Ada yang beranggapan ikan jenak atau jenahak amat cerewet memilih umpan dan ada pula yang menyatakan ikan jenahak ini bersifat pelahap dan bedal apa saja umpan yang melintas depan matanya. Pendapat tersebut ada pro dan kontranya tersendiri. Walaupun spesies jenahak ini merupakan ikan yang oportunis, umpan-umpan berikut antara umpan yang dianggap terbaik untuk memancing jenahak.

 

Variasi Umpan Terbaik Memancing Ikan Jenahak

 

Sotong jarum (sotong cumit)

Tidak kiralah perairan di Selat Melaka atau Laut China Selatan, sotong jarum atau sotong cumit merupakan umpan yang paling killer untuk menjerat ikan jenahak. Terutamanya jika menggunakan sotong hidup pada malam hari. Sotong hidup ini boleh dijadikan umpan dengan mencangkukkan mata kail pada bahagian sirip atau hujung ekornya.

Sekiranya ia sudah mati dan masih berkeadaan segar ia masih merupakan umpan yang sangat berkesan. Ia boleh dihiris secara kepingan atau dicangkuk seekor pada mata kail.

 

Variasi Umpan Terbaik Memancing Ikan Jenahak

 

Sotong kurita

Di sesetengah tempat atau perairan mungkin sotong kurita tidak selaris sotong cumit jika dijadikan umpan jenahak.

Namun di sesetengah tempat terutamanya di perairan zee zone Pelabuhan Kelang (laluan kapal), sotong kurita merupakan umpan paling killer dan WAJIB dibawa sekiranya ingin memancing jenahak.

 

Ads

Variasi Umpan Terbaik Memancing Ikan Jenahak

 

Ekoran daripada itulah harga sotong kurita di sini melambung sehingga RM20 seekor. Sotong kurita sangat berkesan digunakan ketika hidup sama ada menggunakan tentakel (tangan) sahaja atau seekor.

Jika menggunakan seekor, mata kail perlu disangkut tidak terlalu dalam pada bahagian kepalanya.

 

Udang lipan

Udang lipan atau ada sesetengahnya memanggil udang mentadak merupakan umpan alternatif sekiranya tidak berjaya mendapatkan sotong cumit atau sotong kurita. Udang lipan sebenarnya merupakan umpan yang killer jika digunakan ketika ia masih hidup.

Namun jika sudah mati, ia sudah hilang keberkesan untuk menggoda jenahak atau spesies lain. Justeru ia haruslah disimpan di dalam bekas yang terdapat air masin (laut) dan udara mengalir masuk ke dalamnya. Manakala bekas simpanan udang lipan pula sebaiknya tertutup atau tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.

 

Variasi Umpan Terbaik Memancing Ikan Jenahak

Ads

 

Sebelum menjadikan udang lipan sebagai umpan, terlebih dahulu perlu diketahui cara-cara pengendalian udang tersebut bagi mengelak sebarang kecederaan berikutan keupayaan kuasa jentikan kaki depannya. Udang lipan perlu dipegang dari arah belakang dengan menekan kepala dan ekornya sehingga berlipat.

Kemudian barulah dua mata kail dicangkukkan pada sisi ekor dan sisi badannya bergantung pada saiz udang dan perambut mata kail itu sendiri.

 

Variasi Umpan Terbaik Memancing Ikan Jenahak

 

Udang putih (hidup)

Sebagaimana udang lipan, udang putih juga sangat berkesan untuk memikat jenahak ketika ia masih hidup. Apabila sudah mati ia lebih merangsang selera ikan-ikan lain yang merupakan bukan ikan sasaran seperti duri dan seangkatan dengannya. Pada kebiasaannya juga udang hidup lebih sesuai untuk memburu jenahak diperairan cetek sekitar 30 kaki dan ke bawah.

Ia mungkin sesuai dengan habitat udang yang tidak berada di perairan dalam. Namun jika ingin mencari jenahak di muka kuala atau muara sungai, udang hidup sememangnya umpan terbaik.

 

Ads

Variasi Umpan Terbaik Memancing Ikan Jenahak

 

Ikan hidup & hirisan ikan

Ikan hidup seperti belanak, tamban dan pelata merupakan antara umpan hidup yang bersesuaian untuk menjinakkan jenahak. Namun sebagaimana udang, ia memerlukan penjagaan yang rapi untuk mengekalkan kesegarannya. Namun umpan ikan hidup ini tidak sesuai untuk digunakan agak lama kerana ia mudah mati.

Justeru ia perlu diperiksa kesegarannya untuk tempoh tertentu. Manakala untuk hirisan ikan segar pula, ikan-ikan seperti selar, selayang dan kembung merupakan alternatif terbaik jika kehabisan umpan hidup. Malah ada ketikanya umpan hirisan ikan ini lebih laris berbanding umpan hidup.

 

Variasi Umpan Terbaik Memancing Ikan Jenahak

 

Gewang

Tidak dinafikan teknik pancingan jenahak menggunakan umpan tiruan seperti jig merupakan trend terkini. Disebabkan keberkesanan penggunaan jig inilah membuatkan ikan jenahak semakin ramai peminatnya. Berbanding penggunaan umpan hidup, penggunaan umpan tiruan ada kelebihan dan kekurangan.

Umpan tiruan (jig dan lain-lain) berupaya menggoda jenahak datang menerkamnya dan boleh dikatakan spesimen yang didaratkan menggunakan umpan tiruan ini lebih besar namun ia masih kalah jika dibandingkan jumlah atau kuantiti hasil yang diperoleh.

 

Variasi Umpan Terbaik Memancing Ikan Jenahak

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI