Cara penyambungannya agak ringkas tetapi berkesan dari segi kekuatan dan juga tidak menghasilkan buku ketulan penyambungan yang tebal.
Peralatan keperluan:
Tali pancing
Pemotong
Langkah 1
Tindan kedua-dua tali dengan arah berlawanan dan pegang bahagian tengahnya.
Langkah 2
Ads
Ambil hujung tali mono dan buatkan satu lingkaran dan lakukan lililtan (hujung tali mono melilit tali mono dan tali sulam) sekurang-kurangnya 3 lilitan.
Langkah 3
Kemudian tarik hujung tali mono dengan kuat dan satu simpulan akan terbentuk.
Langkah 4
Ads
Selepas itu ambil pula hujung tali sulam dan ulangi proses (Langkah 2 & 3) yang sama.
Langkah 5
Tarik kedua-dua hujung tali dengan kuat agar kedua-dua simpulan itu bersatu dengan kemas.
Ads
Langkah 6
Potong lebihan kedua-dua tali serapat yang mungkin dengan simpulan.
Langkah 7
Sambungan uni to uni knot yang telah disiapkan.
(Video tutorial penuh)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Riverse knot ini merupakan ikatan paling mudah dilakukan terutamanya bagi mengikat perambut dawai bersalut plastik. Ikatan ini sering digunakan oleh pemancing bagi mengikat mata kail khusus untuk memancing ikan bergigi tajam seperti tenggiri dan juga toman.
Kelebihan ikatan ini adalah disebabkan tiada bebanan simpulan ke atas perambut atau dawai yang digunakan. Oleh yang demikian lilitan tidak mudah lucut sebaliknya semakin mencengkam apabila diberi tentangan.
Perambut perlu dipotong terlebih dahulu mengikut panjang saiz yang dikehendaki. Sebaiknya lebih satu inci dari panjang saiz yang dikehendaki bagi tujuan simpulan. Dan pastikan juga lubang cincin mata kail yang digunakan sepadan dengan saiz perambut. Pilihan terbaik ialah mata kail dari jenis large ring.
Tutorial 1
Masukkan salah satu hujung perambut menerusi cincin melalui arah satu arah. Sebaiknya dari bawah atau belakang lubang cincin. Pastikan hujung tali yang dimasukkan sama panjang dengan teras batang mata kail.
Tutorial 2
Pegang dengan kemas bahagian perambut pada teras mata kail sebagaimana di dalam gambar.
Tutorial 3
Ambil bahagian perambut utama dan tariknya dalam keadaan tegang dan tidak terlepas bahagian hujung yang dipegang. Bila menggunakan perambut dawai anda dapat rasakan sedikit kesukaran untuk membuatnya.
Tutorial 4
Mulakan lilitan pada teras batang mata kail ke arah hujung mata kail. Ia sedikit sukar kerana kebanyakan ikatan atau lilitan terarah ke lubang cincin.
Tutorial 5
Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan. Jika teras mata kail panjang bolehlah sehingga 7 lilitan dan pastikan lilitan tersebut tidak menutup sepenuhnya hujung perambut.
Tutorial 6
Akhir sekali masukkan bahagian hujung perambut utama ke dalam lubang cincin juga dari arah yang sama (belakang/bawah) sebagaimana memasukkan hujung perambut yang awal tadi.
Di semenanjung Malaysia, bulan April sehinggalah sehingga bulan September/ Oktober (sebelum tibanya musim tengkujuh) dianggap waktu musim mencari sotong atau lebih dikenali sebagai mencandat sotong. Waktu ini, perairan pantai timur (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing, Johor) meriah dengan aktiviti mencandat sotong.
Namun mencandat di negeri Terengganu lebih popular sehinggakan tempahan bot akan sentiasa penuh. Kehadiran sotong dalam jumlah yang banyak dengan saiz yang ‘bagak’ menggamit kaki-kaki candat seluruh tanah air berkunjung ke sini.
Pada waktu malam, kita boleh melihat betapa meriahnya perairan dari Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik dengan kerlipan cahaya lampu-lampu bot nelayan yang turun mencandat.
Perambut yang bersenjatakan gewang candat 4-5 biji sentiasa ‘full house’ dan kita boleh mencandat seratus kilogram atau lebih apabila berada di atas ‘kandang sotong’ atau ‘telur’ kerana sotong yang bersifat garang ketika ini pasti menyerang candat yang memasuki ‘kawasan larangan’, walaupun di siang hari!
Sotong torak, jarum/cumit adalah sotong yang biasa di candat di perairan negara kita. Manakala sotong mengabang @ ngabang lebih kerap diperolehi jika memancing di kawasan berstruktur seperti unjam, tukun serta batuan di tepian pulau. Sotong kurita pula ditangkap menggunakan sauk atau menggunakan tangan.
Sotong torak sentiasa menjadi buruan utama kaki candat kerana saiznya yang besar serta badan yang lebih panjang hingga mencecah hampir 2 kaki berbanding sotong jarum atau cumit.
Sotong boleh dipancing menggunakan candat. Terdapat beberapa jenis candat yang biasa digunakan sejak sekian lama:
CANDAT UDANG
Candat yang menyerupai bentuk udang ini cukup popular di kalangan pemancing. Banyak dijual di kedai-kedai pancing seluruh negara. Yamashita dan Yo-zuri antara jenama candat udang yang menjadi rebutan pemancing kerana keberkesanannya menjerat si lembut meskipun harga yang tertera ‘sendiri mau ingat’.
Bersifat timbul tetapi diimbangi dengan timah pemberat di dada dalam beberapa saiz. Dihiasi dengan dua helai bulu ayam di kiri dan kanan badannya. Kini candat udang telah diperbaharui dengan pelbagai corak yang menarik dan warna yang lebih striking serta bercahaya mengikut tahap kejernihan air laut dan cahaya bulan. Candat ini menjadi kegilaan para peminat sotong mengabang khususnya untuk mengilat di tepian pulau atau di sekitar kawasan berbatu.
CANDAT MAYAT
Candat ini mendapat namanya kerana ia dibungkus/dikapan dengan kain seumpama mayat. Ia cukup popular di kalangan nelayan pantai timur. Candat ini ringan, ia diikat 2-3 biji pada tali perambut dan perlu dihenjut agar melambai-lambai memanggil sotong datang menghampiri. Berharga ekonomi dan banyak dijual di sekitar pantai timur. Candat mayat merupakan senjata yang ‘mesti ada’ di dalam tackle box peminat sotong.
CANDAT PAYUNG
Candat tradisional dan telah digunakan sejak sekian lama. Mendapat nama ‘payung’ kerana pada peringkat awal, candat ini diperbuat dari bahagian hujung besi payung dan dijalin dengan beberapa bentuk mata kail menggunakan tali tangsi atau benang jala.
Ia juga dikenali sebagai candat umpan. Ikan umpan akan dicucuk pada batang candat ini dari bahagian ekor ke kepala. Tamban, alu-alu, kembung,kunyit dan selayang antara jenis ikan umpan yang sering digunakan tetapi saiz ikan mestilah tidak melebihi panjang besi candat. Batu ladung hidup perlu dimasukkan ke tali utama atau boleh juga menggunakan tanduk.
CANDAT TWIST
Candat yang berat ini dikelilingi banyak mata kail. Badan candat ini dibaluti dengan kain berwarna-warni. Penggunaan candat 2 in1 ini adalah sebagai pemberat, sekali gus boleh menjerat sotong berbanding dengan menggunakan batu ladung yang tidak mempunyai mata kail. Candat twist diikat ke hujung tangsi/perambut. Tujuannya adalah untuk memastikan tangsi sentiasa tegang ke bawah.
Manakala 2-3 biji candat mayat atau candat apollo diikat pada tangsi/perambut bahagian atas candat twist ini. Ramai pemancing memilih candat twist siam yang lebih slim agar lebih laju turun ke dasar. Cepat sampai ke dasar bermakna lebih banyak sotong akan menghuni tong yang dibawa.
Membuat sesuatu dengan hasil usaha sendiri kadang kadang memberikan kepuasan yang maksima apatahlagi ianya berhubung kait dengan hobi memancing.
Bahan keperluan
Undercoat (putih)
Spray hijau
Spray hitam
Spray clear
Pelepah kelapa sawit
Bot yang dihasilkan ini, adalah asas. Kemasan lain boleh lagi dilakukan seperti meletakkan alas tempat duduk, rod holder dan sebagainya. Sebagai ekperimen, bot ini hanya sesuai untuk perairan yang tenang seperti tasik, paya.
BAGI MENGIRA BERAT TAMPUNGAN ISI PADU GUNAKAN KIRAAN BERIKUT:
Pakai formula ketumpatan (kg/meter padu) x isi padu (meter padu) = jumlah beban maksimum.
Setelah siap dan diuji di kawasan tasik ia agak stabil dan kukuh kerana dinding kiri dan kanan tinggi menyebabkan air tidak masuk sekiranya bergolek. Namun menyukarkan meletakkan rod!
Setiap binaan sendiri mungkin ada cacat celanya namun bagi pereka asalnya, Nur Hizan Ahmad menganggap ini adalah satu kejayaan yang tidak ternilai. Di mana ada minat di situ ada kemahuan. Selepas ini dah boleh turun memancing!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...