Video Umpan Knot – Albright Knot!!

Share

 

Langkah 1

Lipatkan hujung tali perambut kira-kira sejengkal, kemudian masukkan hujung tali sulam (tali utama) ke dalam lingkungan tali perambut.

 

 

 

Langkah 2

Mulakan lilitan (lilit kedua-dua lipatan tali perambut) ke arah pangkal tali perambut.

 

 

Langkah 3

Lakukan sekurang-kurangnya 10 lilitan.

 

 

Langkah 4

Kemudian lakukan lilitan dengan jumlah yang sama ke arah berlawanan (kea rah pangkal tali utama).

 

 

Langkah 5

Masukkan hujung tali utama (tali yang melilit) ke dalam lingkungan berlawanan arah kemasukkannya memula tadi.

 

 

Langkah 6

Tarik perlahan-lahan kesemua bahagian tali dan betulkan jika ada simpulan yang bertindih dan ketatkan.

 

 

Langkah 7

Buat lilitan biasa pada tali sulam sebagai ikatan tambahan sebelum lakukan ikatan kunci.

 

 

 

Langkah 8

Potong lebihan kedua-dua hujung tali dan kemaskannya.

 

 

 

Langkah 9

Ikatan Albright knot yang telah disiapkan.

 

 

Saksikan video tutorial penuh ikatan ini di bawah ↓

 

 

(jangan lupa subscribe Youtube Majalah Umpan)

 

 

Published by
Amang