Wacana : Ceroboh Port Larangan Memancing!!

Share

 

Ia seperti menjadi satu tabiat buruk yang sukar untuk ditinggalkan oleh para pemancing – di mana kawasan larangan memancing, di situlah mereka akan memancing!

 

Contoh paling mudah ialah di atas jambatan sungai. Walau jelas terpampang papan tanda larangan memancing, tetap berbaris sepanjang jambatan dengan pemancing.

Begitu juga di tempat-tempat lain seperti tasik rekreasi atau kawasan persendirian.

 

Anehnya, walaupun belum pasti kawasan tersebut banyak terdapat ikan, mereka tetap akan cerobohinya berikutan daya tarik amaran pada papan tanda tersebut.

Semua pemancing seperti sependapat bahawa tempat yang dilarang memancing itulah yang seronok dijadikan spot memancing.

Hasil sudah jadi nombor dua. Janji dapat memancing.

 

Secara jujurnya pernah tak anda melanggar peraturan larangan memancing sebegini?

Kalau pernah buat, jom kita kongsi bersama spot atau lokasi larangan yang pernah anda terjah!

 

(Apa kata netizen…)

 

 

 

💡 ADLIZAN IJAN

“Pernah… dekat empangan Sembrong, Johor. Masuk dalam pagar kawasan dam. Baung punya banyak besar-besar… gila tak ceroboh! 

Sekali satu hari ada polis dok kejar. Mencicit lari keluar. Sampai selipar pun hilang entah ke mana. Hahaha…!”

 

💡 ULL UNGKALLAZI

“Sekadar papan tanda… aku peduli apa. Kalau dah tengok ikan macam pesta minta makan kat situ. 

Tapi jangan tiru macam saya… hahahahhahahha. Port rahsia jeti awam Darwin, Australia.”

 

💡 SALAMANDER COOL

“Kolam takungan Agrobest Nenasi, Pekan. Haruan dengan bulan peeghhhh… toksah nak cakap. 

Berbuih lepas hujan dia melompat. Tapi tapi apakan daya… taman larangan! Huhuhu.”

 

💡 DUDEN RIDHZUAN

“Bohong la cakap kalau tak pernah. Masa tu mancing malam kat kolam dalam UTHM. Sudahnya kena hambat dengan guard.”

 

💡 AZMAN NORDIN

“Jeti Feri Majlis Perbandaran Kuantan… kena halau dengan pak guard. Masa kena halau itu la siakap lalu sepasang. Putih je mata… kikikiki.”

 

💡 MOHAMAD FAIZAL DAUD

“Saya masuk kolam smart kat Desa Petaling. Akibatnya pancing patah oleh libasan ikan hitam yang tak diketahui spesies apa. Ngeri siot!”

 

💡 AHMAD FAHMI AHMAD

“Macam biasa la loji kumbahan jadi sasaran gasak keli dengan tilapia. Tapi tak makan la ikan tu. Bagi free kat Bangla dengan Nepal. Janji dapat lepas gian memancing. Hahahaha.”

 

💡 AYIE AZZAHARI

“Penang Port. Kawasan hujung port… ikan kerapu berenang-renang celah batu macam ikan puyu je dia punya banyak. Hang boleh ka tengok saja?”

 

💡 AZRI MATT JC

“Port biasa atas jambatan la… mana lagi. Memang dah cukup jelas papan tanda dilarang memancing. Kumpau pun tetap nak memancing jugak. Memang pelik pemancing ni, admin.”

 

 

💡 MOHD SAFWAN MOHD NOOR

“Pernah! Pernah masuk casting kat kolam kondominium, penuh dengan toman. Sampai kena halau dengan security guard. 

Dia cakap ada penghuni komplen. Itu pun nak komplen… entah apa-apa. (Lokasi – Kasuma Resort, Kuching).”

 

💡 ENCIK AZLAN ABDUL WAHAB

“Avani Sepang Goldcoast Resort tapi memancing dalam bilik je la. Tapi memang menjadi… campak angkat campak angkat! Ikan macam cendol kat bawah beb!”

 

💡 HAFIZI KAMARUDIIN

“McD Port Dickson.… memang tak perasan ada signboard larangan memancing. Patut pun orang usha semacam je… hahaha.”

Published by
Amang