Apa yang membuatkan gewang klasik, antik atau vintaj menjadi kegilaan kepada pengumpul gewang? Bergantung kepada individu pengumpul, faktor utama mungkin berbeza. Gewang ‘killer’ tidak selalunya menjadi faktor penentu kepada nilai gewang mahu pun nilai pengumpul.
Pikie Minnow – Most Likely to be Found in Every Tackle Box from the ‘30s to the ‘60s
Pixie Minnow bermula sekitar 1919 dan seterusnya mengalami evolusi saiz dan spesies target. Walaupun pelbagai kemasan warna, bentuk badannya kekal sama. Seterusnya gewang ini digelar ‘Famous Pixie Minnow’ kerana memang gewang ini cukup terkenal hingga hari ini.
Shakespeare Revolution Bait – Most Likely to Revolutionize Bass Fishing
William Shakespeare menawarkan gewang ini di pasaran sekitar 1900-an. Gewang ini dianggap pencetus revolusi gewang buatan kerana dibuat daripada aluminium tetapi merupakan gewang permukaan. Tambahan lagi, pada era tersebut kebanyakan gewang yang dihasilkan merupakan gewang selaman.
Cotton’s Topwater – Best Adaptive Reuse of Skunk Parts
Cotton’s Topwater dibuat oleh Cotton Layfield dari Texas dan gewang ini mempunyai pedal pengayuh yang unik untuk mengayuh jika berada di atas kawasan yang mempunyai rumput atau samai. Pada bahagian mata kail pula dilengkapi dengan bulu daripada skunk yang membuatkan gewang ini beraksi baik di atas permukaan.
Bite-Em Bate @ Bates – Most Effective Revolving Bait
Bite-Em Bate atau gelaran pendeknya Bates merupakan antara gewang antik paling berwarna-warni dan sofistikated. Pengeluarannya dalam jangka masa yang singkat iaitu sekitar 1917 hingga pertengahan 1920, gewang ini merupakan gewang kayu yang berputar pada paksinya selain dilengkapi mata kail yang agak unik.
Clyde Hoage Spoon-Fin Minnow – Most Beautiful Unpainted Wooden Lure
Gewang ini dibuat pada tahun 1930-an di Minnesota dan merupakan sebuah gewang yang dibuat menggunakan mesin. Gewang ini mempunyai sirip sesudu seakan sirip pektoral. Gewang ini diingati kerana disiapkan pada kayu asal tanpa diwarnakan selain kotak asal gewang ini yang sukar ditemui.
Bass Oreno – Most Likely to Stand the Test of Time
Gewang Bass Oreno yang terkenal ini dibuat oleh South Bend Bait Co. Sekitar tahun 1916 dan masih boleh didapati hingga hari ini. Terdapat lebih 400 Bass Oreno pelbagai saiz, warna dan kemasan mata hari ini. Gewang ini juga terbukti mampu menggoda pelbagai spesies ikan bass.
Long Island Flasher – Most Outlandish Marketing Claim
Di buat sekitar tahun 1930-an oleh Long Island Manufacturing Co., Long Island Flasher dikatakan dibuat dengan paten dan kemasan yang menggunakan bahan asal daripada sisik ikan bagi menghasilkan kilatan yang sebenar.
The Fish Nipple – Weirdest Use of Raw Materials
Ini merupakan antara gewang yang agak pelik dihasilkan oleh Moonlight Bait Co. dari Michigan. Seperti namanya, material gewang ini juga agak unik kerana diperbuat daripada getah yang dilengkapi dengan batu ladung serta bulu daripada kuda. Mungkin antara gewang paling pelik ketika itu dan kerana itu juga, gewang ini menjadi carian kepada para pengumpul hari ini selepas gewang kayu.
Miller’s Reversible – Most Likely to Leave a Bigger Wake than the Fish it Catches
Dilengkapi dengan sepasang propeller yang mempunyai 8 bilah setiap satu, Miller’s Reversible mampu menghasilkan kocakan air yang sangat besar dan menarik perhatian. Gewang klasik ini dibuat pada tahun 1914 oleh Union Springs Specialty Co. dari New York.
Jika kita memancing di kawasan lubuk (kawah, lubang, kapal karam atau tukun) sasaran melabuh umpan terbaik adalah di dalam lubuk di mana tempat ikan selalu berkumpul di dasarnya.
Lubuk begini lazimnya lubuk kawah atau lubang yang tiada hadangan di tengah-tengah lubuk.
Namun berbeza jika kita memancing di lubuk yang mana di tengah lubuk terdapat reba, tukun atau kapal karam.
Sudah tentu jika kita melabuhkan umpan di tengah lubuk maka umpan, mata kail dan ladung akan turut sama menjadi tukun.
Jika kita memancing di lubuk sebegini maka sasaran terbaik melabuhkan umpan adalah di bahagian hadapan lubuk.
Seperkara lain lazimnya, ikan-ikan besar sering berada di hadapan dan dalam tukun untuk melakukan serang hendap dan sebagainya.
Lokasi pilihan lain ialah bahagian sisi lubuk sama ada di sebelah kiri atau kanan sisi lubuk. Jangan berada di belakang lubuk kerana kawasan ini terlalu jauh dari zon serangan ikan bersisik.
Kebiasaannya ikan bersisik akan menyerang mangsa dari dalam dan belakang lubuk dengan menerpa arah hadapan di mana terdapat sumber makanan seperti anak ikan yang datang mengikut arus di hadapan lubuk.
Sekiranya bertandang ke Batu Pahat dan berkelapangan masa, atau sememangnya berhajat untuk memancing, maka sewajarnya anda meluangkan masa San Sue Fishing Village atau Kolam Pancing San Sue yang terletak di Batu 3, Jalan Tanjung Laboh, Bandar Penggaram, Batu Pahat, Johor.
Menepati dengan nama fishing village, Kolam Pancing San Sue sememangnya adalah sebuah perkampungan memancing! Dalam kawasan kebun berbukit seluas 6 ekar, 3 buah kolam khusus untuk memancing ikan air tawar dibina.
Dua buah kolam memancing menggunakan umpan dan sebuah kolam khas untuk peminat casting menggunakan umpan tiruan atau gewang. Fasiliti dan kemudahan lazim seperti tandas dan kantin disediakan. Malah surau untuk pemancing Muslim mendirikan solat turut disediakan khusus.
Menurut pengusahanya, Mr. Goh atau lebih popular dengan panggilan Aban, Kolam Pancing San Sue mula beroperasi kira-kira 9 tahun yang lalu. Berbekalkan air bukit yang disalirkan ke setiap kolam, telah lebih 40 tan ikan mendiami ketiga-tiga buah kolam.
Kolam besar yang merupakan kolam utama berukuran lebih 1 ekar menempatkan lebih 25 tan ikan. Purata kedalamannya sekitar 8 kaki. Kolam kecil atau kolam pancing bayar balik kedua pula berukuran setengah ekar dengan kedalaman antara 3 hingga 12 kaki.
Perbezaan lain kedua kolam ini, kolam kecil menempatkan ikan-ikan keli yang menjadi tarikan utama pancingan di Johor manakala kolam besar khusus bagi pemancing yang memburu spesies lain kerana tiada keli dimasukkan ke kolam tersebut.
Saiz-saiz ikan di kedua-dua kolam juga berstatus monster. Patin terbesar yang ada sehingga berat 20 kg, tongsan sisik halus sebesar 35 kg, pacu sehingga 12 kg, rohu sehingga 12 kg, keli sehingga 10 kg, belida sekitar 5 kg dan toman di kolam casting pula sehingga mencecah 13 kg.
Beroperasi setiap hari dari jam 2 petang hingga 2 pagi (dilanjutkan sehingga 4 pagi apabila keesokan harinya hujung minggu dan cuti am), Kolam Pancing San Sue mengenakan yuran memancing sebanyak RM 30 bagi tempoh 3 jam pertama.
Bagi tambahan masa berikutnya adalah sebanyak RM 8 per jam. Sama ada di kolam besar atau kecil, syarat dan peraturan memancing adalah sama.
Teknik memancing adalah bebas dengan penggunaan 1 mata kail. Umpan juga bebas kecuali organ haiwan. Dan oleh kerana pihak kolam banyak memelihara anjing demi menjaga keselamatan kolam, peraturan tambahan dibuat iaitu larangan memancing anjing dan akan dikenakan denda sebanyak RM 250 jika berbuat demikian.
Sementara bagi peminat casting, ratusan ekor toman dan pacu sedia menanti gewang-gewang untuk dihancurkan. Dengan konsep tangkap dan lepas dan tiada bayaran balik bagi setiap tangkapan, dan dengan yuran masuk sebanyak RM20, maka bolehlah casting sehingga lebam. Sekiranya berhasrat untuk casting sebelum waktu operasi kolam atau pada awal pagi, pakej casting turut disediakan dengan kuota minima 10 orang pemancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...