuk-lubuk yang ada sering kali akan mati dalam hayat yang pendek jika lokasinya menjadi umum.

Kemudiannya, timbul pula isu simpan lubuk yang akhirnya menimbulkan cakap-cakap belakang.

 

Mari kita cuba lihat sejenak dan fikirkan, aktiviti memancing secara logik tidak akan mengundang bala kepada sumber perikanan.

Yang ketara dan penyumbang utama ialah aktiviti penangkapan ikan yang tidak beretika seperti yang menjaring, mengebom, penggunaan racun atau tuba.

Ads

Maka golongan ini wajib dibendung dengan apa cara sekalipun.

 

Jujurnya, sukar untuk mengharapkana pihak berwajib sahaja. Jadi di sinilah peranan kita sebagai pemancing beretika, berilmu dan sayangkan sumber perikanan kita.

Lantas menjadi tugas kita, menghalang aktiviti tak beretika iniasekurang-kurangnya dalam kalangana rakan-rakan kita sendiri.

Ads

Jika tidak mampu menghalang secara fizikal, sekurang-kurangnya kita menasihati mereka dan menyedarkan mereka tentang kepentingan sumber ini dan apa akibat buruk daripada perbuatan mereka.

 

Selain itu, dalam melihat kesilapan orang lain, kita sendiri kadangkala lupa untuk melihat diri sendiri.

Ads

Kadangkala kita masuk ke hutan untuk trekking, camping dan memancing. Apabila mahu pulang banyak sampah seperti plastik atau tin yang ditinggalkan di campsite oleh grup kita.

Secara tidak langsung, kita turut menyumbang kepada berlakunya kerosakan sumber ini. Inilah perkara yang perlu kita elakkan, nampak remeh namun kesannya cukup dalam.

 

Sebagai pemancing, pastilah isu ini terasa dekat dengan kita. Pemancing dan sumber ikan seperti sungai ibarat simbiosis dan saling memerlukan.

Jadi, tanpa menuding jari kepada sesiapa, sama-samalah kita mengambil langkah sewajarnya dalam meneruskan kelestarian alam sekitar seterusnya dapat memberikan kepuasan dalam hobi kesayangan kita ini.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI