Variasi Gewang Trolling Skirt & Fungsi Kegunaannya

Share

 

Trolling skirt atau skirt tundaan adalah gewang berkepala peluru logam atau plastik dengan ekor ala-ala janggut sotong. Ia boleh didapati dari skirt berkepala kecil dengan ekor berjurai sepanjang 5 cm hinggalah skirt berkepala besar dengan ekor berjurai sepanjang 30cm.

 

Reka ciptanya adalah untuk mensasarkan spesies pelagak perenang pantas yang gemar memburu di permukaan air dan respon terhadap gewang berkelajuan tinggi.

 

Ekor berjurainya memainkan peranan fleksibiliti pada gewang dan pendedahan lembut kepada mata kail yang disembunyikan. Apabila ditunda di atas air, ekor berjurainya bergabung membentuk profil ikan atau sotong yang berenang.

 

 

Skirt versi kecil boleh digunakan apabila pemangsa sedang memburu anak-anak ikan di permukaan air. Tetapi selalunya digunakan untuk menunda di kawasan teluk atau persisiran pantai, apabila yang tidak berputar atau terbelit dan boleh ditunda laju begitu diperlukan.

 

Ia boleh digunakan pada hampir apa saja kelajuan, tetapi biasanya ditunda antara 4-10 knot. Ini cukup menyelerakan pemburu pelagik.

 

Saiz dan bentuk skirt yang besar berupaya menyelerakan ikan besar, tetapi apa yang lebih menggoda ialah kebolehan ia menyelam, memercik dan aksi goyangan kepalanya yang laju apabila ditunda pada halaju 5-8 knot atau lebih di belakang bot.

 

 

Kebanyakan gewang ini direka cipta agar membentuk jaluran buih yang panjang di belakangnya. Ekor buih juga lebih memudahkan skirt dilihat. Buih yang dihasilkan skirt apabila menyeret permukaan air adalah bernilai untuk satu lagi alasan, sampul udara dari hidung kepala skit akan memberikan gewang suatu bentuk profil meruncing yang panjang dan berkilau.

 

Ini bukan saja membantu bahkan juga menyumbang rupa bentuk ikan yang lebih besar sehinggalah buih memecah.

 

 

Salah satu pemangsa yang paling dikehendaki pemancing lautan adalah ikan berparuh seperti marlin dan layaran. Ikan yang sangat perkasa ini memerlukan penggunaan peralatan tugas berat dan sangat kuat untuk ditumbangkan. Ini adalah masalah utama kebanyakan gewang.

 

Tetapi gewang skirt tundaan telah direka cipta bukan sekadar untuk berenang membawa mata kail yang berat dan perambut yang kasar, malah juga mampu menggelongsor di sepanjang perambut apa ikan tertancap.

 

Jadi gewang yang berat ini tidak dibuai apabila ikan melompat, sebaliknya selamat daripada risiko mata kailnya terlucut.

 

 

Skirt tundaan datang dengan beraneka bentuk, dan kekunci ciri-cirinya menghasilkan aksi yang tersendiri bagi setiap bentuk skirt itu. Fungsi yang terdapat pada setiap rekaan skirt yang berbeza termasuk aksi menyulam air, aksi bergetaran yang memancarkan gelombang di dalam air.

 

Aksi menyelam; apabila menyelam di bawah permukaan air yang bergelora, gewang lebih mudah dilihat dari tepi dan juga lebih muda diserang dan tertancap.

 

Fungsi seterusnya bunyi, percikan, popping, menyerak air dan mungkin bergemerincing atau berdesir. Kadang memencah permukaan air dan memercik, tanpa melompat keluar dari air.

 

 

Ini memberi penampilan seperti ikan yang ketakutan akibat menyedari ia telah dikesan pemangsa dan terdesak untuk cuba cabut lari. Mangsa ketakutan selalunya kerana ia sedap dimakan. Situasi ikan mangsa terlepas keluar dari kumpulannya adalah kunci pencetus kepada serangan pemangsa.

 

Jika gewang melompat dari permukaan, ia kelihatan lebih realistik, tetapi lebih sukar tertancap pada penyambarnya dan cenderung berpintal antara mata kail dan perambu lalu boleh merosakkan aksi dan penampilannya.

 

 

Ia juga memaut buih udara dalam seretan pusaran air di belakang kepala, kemudian membebaskannya perlahan-lahan sebagai pecahan ekor buih. Dan melungsur di bawah permukaan tanpa memecahkannya.

Published by
Amang