Pemancing ni nampak macam sama, tapi pada hakikatnya mereka adalah berbeza-beza. Percaya atau tidak? Berikut adalah kategori pemancing tersebut.

 

G: Menangkap ikan besar

Mereka dalam kategori ini adalah pemburu ikan yang sebenar. Mereka hanya inginkan ikan yang besar dan bersaiz mega.

Peralatan memancing yang digunakan juga merupakan yang kuat, tahan lasak dan biasanya berjenama.

Mendapat ikan yang besar merupakan ganjaran paling tinggi yang ingin dicapai oleh pemancing kategori ini.

 

Di negara barat, mereka mengawet ikan yang ditangkap dan diletak di dinding rumah sebagai trofi.

Memang benar, semua pemancing pelbagai peringkat usia mahukan ikan besar. Akan tetapi pemancing kategori ini merupakan pemburu ikan besar yang serius, dan biasanya mereka sangat berpengalaman dan sudah lama terlibat dalam aktiviti memancing.

 

H: Menangkap ikan dengan banyak

Ada juga kategori pemancing yang mahu menangkap ikan dengan banyak. Saiz bukanlah ukuran, yang penting ikan yang didaratkan adalah dalam jumlah yang banyak.

Mereka tidak pentingkan spesies, asalkan yang boleh dimakan atau dibawa pulang. Sementara itu, ada juga dikalangan mereka yang mahukan ikan yang banyak, tetapi

membawa pulang hanya beberapa ekor sahaja (mungkin bawa pulang 2 atau 3 ekor), yang selebihnya dilepaskan semuala ke dalam air.

Di negara barat, agensi yang megurus sumber perikanan akan mengawal hasil tangkapan golongan pemancing ini dengan mengenalkan peraturan ‘bag limit’. Iaitu dengan menghadkan jumlah tangkapan pemancing pada satu-satu masa.

 

H: Menangkap ikan spesies tertentu

IKLAN

Pemancing dalam kumpulan ini adalah sangat spesifik. Mereka memancing hanya untuk mendapatkan spesies tertentu sahaja.

Sebagai contoh pemburu toman atau pemburu kelah. Mereka ini sangat spesifik, bukan sahaja dari segi spesies yang dimahukan, malah peralatan dan kelengkapan juga adalah yang khusus untuk menangkap spesies tertentu sahaja.

Mereka juga arif dan mahir dengan selok belok habitat atau lubuk bagi spesies buruan. Mereka ini biasanya terdiri dari golongan ‘pemancing veteran’, iaitu mereka yang telah

lama memancing, berpengalaman serta mempunyai pengetahuan luas dalam aktiviti memancing. Kadangkala, mereka melepaskan semula ikan yang ditangkap ke habitat asal.

 

I: Membawa pulang ikan

Bagi pemancing yang gemar membawa pulang ikan yang ditangkap, terdapat beberapa kategori yang boleh diperincikan.

 

i) Ikan untuk dimakan: terdapat golongan pemancing yang suka memakan ikan yang ditangkap.

Ikan merupakan sumber protein penting, dan membawa pulang ikan sebagai lauk makan malam merupakan ganjaran terbesar bagi pemancing kategori ini.

Mereka menggabungkan memancing sebagai hobi dan ikan sebagai sumber protein. Ikan yang diperolehi sedikit sebanyak dapat menjimatkan perbelanjaan harian.

IKLAN

Selain itu, ikan spesies mahal mempunyai rasa yang enak dan sedap dimakan. Berbaloi untuk menangkapnya sendiri daripada membelinya di pasar.

 

ii) Ikan untuk dijual: ada juga golongan pemancing yang menjual hasil tangkapan. Selain memancing sebagai hobi, mereka juga dapat menjana pendapatan sampingan.

Jika mereka memancing di kolam berbayar, sekurang-kurangnya hasil jualan dapat menampung kos bayaran di kolam.

Duit lebih, jika ada, dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan lain. Jika bernasib baik, ikan yang didaratkan mampu memberi pulangan lumayan kepada pemancing,

sekiranya ikan tersebut merupakan spesies mahal, sebagai contoh ikan ketutu. Mereka masih tergolong dalam kategori pemancing rekreasi, sekiranya tujuan utama mereka adalah ‘mencari rekreasi’ dan bukan untuk mendapat keuntungan kewangan semata-mata.

 

iii) Ikan untuk ditukar dengan barangan yang lain: terdapat di kalangan pemancing yang menukar ikan yang ditangkap dengan barangan lain.

Mereka akan memberi ikan yang ditangkap kepada jiran atau rakan, bagi mendapatkan barangan lain seperti sayuran atau buah-buahan.

Dengarnya seperti sistem ‘barter’ yang wujud pada zaman dahulu. Realitinya, golongan pemancing begini masih wujud, walaupun di negara maju.

Menukar dengan barangan lain merupakan salah satu kepuasan bagi pemancing kategori ini.

IKLAN

Selain itu, mereka juga dapat membina jaringan sosial atau hubungan baik sesama jiran dan rakan.

 

iv) Ikan untuk diberi kepada orang lain: mereka yang terdiri dalam kategori ini mempunyai ciri utama seorang pemancing sejati.

Memberi ikan yang ditangkap kepada orang lain bukan sahaja dapat memberikan ‘kepuasan’ kepada pemancing, malah dapat membina hubungan silaturahim atau jaringan sosial dengan masyarakat.

Pemancing juga dapat membantu golongan yang memerlukan, selari dengan idea memberi zakat dalam agama.

Kebiasaannya pemancing ikhlas dan tidak mahu menerima sebarang balasan. Sikap pemurah, berkongsi dan suka memberi memang sinonim dengan hampir kesemua pemancing di Malaysia.

… bersambung

 

Oleh:

Dr. Izharuddin Shah Kamaruddin

Pensyarah Perikanan Rekreasi, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia

 

Rujukan:

Fedler dan Ditton (1986). Environmental Management. https://doi.org/10.1007/BF01867360.

Kyle dan rakan (2007). Human Dimensions of Wildlife. https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/10871200701196066.

Arlinghaus dan rakan (2008). Fisheries Research. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0165783607003645.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI