Variasi Kegunaan Split Shot Sinkers!!

Share

 

Oleh sebab saiznya yang kecil dari 0.1 gm ke 10 gm kita dapat mengagak berat yang diperlukan. Penggunaannya pula amat senang sekali iaitu dengan memasukkan tali ke celah lurah dan mengepitnya.

 

Batu kepit dijual di dalam paket di mana terdapat beberapa jenis dengan berat yang berbeza. Selalunya terdapat 20-50 biji di dalam plastik. Dan terdapat 2 jenis split shot iaitu jenis bulat (round split shot) dan membujur (oval split shot).

 

Bagi memancing di kawasan sungai yang berbatu dan sekiranya kita tidak mahu perambut kita putus atau tersangkut maka kita boleh menggunakan kili tiga cabang (three way swivel).

 

Ia dilakukan dengan mengikat tali utama pada satu cabang, perambut pada cabang yang lain dan pada cabang ketiga diikat tali lebih kurang 7.5cm ke 10 cm di mana beberapa split shot dipasang mengikut laju arus. Sekiranya perambut terlekat beberapa tarikan akan melepaskan perambut tersebut.

 

Satu cara penggunaan split shot adalah dengan melekatkannya pada tangkal kail apabila menunda dengan menggunakan ikan kecil yang tidak melebihi 15 cm. Cara ini akan memberi aksi pada umpan dengan menggerak ikan naik turun.

 

Cara larian gewang dapat ditingkatkan serta gewang dapat digunakan untuk ditunda lebih dalam lagi sekiranya beberapa batu kepit dikepilkan pada terus pada ikatan perambut. Ini dapat menyebabkan pergerakan gewang bergerak naik turun dan sekiranya perlu gewang berenang lebih dalam lagi boleh lah tambahkan batu kepit mengikut kehendak individu.

 

 

Bagi penggunaan umpan cacing atau cengkerik pula batu kepit boleh dikepilkan terus pada tangkal kail. Sekiranya perlu kita boleh juga mengecat dengan warna merah untuk menarik perhatian ikan. Kaedah mata kail juga ini amat bagus sekiranya memancing ikan bulus.

 

Banyak lagi cara penggunaan split shot seperti menjadi penyekat pelampung sekiranya kita perlukan pelampung berada pada sekian tahap dan bermacam lagi. Senang cerita, penggunaannya tertakluk pada daya inovasi seseorang.

 

 

Published by
Amang