Sotong katak tergolong dalam keluarga sotong (Cephalopoda) walaupun menggunakan nama fish (cuttlefish). Cephalopoda termasuk sotong kurita, cumi dan nautilus.
Sotong katak adalah keluarga Cephalopoda dan kebanyakan sotong lain adalah invertebrata laut yang paling cerdas.
Sotong katak memiliki darah hijau-biru dan 3 hati. Ia merupakan sesuatu yang sangat jarang diketahui dan dilihat oleh manusia.
Ads
Cuttlebone (tulang sotong) ditemukan dalam badan sotong katak berbeza dengan tulang sotong yang lain. Lazimnya ia digunakan untuk memberi makan burung peliharaan bagi mendapatkan kalsium.
Daya penyamaran (camouflage) sotong katak sangat menakjubkan sehingga dapat mengambil pola corak warna latar belakang yang berada di bawah atau sekitarnya.
Ads
Sotong katak adalah buta warna. Atau dalam erti kata lain mereka tidak mampu melihat warna corak badan sendiri walaupun mampu meniru warna persekitarannya ketika menyamar.
Deria rasa sotong katak terletak pada tentakel (janggutnya) yang juga bersifat seperti vakum. Kuasa vakum dia memang power, jadi jangan cuba nak makan mentah janggut sotong katak ni.
Ads
Sotong katak memiliki 8 lengan dan 2 tentakel panjang yang digunakan untuk memegang dan memakan mangsa.
Sotong katak terbesar adalah sotong katak raksasa Australia, yang menyerupai saiz dan bentuk bola American football.
Sotong katak memiliki kelopak mata berbentuk W sehingga mereka dapat melihat di depan dan di belakangnya pada waktu yang sama.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Istilah Asian Carp atau Kap Asian adalah merujuk kepada ikan dalam keluarga Cyprinid seperti Goldfish (ikan mas), koi dan common carp (leekoh).
Dalam dunia spesies akuatik, istilah Asian Carp secara khusus merujuk kepada empat spesies yang diperkenalkan dan memberi ancaman besar kepada persekitaran air tawar:
bighead carp (kap kepala besar – Hypophthalmichthys nobilis), silver carp (kap perak – H. molitrix), black carp (tongsan hitam – Mylopharyngodon piceus), dan grass carp (kap rumput – Cendopharyngodon idella).
Walaupun mereka akan mendiami tasik dan kolam, Asian Carp lebih menyukai sungai-sungai yang besar dan arus bergerak perlahan dengan kekeruhan yang tinggi, tahap sederhana hingga rendah oksigen dan suhu air sederhana.
(Fakta: Di kebanyakan tempat di Asia, ikan emas adalah simbol kemakmuran dan kehidupan yang panjang.)
Kap Kepala Besar
Ikan kap kepala besar mendapat nama sempena bentuk kepalanya yang besar seperti piala tanpa tulang, diidentifikasi oleh banyak tompok gelap pada sisi badannya, mulut besar, dan
rahang bawah yang memanjang melewati rahang atas (bayangkan rupa anjing bulldog, tetapi dengan lebih lendir).
Matanya terletak sangat rendah di kepalanya dan umumnya terlihat ke bawah. Spesimen dewasa ikan ini dapat membesar panjang sehingga 4 kaki dan berat lebih dari 100 pound.
Kap Perak
Ikan kap perak atau tongsan sisik halus memiliki warna yang sangat seragam yang berubah dari perak cerah ketika remaja ke rona lebih kehijauan apabila dewasa.
Kepala ikan mas perak juga tidak sebesar ikan kap kepala besar dengan mulut terbalik besar dan mata besar yang rendah pada kepala terlihat sedikit ke bawah.
Spesimen dewasa ikan kap perak juga mampu membesar sehingga 4 kaki panjang dan memiliki berat 75-100 lbs.
Kap Rumput
Ikan kap rumput memiliki bentuk tubuh lonjong dibandingkan dengan yang dikompresi secara lateral (diratakan dari sisi ke sisi) tubuh spesies ikan kap lainnya.
Warna tubuh gelap kelabu keperakan di atas dengan sisi badan sedikit keemasan dan perut berwarna putih. Sisik ikan kap rumput sangat besar dan dikatakan seperti menyerupai pola pagar rantai.
Maka tidak hairanlah ia juga digelar ikan tongsan sisik kasar di negara kita. Ikan kap rumput ini mampu membesar sehingga 5 kaki panjang dan berat yang sangat luar biasa, 143 lbs.
Kap Hitam
Ikan kap hitam atau tongsan hitam sangat mirip dengan kap rumput, tetapi memiliki warna coklat hitam secara keseluruhan dan sirip kelabu kehitaman.
Tubuh ikan kap hitam dimampat dan berbentuk torpedo. Pharyngeal teeth atau gigi faring berwarna hitam ikan kap hitam menyerupai geraham manusia dan digunakan untuk menghancurkan cengkerang siput dan moluska.
Ini bersaiz monster ini juga mampu membesar panjang sehingga 5 kaki panjang dan dengan berat 150lbs.
(Fakta: Ikan Kap Asia mampu makan 5-40% dari berat tubuhnya setiap hari)
Mekong giant catfish adalah spesies ikan catfish (spesies keluarga ikan bermisai termasuklah spesies tempatan iaitu patin dan keli) dikelaskan berada dalam genus Pangasianodon dan di dalam keluarga besar Pangasiidae (shark catfish family), dengan membawa nama saintifik, Pangasianodon gigas.
Di Malaysia, Mekong giant catfish ini dipanggil patin Mekong, manakala di negara asalnya Thailand, ia dipanggil pla buk (sebutan – pla buek). Spesies ikan yang tergolong dalam ikan bersaiz besar ini berasal dari Lembangan Mekong di Asia Tenggara dan bersebelahan dengan negara China. Dan ramai yang tidak menyangka, spesies yang kian mendapat tempat di hati penggemar aktiviti sukan memancing ini disenaraikan sebagai spesies yang diancam kepupusan pada tahap kritikal.
Dari segi sejarah, spesies ini berasal dari Sungai Mekong yang lebih rendah di Vietnam(di kawasan air payau yang berpengaruh di delta sungai) sehingga ke arah utara sungai di wilayah Yunnan China, yang merangkumi hampir 4,800 kilometer panjang sungai. Berikutan ancaman kepupusan, spesies ini tidak lagi mendiami sebahagian besar habitat asalnya. Kini dipercayai hanya wujud dalam populasi kecil dan terpencil di rantau Mekong tengah.
Ikan patin Mekong berkumpul semasa permulaan musim hujan dan bermigrasi ke hulu untuk membiak. Mereka hidup terutamanya di sistem utama sungai, yang mana kedalaman air adalah lebih dari 10 meter.
Melihat pada saiznya, seperti sukar untuk percaya bahawa spesies ini memakan zooplankton di sungai sebagai diet utama walaupun turut dikenali sebagai kanibalisme. Memasuki usia juvenil atau selepas kira-kira satu tahun, ikan ini akan bersifat herbivor dan Ikan ini mungkin mendapat makanannya daripada alga yang tumbuh di atas permukaan berbatu, berikutan ia merupakan spesies ikan yang tidak memiliki gigi.
Dari aspek penampilan dan saiz, ikan patin Mekong lazimnya berwarna putih kekelabuan dan kekurangan corak pola badan. Ikan patin Mekong dibezakan daripada spesies ikan patin besar lain di Sungai Mekong ini dengan hampir ketiadaan barbel (misai atau sesungut) dan ketiadaan gigi.
Patin Mekong kini memegang kedudukan utama Guinness World Book Of Recorf sebagai ikan air tawar terbesar di dunia. Ikan ini mampu membesar panjang sehingga 3 meter dan ia boleh mencapai berat sehingga 350 kilogram. Tumbesaran Ikan patin gergasi Mekong ini sangat cepat, ia mampu mencapai berat 150 hingga 200 kilogram dalam tempoh enam tahun.
Tangkapan terbesar yang pernah direkodkan di Thailand adalah seekor pla buk betina sepanjang 2.7 meter dan seberat 293 kilogram. Spesimen ini ditangkap pada tahun 2005 dan diiktiraf secara meluas sebagai ikan air tawar terbesar yang pernah ditangkap walaupun spesies sturgeon terbesar dapat melebihi saiz ini, namun tiada pengesahan tangkapan.
Memancing pla buk di habitat liar adalah haram di Thailand, Laos dan Kemboja, tetapi larangan itu kelihatan tidak berkesan dan ikan terus ditangkap di ketiga-tiga negara. Walau bagaimanapun, sebagai pengiktirafan terhadap ancaman kepada spesies, ramai nelayan Thai bersetuju untuk berhenti menangkapnya pada2006.
Spesies patin gergasi ini perlu mencapai 50-70 kg untuk membiak, dan ia tidak membiak di tasik. Jabatan Perikanan Thailand telah memulakan program pembiakan untuk mengembalikannya semula ke Sungai Mekong.
Sotong merupakan hidupan laut yang amat menabjubkan. Jom kita tengok apa kehebatan luar biasa pada sotong yang tiada pada haiwan marin lain.
Para saintis dan ahli biologi menganggarkan terdapat kira-kira 500 spesies sotong di dunia. Malah mereka percaya terdapat lebih banyak lagi spesies sotong yang belum dikaji.
Sotong betina mampu menghasilkan telur sebanyak seribu biji setiap kali di dasar laut. Bayangkan lah keadaan di dasar laut jika 1 juta sotong bertelur serentak.
Sotong `giant squid’ mempunyai mata sebesar bola jaring. Ia adalah satu fakta, bukannya auta di mana ada pemancing mendakwa pernah bertemu toman yang memiliki saiz mata sebesar roti canai.
Sesetengah sotong mempunyai organ bioluminescent menyebabkan ia bercahaya dalam gelap. Disebabkan itulah sotong menjadi umpan memancing laut dalam paling berkesan jika digunakan pada waktu malam walaupun sudah mati.
Sesetengah sotong kehilangan tantakelnya pada peringkat larva. Perkara ini mungkin pernah dialami oleh pemancing yang pernah menaikkan sotong yang kurang sifat ketika mencandat sotong.
Sotong merupakan haiwan karnivor: makan ikan, krustasia dan sotong kecil. Dalam erti kata lainnya, sotong juga boleh digunakan untuk memancing sotong (candat).
Sotong mempunyai 8 lengan dan hanya tantakel mempunyai penyedut (bukan semua jari atau janggutnya akan melekap pada tangan jika dipegang).
Sotong mempunyai 3 jantung. Mungkin disebabkan inilah sotong memancutkan dakwat hitamnya dengan kuat.
Sotong berenang paling pantas di antara haiwan-haiwan invertebrata. Paling ketara ia sangat pantas berbanding udang.
Kebiasaannya sotong hidup selama 1 hingga 2 tahun. Pasti ramai di antara korang yang baru menyedari perkara ini. Jadi tidak perlulah lepaskan kembali sotong yang dicandat dengan harapan untuk menyandatnya lagi pada tahun berikutnya.
Sotong terbesar yang dilaporkan sepanjang 60 kaki dan berat 1980lb. Sebagai perbandingan, jika korang biasa menaiki bot memancing sepanjang 30 kaki bermakna sotong berkenaan dua kali panjang bot berkenaan.
Nama “calamari” bermaksud memasak sotong dari bahasa Greek. Untuk pengetahuan korang, di beberapa tempat di dunia memanggil sotong sebagai calamari.
Sotong paling kecil bersaiz 0.7 inci dengan berat 0.02oz. Mungkin sotong getah yang dijadikan penarik umpan tambahan pada mata kail beradaptasi dari saiz sotong ini.
Kebanyakan sotong memancutkan dakwat bagi melepaskan diri daripada musuh. Bukannya untuk memerangkap mangsanya untuk dijadikan makanan.
Sotong boleh menyamar mengikut persekitarannya. Ia bertujuan untuk menyelamatkan diri dari pemangsa dan juga untuk menyerang mangsa.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...