Variasi Lensa Kamera Yang Perlu Diketahui

Share

 

Bagai joran dengan umpan! Begitulah tahap kepentingan lensa kepada setiap kamera DSLR. Ketahui jenis-jenis lensa supaya anda lebih kreatif ke tahap maksimum.

 

Mungkin ini masa terbaik untuk anda menelaah lebih banyak mengenai kamera. Apa yang pasti, setiap yang anda pelajari, haruslah dipraktikkan agar ia tidak menjadi ilmu yang sia-sia. Untuk isu lepas, mungkin ramai yang mengalami masalah kerana gambar-gambar yang dihasilkan teruk, tapi kali ini anda akan pelajari mengenai jenis-jenis lensa.

 

 

Lensa adalah kekuatan kamera SLR. Setiap lensa ada perbezaan dari segi kegunaan, kelebihan, dan kekurangannya masing-masing. Bagi yang belum tahu, berikut jenis-jenis lensa yang sesuai untuk kaki pancing semua boleh guna:

 

Jenis-Jenis Lensa

 

Normal/standard (50mm): Berguna untuk memotret jarak dekat. Sesuai untuk semua perkara. Bagi yang profesional, lensa ini mampu menghasilkan foto serupa wide angle juga telephoto.

 

Fisheye: Tidak ada manfaat spesifik, kecuali memberikan efek mata ikan. Lensa fisheye (mata ikan) adalah lensa wide angle (sudut lebar) berbentuk cembung yang boleh menangkap gambar dengan sudut 180 darjah.

Ia tiada kaitan saudara mara atau adik beradik dengan mana-mana spesies ikan. Lensa fisheye memiliki titik fokus pendek dan kedalaman (depth of field) hampir tak terbatas.

 

 

Normal super cepat (f/2, f/1.2): Digunakan oleh mereka yang suka depth of field yang sangat terbatas. Biasanya untuk membuat potret, juga untuk mereka yang suka bokeh.

 

Ultra-wide rectilinear, lebih lebar dari 19mm: Amat sesuai digunakan untuk mengambil gambar hiasan dalaman, dengan ruang terbatas tapi mampu merakan pandangan menyeluruh di dalam sebuah ruangan.

 

 

Ultra-wide-angle (19, 20, 21, atau 24mm): Satu dari empat atau lima lensa penting untuk profesional, sangat sesuai untuk semua ‘kaki foto’ & amatur. Digunakan untuk landskap, interior, street photography, dan sebagainya.

 

Wide angle: Sekarang lensa berukuran 24mm lebih sering digantikan oleh 20mm dan lensa 35mm telah menjadi focal length yang dianggap normal, sehingga di antara keduanya hadirlah focal length fixed iaitu 28mm. Boleh digunakan untuk semua perkara.

 

 

Zoom standard (35-70mm, 28-105mm, 35- 135mm, dsb.): Digunakan untuk memotret di bawah cahaya terang – biasanya snapshot, pemandangan, kenderaan, foto perjalanan, foto-foto under exposed dan foto yang menggunakan flash dari kamera.

 

Shift: Untuk memotret bangunan. Memperbaiki lengkungan pada garis yang disebabkan oleh masalah perspektif.

 

 

Tilt shift: Sama dengan lensa shift, sekarang biasanya digunakan untuk memberi efek miniatur, juga untuk mengambil gambar normal dengan posisi foreground yang banyak.

 

Zoom 28-200mm untuk segala keperluan: Jarang dipakai kerana range focal-nya yang terlalu lebar sehingga tidak mampu menghasilkan foto yang berkualiti.

 

 

Lensa fixed normal (35mm): Ini adalah focal length yang paling mudah digunakan untuk memotret, tapi sering kali digantikan oleh lensa zoom. Sering digunakan untuk street photography.

 

Lensa fixed 135mm: Jarang digunakan atau dimiliki. Umumnya hanya menjadi lensa standard 35mm jika digunakan pada kamera rangefinder.

 

Lensa fixed lambat 180mm atau 200mm: Ringan dan mudah dibawa.

 

 

Macro/micro: Untuk memotret bunga, serangga, bola mata, bulu mata, barang-barang kecil, sarang labah-labah yang dihiasi embun, sisik ikan. Lensa ini sangat popular kerana ia mampu membuatkan juru foto menjadi lebih kreatif.

 

 

Short tele (75, 77, 80, 85, 90, 100, atau 105mm): Untuk potret, landskap, foto wajah. Biasanya kit lens yang datang bersama body camera juga dalam zoom standard seperti ini.

 

Telephoto zoom standard (70 atau 80 atau 180, 200, atau 210): Baik cepat atau lambat, lensa ini bagus untuk kebanyakan juru foto, pro mahupun amatur. Digunakan untuk segala jenis semua aktiviti, fesyen, potret, wildlife, landskap dan alam.

 

 

300mm cepat: Untuk fesyen, katalog, pertunjukan fesyen, olahraga, alam, pertunjukan pesawat terbang. Lensa yang penting untuk profesional, juga untuk juru foto alam. Agak sulit digunakan oleh pemula kecuali untuk memotret serangga.

 

400mm: Serangga, olahraga, dan burung. Juga untuk memotret pertandingan sepak bola dengan fokus pada pemain secara individu.

 

500mm: Serangga dan burung.

 

600mm: Serangga.

Published by
Amang