Taksonomi:

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Perciformes

Family: Serranidae

Subfamily: Epinephelinae (Bleeker, 1874)

 

Variasi Keluarga Besar Ikan Kerapu

 

Ikan kerapu merupakan satu nama yang cukup sinonim di kalangan pemancing air masin. Bila sebut saja ikan kerapu terbayang kita seekor ikan laut yang badannya bersisik halus, memiliki corak merapu, mulut luas dan warna agak kelam atau berkerapu. Lumrahnya ikan ini amat mudah di kenali biarpun bukan di kalangan kaki pancing.

 

Ads

Variasi Keluarga Besar Ikan Kerapu

 

Kerapu adalah Ikan laut bernilai tinggi, diminati serta mendapat permintaan tinggi di kalangan pengemar makanan laut. Ikan unik ini mampu bertahan lama tanpa air, mendiami ekologi laut berstruktur sama ada karang, reba atau tunggul kayu, tukun, bangkai kapal karam, tiang rumah api atau dermaga, jeti, gua batu karang dan lubang-lubang di dasar laut.

 

Variasi Keluarga Besar Ikan Kerapu

 

Ia boleh dikatakan spesies yang tinggal di sungai, muara, pesisiran pantai, laut dalam dan berlindung di hutan batu karang sebagai habitat utama dan adalah pemangsa dasar yang agak pemalas. Pemalas sekalipun ia tetap sebat gewang dan jig yang melintas berhampirannya.

 

Serranidae adalah nama famili kerapu di mana di dalamnya terdiri dari 7 subfamili iaitu Aethaloperca, Anyperodon, Cephalophalis, Cromileptes, Epinephelus, Plectromopus dan Variola. Dalam 7 subfamili pula terdapat 42 jenis yang ditemui di kawasan habitat tertentu dan kebanyakan darinya boleh ditemui di perairan negara terutama Laut China Selatan.

Ads

 

Variasi Keluarga Besar Ikan Kerapu

 

Nama-nama kerapu yang diguna pakai oleh nelayan mahupun pemancing yang biasa didengari seperti bebeh, Lilin, kayu, keling, bara, ekor bulan, sunuk atau conor, minyak, hitam, bunga, ekor putih, belida atau tikus, merah, botol, karang, batu, batik, panau, pipih, pisang, kertang dan tidak termasuk nama tempatan bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak.

 

Variasi Keluarga Besar Ikan Kerapu

 

Agak sukar bagi kita untuk mengenal pasti dengan tepat nama tempatan yang digunakan untuk setiap jenis kerapu kerana sesetengah kerapu mempunyai nama pangilan berbeda walapun ia adalah ikan yang sama.

Ads

 

Seperti subspesies kerapu kedua paling berharga iaitu Plectropomus yang sesetengahnya dikenali sebagai kerapu bara, sunuk, conor, pisang, ekor bulan dan merah. Subspesies ini memiliki bentuk memanjang dan tidak gempal badannya.

 

Variasi Keluarga Besar Ikan Kerapu

 

Jenis kerapu ini memiliki sisik halus dan amat lembut badannya (isinya di katakan halus). Jenis ini amat sukar dipancing di lubuk yang lumrah dikunjungi nelayan dan pemancing. Peluang lebih besar jika pemancing dapat terokai lubuk ‘dara’ .

 

Manakala kertang atau Epinephelus lanceolatus pula menjadi raja kerapu kerana saiznya boleh mencecah 270 cm atau lebih kurang 9 kaki panjang. Berat berat agaknya? Kerapu tikus atau baramundi cod (Cromileptes Altivelis) berada tempat teratas dalam senarai ikan paling berharga dalam keluarganya.

Bentuk seakan ikan siakap berwarna hijau cerah dibayangi bintik hitam seluruh tubuh. Hanya boleh membesar kurang dari 1.5 kaki dan ia bukannya spesies ikan besar saiznya.

 

Variasi Keluarga Besar Ikan Kerapu

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI