Ikan haruan memiliki lendir dan sisik tebal yang agar sukar untuk dikendalikan. Kalau korang tak biasa menyiang ikan haruan, ikutilah cara yang kami sediakan ini. Kaedah lama ini agak mudah dan cepat untuk dilakukan.
Langkah pertama untuk menyiang ikan haruan ialah mematikannya jika ia masih hidup. Cara paling cepat adalah dengan mengetuk bahagian belakang kepalanya. Paling tepat adalah pada bahagian penyambungan kepala dan badannya.
Kemudian cari ranting pokok atau kayu bulat sebesar jari dan panjang kira-kira sejengkal. Tusuk hujung kayu ke dalam mulut haruan hingga ke insangnya.
Fungsi kayu tersebut sebagai tempat memegang kerana badan haruan agak licin untuk dipegang ketika menyiangnya.
Tulang insang yang berduri akan membuatkan kayu tidak mudah tergelincir keluar. Malah, anda boleh mengeluarkan insang ikan melalui mulutnya dengan dua batang kayu bulat kecil seperti copstik, jika pandai.
Setelah dibuang semua sisik ikan, buang juga semua sirip sama ada dengan memotong atau mengguntingnya.
Jika rajin, anda juga boleh memotong sedikit muncung haruan bagi mengeluarkan giginya. Gigi ikan yang tidak dibuang boleh menyebabkan mulut kita terluka ketika memakannya nanti.
Setelah sirip ikan dibuang, barulah kita membuang perut ikan dengan cara memutuskan sambungan badan di bahagian bawah kepalanya. Kemudian barulah membelah bahagaian bawah kepalanya hingga ke perut.
Kemudian keluarkan semua isi perutnya dan potong badan ikan mengikut kesesuaian dan selera anda. Akhir sekali potongan ikan dibersihkan dan gunalah petua yang anda anda untuk menghilangkan rasa hanyir.
Seperkara lain, sekiranya haruan itu bertelur, telur haruan itu boleh diambil kerana ia juga sedap dimakan.
Perut ikan haruan sebenarnya juga boleh dimakan tetapi perlu dibersihkan dengan rapi terlebih dahulu. Dan yang paling penting pundi hempedunya perlu dibuang.
Sekiranya hempedu ini tidak dibuang buang atau pecah, ia boleh menyebabkan daging ikan menjadi pahit.
Simpulan Buffer atau Buffer loop merupakan satu ikatan penyambungan mata kail dan perambut yang sangat sesuai untuk pancingan menggunakan umpan ikan hidup. Walaupun menggunakan leader yang keras, ikatannya tetap kukuh dan mampu memanjangkan usia umpan hidup yang digunakan.
Ikatan jenis juga bagus untuk memanjangkan usia hayat umpan yang digunakan kerana ia kurang mendatangkan rasa beban. Disamping itu juga meningkatkan kadar hook up apabila ikan pemangsa menyambar umpan tersebut.
Tutorial 1
Buatkan satu simpulan pada perambut kira-kira sejengkal dari hujungnya.
Tutorial 2
Masukkan hujung perambut ke dalam lubang cincin mata kail.
Tutorial 3
Masukkan pula hujung perambut itu ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Tutorial 4
Ketatkan ikatan simpulan itu terlebih dahulu.
Tutorial 5
Buatkan satu simpulan baru di atas ikatan yang dibuat tadi.
Tutorial 6
Lakukan dua atau tiga lilitan pada simpulan tersebut.
Tutorial 7
Jerutkan simpulan itu dengan ketat sehingga kemas pada ikatan pertama tadi. Potongan lebihan perambut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...