Video Umpan Knot – Ikatan Paloma!!

Share

 

Langkah 1

Lipatkan tali atau perambut yang akan digunakan kira-kira panjang sejengkal.

 

 

Langkah 2

Masukkan bahagian tali yang telah dilipat ke dalam lubang mata kail.

 

 

Langkah 3

Buatkan satu lingkaran atau simpulan dan biarkan simpulan itu tidak diketatkan terlebih dahulu.

 

 

 

Langkah 4

Masukkan bahagian hujung lipatan tali ke dalam mata kail dan lalukan ia sehingga melepasi mata kail sepenuhnya.

 

 

Langkah 5

Kemudian tarik bahagian utama tali sehingga satu simpulan terbentuk. Untuk simpulan yang sempurna, pastikan satu persatu tali ditarik hingga tiada bahagian tali yang tersekat.

 

 

Langkah 6

Setelah bahagian simpulan diketatkan dengan sekuat mungkin, barulah potong lebihan tali. Boleh juga dibuat satu simpulan biasa pada hujung tali sebagai langkah insuran.

 

 

Langkah 7

Simpulan atau ikatan paloma yang telah dihasilkan dengan sempurna.

 

 

Saksikan juga video tutorial penuh ikatan ini dan jangan lupa subscribe Youtube Majalah Umpan.

 

 

Selamat menonton dan jumpa lagi untuk episod akan datang!

Published by
Amang