Kuala Trong sememangnya telah dikenali di seluruh Malaysia sebagai padang pancing terutamanya bagi kaki casting yang meminati tarikan siakap merah atau lebih dikenali sebagai mangrove jack (MJ).

Selain dari MJ, siakap putih juga mendiami kawasan ini dan tidak kurang juga dengan spesis alu-alu dan dan beberapa lagi spesies ikan yang lain termasuklah buaya air masin.

 

Apabila ada rakan mengajak ke Kuala Trong untuk mengilat siakap liar, tanpa berfikir panjang saya terus menyatakan persetujuan.

Biarpun nama Kuala Trong sebagai padang pancing tidak lagi segah dahulu, namun sistem sungai yang melingkari hutan kayu bakaunya masih lagi berpenghuni.

Siakap, siakap merah atau setidak-tidaknya populasi ikan bulan masih lagi berkembang biak dengan sempurna.

 

Sejurus tiba dan sebelum mencari tempat penginapan, kami berdua sempat bertemu  dengan boatman atau tekong yang akan membawa kami mengilat keesokan harinya.

Berita daripada tekong berkenaan aktiviti memancing selama dua hari termasuklah pada hari itu amat positif. Sedikit sebanyak ia mendorong semangat kami.

 

Banyak spesimen siakap atau kakap putih skala berat sehingga 9 kg berjaya didaratkan. Beliau amat positif rezeki dan cuaca akan berpihak kepada kami.

Walaupun sudah terbiasa mendengar sembang manis trip yang sudah lepas, kami tetap menaruh harapan juga. Malah siap bersembang bagaimana untuk berhadapan dengan siakap bersaiz mega seperti itu.

 

Saya sendiri peribadi belum pernah mendaratkan siakap bersaiz melebihi 9 kg. Paling besar pernah didaratkan pun hanya 8 kg lebih.

Itupun siakap kolam… bukannya siakap air liar. Kalau siakap kolam mega pun susah nak didaratkan, apatah lagi siakap liar.

Ads

 

Sebelum melelapkan mata pada malam tersebut, bumi Kuala Trong dibasahi hujan setelah hampir seminggu panas terik.

Namun saya masih berharap cuma hujan di kawasan sekitar hotel itu saja, lokasi casting kami keesokan hari nanti tak ditimpa hujan.

 

Ketibaan kami di jeti Kuala Trong keesokan paginya disambut oleh hujan lebat juga. Hampir satu jam juga kami pasrah menunggu sehingga hujan reda.

Kalau hujan turut ketika sedang memancing tu lain sikit ceritanya. Setelah hujan reda, tekong segera membawa kami ke sebuah muka kuala sungai kecil yang sebelum ini merupakan spot utama kami memburu siakap.

 

(Video Strike) Trip Retro – Memori Manis Di Kuala Trong

 

Sampai di spot utama, dalam dengar tak dengar tekong mengeluh. Air keruh, katanya. Berikutan airnya yang agak keruh dan sementara menanti air yang keruh itu ditolak ke

Ads

hulu oleh air pasang, kami ke spot lain dahulu untuk mencuba nasib. Namun tiada sebarang hasil diperolehi. Suasana lubuk pun sunyi sepi seperti tiada kehidupan.

 

Sejam kemudian, kami kembali semula ke spot pertama. Namun kali ini kami agak kelewatan. Spot tersebut terlebih dahulu dilabuh oleh sampan fiber dan pemancing lain.

Tambah membakar dada, kami tiba memang tepat pada masanya. Tepat pada masanya untuk menyaksikan salah seorang pemancing di sampan tersebut bertarung dengan siakap.

Saya sendiri sempat merakam aksi tersebut dan menghulurkan sedikit bantuan bagi memudahkan mereka mendaratkan hasil tangkapan, sebagaimana sisipan video di bawah ini.

 

 

Mungkin dek bantuan ikhlas yang kami berikan, setelah berlabuh tidak jauh dari spot utama itu, saya berjaya pula mendaratkan seekor siakap merah saiz hidangan. Benarlah orang kata, buat baik dibalas baik.

Ads

 

Setelah berteduh beberapa ketika tatkala matahari terpacak di atas kepala, kami bersama dua buah sampan fiber lagi menyambung kembali aktiviti mengilat. Kembali ke spot yang sama, gewang rattlin yang saya gunakan disambar sesuatu.

 

(Video Strike) Trip Retro – Memori Manis Di Kuala Trong

 

Walaupun saiznya sekitar satu kilogram saja ia cukup bermakna kepada saya. Apatah lagi itulah siakap tunggal yang kami peroleh dan orang kedua yang berjaya mendaratkan siakap pada trip hari tersebut.

 

Walaupun hasil trip agak kurang memberangsangkan, ditambah pula dengan faktor cuaca yang kurang cantik, sedikit sebanyak ia membuktikan Kuala Trong masih lagi mampu dan berupaya menjadi padang pancing untuk kaki-kaki mengilat memburu spesies raja muara.

 

(Video Strike) Trip Retro – Memori Manis Di Kuala Trong

baca juga Kenapa Anda Perlu Makan Ikan Siakap?

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI