Memancing gelama pisang tidaklah semudah memancing ikan gelama biasa. Saya sendiri memakan masa beberapa bulan untuk berjaya memancingnya di perairan Pelabuhan Klang ini.
Ia mengambil masa untuk mengetahui selok belok lubuk kegemaran gelama pisang di kawasan delta berpasir dan berlumpur ini.
Boleh dikatakan setiap kali air besar atau sebulan sekali saya akan turun memancing spesies gelama memanjang ini.
Berlainan dengan gelama biasa atau cerua yang boleh di pancing hampir di serata kawasan, gelama pisang hanya tertumpu di lubuk dalam teruama laluan arus keluar masuk.
Air besar menjadi pilihan kerana mudah mendapat anak udang di sungai ketika air surut. Udang kecil sesuai dengan mata kail yang digunakan.
Sukar bagi kita untuk menjinakkan ia, jika tidak kena pada laluan keluar masuk ikan ini dari laut ke sungai dan kawasan laluan yang saya memancing ia adalah kawasan air dalam melebihi 40 kaki, terutama kawasan laluan bot ke Pelabuhan Selatan.
Tapi saya mengakui masih belum mahir sepenuhnya dengan selok belok tabiat gelama pisang di sini.
Kalau setakat memancing sebagai hobi tidak mendatangkan masalah. Namun tumpuan saya agak terbatas berikutan kesibukan bot dan tongkang keluar masuk di muara sungai berhadapan lubuk tumpuan.
Maka faktor keselamatan menjadi asas utama mmancing di kawasan ini, bimbang dilanggar bot kayu atau tongkang.
Memang ramai kaki pancing tidak gemar memancing gelama kerana kebanyakan yang diperolehi adalah dari jenis yang kecil dan kurang enak isinya.
Ia juga kebiasaan dijadikan umpan hidup terutama saiz sebesar dua hingga tiga jari orang dewasa untuk memancing spesies yang lebih besar.
Umpan juga akan cepat habis dibelasah oleh spesies yang menyerang secara berkumpulan ini dan dikatakan mudah membiak.
Agak malang kadar pembiakan tidak dapat menandingi jumlah kegiatan pukat, jaring, tagang atau dengan kata lain hasil penangkapan tidak di imbangi dengan penjagaan dan pemulihan stok ikan.
Peralatan dan Teknik
Memancing gelama pisang bukan mudah jika tidak mengetahui laluan utamanya.
Gelama tidak memilih umpan selain udang, perumpun, sotong, isi ikan malah anak ketam, siput, ala-ala, kupang dan dan sebagainya pernah dijumpai didalam perutnya.
Ia adalah spesies yang makan umpan pemancing tidak kira waktu. Namun bagi saya waktu aktif ikan gelama ini ialah ketika bunga pasang sehingga pertengahan pasang.
Aksi hujung adalah paling sesuai dengan kaedah dua mata.
Jika kederasan air lemah, adalah maka lebih sesuai mengunakan pemberat kecil sekadar untuk menjatuhkan umpan kedasar supaya mudah dirasa kehadiran si gelama yang sedang mencuri umpan anda.
Kalau yang kecil gunakan mata kail udang bersaiz no.8, 9, atau 10 (kecil,halus dan tajam) supaya ia cepat melekat pada mulutnya dan paling baik umpan tidak terlalu besar kerana gemar mengutis umpan pemancing yang leka.
Pilihan kelas tangsi utama dan kekili untuk memancing gelama pisang di bawah 20 paun.
Perambut 20 hingga 40 paun amat memadai kerana ia mampu bertahan walupun di gigit sang gelama.
Tidak sporting kalau mengunakan tangsi yang kasar sebab perlawanan akan menjadi berat sebelah, jadi kita tidak akan enjoy dan merasai nikmat memancing dengan erti kata kepuasan apabila menarik ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
MEMANCING BIASANYA MERUPAKAN AKTIVITI SUKAN YANG MENYERONOKKAN DI SAMPING UNTUK KETENANGAN DAN LIBURAN. TETAPI, ITU SEKADAR STEREOTAIP BAGI AKTIVITI MEMANCING. REALITINYA, SEGELINTIR PEMANCING MENJADIKAN MEMANCING KADANGKALA LEBIH BERISIKO. DI SINI KAMI SENARAIKAN ENAM CARA MEMANCING YANG LEBIH EKSTREM DARI SERATA DUNIA.
MENGGAGAU IKAN (HANDFISHING)
Menggagau ikan boleh dikatakan aktiviti tradisional bagi masyarakat tempatan. Namun di luar negara, menggagau diangkat ke satu tahap yang lebih ekstrem. Aktiviti ini lebih dikenali dengan nama handfishing atau noodling dan spesies sasaran biasanya dari keluarga catfish. Dengan tangan kosong dan saiz ikan yang besar, aktiviti ini tidak lari daripada risiko kecederaan tangan.
PANCINGAN KAYAK EKSTREM (EXTREME KAYAK FISHING)
Bagi pemancing tempatan, pancingan kayak masih baru di kalangan kita. Di luar negara pemancing yang mahukan lebih cabaran menjadikan pancingan kayak sebagai platform yang lebih ekstrem dan kadangkala menjadikannya lebih berisiko. Dengan lambungan ombak dan bertarung sambil ditarik oleh pemangsa besar seperti layaran atau jerung cukup menjadikannya antara cara ekstrem untuk memancing.
MEMANCING DARI PAPAN LUNCUR (SURFBOARD FISHING)
Apabila memancing, pemancing biasanya memancing dari dalam bot atau dari daratan, asalkan memancing dari lokasi yang lebih selamat. Namun apabila diangkat ke satu tahap yang lebih ekstrem, pemancing mula memancing dari atas papan luncur. Hanya dengan beralaskan sekeping papan luncur di permukaan air dan set pancing, pemancing akan bertarung cuba menaikkan mangsanya. Spesies yang lebih ganas berisiko mendatangkan bahaya dan kecederaan kepada pemancing.
PANCINGAN EKSTREM DARI PANTAI BERBATU (ROCK FISHING)
Memancing dari pantai berbatu kelihatan seolah-olah teknik pancingan biasa. Namun tidak bagi sesetengah kaki pancing di Australia dan New Zealand. Lebih dikenali dengan nama rock fishing, teknik ini memerlukan pemancing memancing dari tebing pantai berbatu. Risiko bahaya dan ekstrem teknik ini datangnya daripada ombak yang menghempas kuat daratan berbatu. Cara memancing ini dikatakan meragut nyawa pemancing setiap tahun di Australia.
MENEMBAK IKAN (SPEARFISHING)
Menembak ikan merupakan antara salah satu teknik dalam memancing. Biasanya kita didedahkan dengan menyelam dan menembak ikan air tawar. Bagi cara memancing yang lebih ekstrem, pernahkah anda terfikir menembak ikan yang lebih besar dan ganas seperti barracuda, tuna malah jerung? Lebih dikenali dengan terma spearfishing, terdapat segelintir yang menjadikan teknik ini antara cara memancing yang ekstrem dengan memburu mangsa di air masin. Memang antara cara ekstrim dan berisiko tinggi.
MEMANAH IKAN DI UDARA (BOWFISHING)
Memanah ikan atau aerial bowfishing menjadi antara cara ekstrem memancing ikan di Eropah. Ketidakupayaan mengawal spesies ikan kap yang memenuhi sungai-sungai mengancam spesies asal di sana. Saban tahun mereka menjadikan acara menangkap atau memancing ikan kap sebagai antara cara mengawal spesies ini. Memburu kap menjadi lebih ekstrem dengan pengenalan teknik memanah ikan kap yang sering melompat ke permukaan apabila bunyi enjin bot melalui sungai di sana.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Yu kemejan merupakan pemangsa dasar atau bottom feeding di mana ia memburu makanan di kawasan lantai laut.
Ia jarang mengejar mangsa hingga ke permukaan seperti mana ikan aruan tasik. Namun kedua-dua spesies ini boleh berkongsi lubuk dan wilayah pemburuan.
Fakta ini boleh diguna pakai berdasarkan ramai pemancing memperoleh kedua-dua spesies ini di satu lokasi dan pada masa yang sama.
Teknik Umpan
Umpan boleh dilabuhkan terus hingga ke dasar sekiranya anda memancing di kawasan berpasir (terutamanya bagi pancingan pantai) dan menggantung umpan kira-kira sedepa dari dasar jika kawasan berkarang.
Teknik perambut terbaik ialah yang mengunakan tanduk yang disusuli perambut sepanjang 2 hingga 5 depa bersesuaian dengan keadaan terutama jumlah pemancing di atas bot pada satu-satu masa.
Jika jumlah pemancing atas bot agak rapat perambut panjang boleh mengundang tangsi berpintal sesama sendiri.
Sementara teknik perambut apollo tidak sesuai untuk memancing ikan ini kerana umpan yang terlalu dekat dengan perambut utama menyukarkan ikan bermucung panjang mendekatinya.
Mulutnya jauh ke bawah dari muncung yang tersentuh tangsi menyebabkan ia sensitif dan meninggalkan umpan.
Memancing apa jenis ikan pun, pemancing perlu tahu diet yang paling diminati atau yang biasa kita sebut makanan asasi untuk dijadikan umpan.
Walaupun ramai tahu ikan kembong dan sotong merupakan umpan antarabangsa, tapi tidak ramai tahu teknik yang betul menghidupkan umpan mati serta memanjangkan hayat umpan hidup pada mata kail.
Tidak kira apa ikan besar dan bergred tinggi pasti tergoda apabila melihat umpan dalam keadaan `sakit’ yang tidak perlu bersusah payah memburunya.
Di antara jenis umpan yang biasa digunakan untuk memancing spesies campuran yu dan pari ini ialah ikan pelagik seperti selayang, tamban, selar, kembong, pelaling dan lolong.
Jenis ikan pelagik sesuai di waktu siang manakala sotong lebih efektif di waktu malam. Namun kedua-duanya tidak mendatangkan masalah jika digunakan siang dan malam asalkan kena pada tempatnya.
Jika pada waktu malam umpan sotong hidup atau segar tiada, anda boleh cuba dapatkan ikan lolong mengunakan appollo berwarna putih berkilat.
Lolong adalah di antara ikan pelagik yang tidak segan menyambar apollo tidak kira siang arau malam.
Taktik Pancingan
Apa yang pemancing perlu miliki untuk berdepan dengan spesies yang gemar membuat larian kencang mendatar?
Apa yang diperlukan ialah kekili yang memiliki sistem tegangan yang baik dan lancar. Tali utama perlu keluar dari gelendung kekili tanpa tersekat-sekat supaya menjamin keupayaan tali utama tersebut bertahan dan mengelakkan tekanan setempat (static pressure).
Tali utama berkekuatan 20Ib-40Ib sudah cukup memadai. Perambut 40Ib-60Ib jika anda menggunakan tali utama kurang dari 40lb dan 60Ib-100lb jika menggunakan tali utama melebihi 40Ib.
Perambut tangsi yang lembut tetapi tahan calar lebih sesuai digunakan untuk persembahan umpan yang lebih cantik.
Namun perlu cukup lasak kerana spesies ye kemejan memiliki barisan gigi yang kasar umpama kertas pasir sebagaimana ikan pari juga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...