Ikatan Davy atau Davy knot sebenarnya merupakan ikatan simpulan yang cukup asas tetapi sangat berkesan.
Langkah-langkahnya yang ringkas membolehkan ia dihasilkan sambil memejam mata. Ia bagus kerana boleh dihasilkan tanpa bantuan cahaya sekiranya memancing pada waktu malam.
LANGKAH 1
Ikatan ini boleh dihasilkan menggunakan tali perambut atau tali utama dengan kili atau mata kail yang memiliki lubang cincin sahaja.
LANGKAH 2
Masukkan hujung tali utama atau perambut ke dalam lubang cincin mata kail atau kili.
LANGKAH 3
Buatkan satu lingkaran bulat dengan bahagian hujung tali menindih bahagian atas tali utama.
LANGKAH 4
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang terhasil tadi.
LANGKAH 5
Setelah itu lingkarkan hujung tali bagi memasukkanya kembali ke dalam lingkaran.
LANGKAH 6
Kemudian keluarkan kembali hujung tali berkenaan dari lingkaran. Simpulan dan lingkaran berakhir di sini.
LANGKAH 7
Perlahan-lahan tarik tali utama sambil memegang simpulan agar tidak bertindan antara satu sama lain.
LANGKAH 8
Tarik dan ketatkan simpulan sekemas mungkin kemudian potong lebihan tali dan bakar hujungnya sebagai stopper.
Saksikan tutorial di channel youtube majalah umpan
** Jangan lupa subscribe channel ini