Jabatan Perikanan melarang membawa masuk beberapa spesies pendatang ke dalam negara, apatah lagi melepaskannya ke sistem perairan terbuka.

Anehnya, pemancing kita hari ini begitu taksub pula mengamalkan konsep tangkap dan lepas spesies pendatang ini, terutamanya ikan raja atau peacock bass.

Pada masa yang sama cukup berbangga dengan menggalas pulang spesies tempatan yang semakin berkurangan hari ini terutamanya kelah dan sebarau.

 

Admin cukup sedih melihat perkembangan songsang ini… korang pula bagaimana?

 

 💡 AHMADUL AZMI

Allah cipta ikan untuk makanan. Kalau rasa nak pancing untuk makan… makan je la. Kalau nak buat main, nak test lure joran atau reel bukan itu caranya.

Kalau nak jaga keturunan atau ekosistem ikan dengan cara CnR baik tak payah pancing terus. Sebab kita lepas pun belum tau dia hidup. Lagi menyeksa adalah.

Jika secara tak sengaja tertangkap spesies yang memang kita tak nak makan atau memang tak boleh makan setuju la lepaskan. Contoh terlalu kecil atau ikan beracun.

 

 💡 WAN ISLAHUDDIN WAN ALI

Kalau semua pemancing Malaysia berdisiplin tinggi, sedar baik buruk spesies pendatang kepada ekosistem tempatan, boleh la.

Nak bisnes? Tak salah kalau buatkan satu spot buatan manusia, lambakan spesies pendatang yang agresif bila terkena pancingan.

Spot haruslah di kawasan yang berjauhan dari sistem sungai. Pemancing harus tau limitnya. Takkan bawa balik, letak dalam akuarium.

Nanti sampai masa, tak mampu dah nak tanggung kepelahapannya, terus pergi lepaskan kat tasik-tasik yang berhubung dengan sistem sungai.

Tak boleh nak komen lebih-lebih. Tempat koi sendiri ‘halal’ bawa masuk si patin Mekong tu. Selamat bergembira melayan Mekong 100 kg dari tebing Sungai Pahang dalam masa lagi lima tahun rodong-rodong Pahang koi.

Ads

Salam takziah jika anak cucu dah tak kenal patin buah dan patin muncung lagi lepas ni.

 

 💡 MOHD FAHMI MOHD AZMI

Untung yang duduk di luar bandar masih banyak spot memancing kaya dengan local gamefish. Bagi kami yang tinggal di kawasan membangun/bandar ni sangat terhad spot memancing.

Banyak yang ada pun dalam kategori tasik buatan manusia yang sumber airnya dari parit industri dan perumahan yang sudah lama dilambakkan dengan spesies luar sebelum saya lahir lagi.

Saya setuju spot asli dan yang masih terpelihara jangan diperkenalkan spesies luar. Dan saya sendiri selalu berpesan untuk mengamalkan CnR dan jaga spot memancing yang sedia ada sebab majoriti anglers dikekang masa dan kewangan.

Kami tidak mampu untuk trip jauh setiap minggu. Setuju juga penguatkuasaan yang telus perlu untuk menjaga populasi ikan tempatan.

 

 💡 AZHAR USMPENANG

Inilah yang saya canang pada semua kaki pancing sebelum ini. Ikan PB, patin Mekong, pacu dan lain-lain ikan pendatang adalah tidak harus kita CnR.

Memanglah ia ikan game yang pasti syok melayannya tapi berbaloikah dengan kepuasan dalam lima minit melayannya bila kena hook berbanding kerosakan ekosistem ikan-ikan asal negara kita akibat pemangsa ini.

Jika kita tak ambil iktibar akibat kepupusan ikan-ikan yang sebelum ini maka generasi kita nanti akan dapat melihat di dalam kalendar pasang surut atau pun buku-buku perikanan air tawar sahaja. Bertindaklah dari sekarang demi melestarikan ikan asal kita.

Ads

 

 💡 AMIRRUL HAMKA ISMAIL HISHAM

Maaf cakap… ikan PB memang dah beri kesan kat area Gopeng. Banyak lombong terbiar yang dulu banyak ikan tempatan kini dah pupus. Toman pun kalah dengan PB ni.

Sekarang PB pun dah besar kepala dan makan sesama sendiri sebab anak ikan udang tak boleh hidup… ikan PB ni terlampau rakus.

Aku rasa amat patut kerana tempat aku sudah terkesan dengan ikan PB.

 

 💡 AYEN LA

Falsafah aku senang saja. Bila ikan ni ada dalam lombong atau tasik yang tak bersambung mana-mana sungai, aku CnR saja kalau nak tapau pun yang besar dua tiga ekor je sebab

tau dah ikan dalam tu tak pi mana pun. Dan kalau jumpa kat open river, delta ke apa ke yang bersambung dengan sistem sungai memang aku tapau habis-habis.

 

 💡 FAIZAL ABDULLAH

Pendatang harus dihapuskan. Ini adalah spesies masuk rumah orang buat macam rumah sendiri.

Ads

 

 💡 AYIE AZZAHARI

Hairan juga aku dulu kat lombong Pantai Kamloon, Penang takde PB ni sekarang dah ada. Makhluk mana la pergi lepas kat situ.

 

 ➡ EDDY CALLEIGHT

Tengok juga kalau dah satu tasik memang dah kena conquer dengan PB elok dibiarkan je PB tu membiak. Kalau masih belum dominan elok di deep fry. Hehe.

 

 💡 MOHAMMAD AZRINSHA

Patutnya port yang ada ikan ni jangan ditutup. Kasi can angler kutip sampai pupus… haha.

 

 💡 ZASRIL ARIEL

Pancing bawak balik je ikan ni. Tapi orang Malaysia tak ramai CnR tak payah risau. Majoriti angler Malaysia tangkap dan dapur.

 

 💡 SAIFUL SULONG

Jangan risau orang Malaysia mesti tapau habis. Macam kat Kuantan ada kejap ikan ni tapi sekarang memang habis kena tapau.

Orang bawa balik macam stok setahun makan ikan tu je. Katanya sedap isi ikan ni.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI