Variasi Umpan Sesiput Terbaik Untuk Menjerat Spesies Sembilang & Duri

Share

 

Ikan sembilang diketahui menjadikan muara, kuala sungai dan kawasan berlumpur sebagai habitatnya mencari makanan. Sembilang mudah dijerat dengan menggunakan umpun-umpun dan udang sama ada hidup atau mati. Bahkan sembilang turut menjadikan makhluk bercengkerang atau sesiput sebagai sumber makanannya.

 

Umang-umang

Umang-umang juga terbukti sebagai umpan yang mampu menjerat sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, umang-umang haruslah dikeluarkan daripada cengkerang dan menggunakan bahagian punggungnya sahaja untuk dicangkuk pada mata kail.

 

 

Kerang

Di kawasan berlumpur,kerang memang menjadi umpan yang mampu menjerat ikan terutamanya sembilang dan belukang. Hanya isi kerang sahaja yang perlu digunakan pada mata kail dan faktor hanyir pada kerang amat membantu untuk menarik perhatian spesies bersengat.

 

 

Mentarang

Sama seperti makhluk bercengkerang yang lain, mentarang turut boleh dijadikan umpan untuk menjerat sembilang. Di Selangor, umpan ini menjadi antara umpan yang popular dan berpotensi untuk memikat spesies ini.

 

 

Pepahat

Selain enak dijadikan juadah makanan, sepahat/pepahat juga boleh dijadikan umpan menjerat sembilang. Hanya gunakan isinya sahaja dan cangkokkan pada mata kail. Selain sembilang, ikan gelama, gerut-gerut dan duri turut meminati umpan ini.

 

 

Kupang

Kupang merupakan umpan bercengkerang yang sinonim untuk memancing sembilang. Lebih-lebih lagi jika memancing di kelong atau rumah rakit yang turut mengusahakan ternakan kupang. Ia jelas terbukti berkesan jika kawasan tersebut turut didiami sembilang.

 

Published by
Amang