Pelet makanan ikan merupakan antara umpan yang sangat berkesan untuk dijadikan umpan memancing. Terutamanya ikan spesies patin.
Namun, pelet kosong tanpa sebarang campuran bahan perisa dan bau, umpama nasi kosong kepada manusia.
Oleh yang demikian bahan perisa dan aroma tertentu diperlukan bagi mempercepatkan ikan mengesan umpan dan memakannya.
Bahan-Bahan Keperluan:
Ads
Pelet 920 (4kg)
Mama Essen Nenas Makassar (100ml)
Almond Oil (50ml)
Minyak Serai (100ml)
Air kelapa tua peram (2 liter)
Kelapa parut (2 biji)
Ads
Cara Penyediaan:
Masukkan 2 liter air kelapa peram di dalam bekas bancuhan umpan bertutup yang bersesuaian (mampu memuatkan 4 kg pelet).
Ads
Masukkan esen Mama Essen Nenas Makassar sebanyk 100 ml. Kemudian masukkan pula almond oil 50 ml dan minyak serai 100 ml. Gaul campuran ini hingga sekata.
Masukkan pelet 920 sebanyak 4 kg dan gaul sehingga pelet dapat meresap campuran bahan tadi.
Akhir sekali masukkan pula kelapa parut dan gaul hingga sekata. Tutup bekas ini peram bahan umpan ini kira-kira 3 hingga 5 hari sebelum digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan tongsan ini tidak suka kehadiran ikan-ikan air tawar yang lain seperti ikan patin, rohu, pacu dan lain-lain lagi. Sekiranya sarang dan koloninya diganggu, ia akan lari dan akan membina koloni yang baru selepas itu.
Di setiap kawasan atau lubuk tongsan ini akan ada seekor ikan tongsan sisik halus yang bersaiz besar disitu, kadang-kadang terdapat 1-6 ekor ikan tongsan di setiap lubuk termasuk yang saiz besar mencapai saiz 20kg ke atas.
Walaupun ia telah terkena mata pancing ia seperti biasa 2 hingga 3 hari kemudian ia akan kembali tinggal di lubuk lamanya. Bagi pemancing yang sudah tahu lokasi ikan ini tinggal maka beruntunglah ia, kemungkinan besar ia akan berkali-kali menaikkan ikan besar seberat 20kg.
Namun, bancuhan umpan mestilah berbeza-beza. Ikan tongsan bersaiz besar dapat mengenal pasti umpan yang telah dimakannya dahulu selama 6 bulan lamanya, percaya atau tidak?
Pengalaman saya memburu ikan tongsan bersaiz besar banyak kali melihat ikan yang bersaiz besar ini banyak kali telah didaratkan di tempat yang sama atau di lubuk yang sama. Ikan yang telah terkena mata pancing ini akan kembali lagi menyedut umpan setelah mulut atau tubuhnya kembali sihat dan lukanya kembali pulih.
Sekiranya di dalam sesebuah kolam itu hanya terdapat seekor sahaja ikan tongsan sisik halus bersaiz 20kg (contoh sahaja), lazimnya ia akan akan dijadikan ikan jakpot atau tangkapan bonus.
Sekiranya kita pernah menaikkan ikan ini maka bancuhan umpan tongsan jakpot ini perlulah ditukar. Jika tidak, peluang ikan tongsan didaratkan oleh si Pemancing lain amat cerah. Sedangkan kita tahu di mana lubuk ikan tongsan ini jadi perlulah tukar bancuhan bau umpan kita ini.
Ikan tongsan ini seakan-akan mempunyai seekor ketua di setiap lubuknya, namun begitu ia akan mencari makan di setiap sudut kolam dan kembali semula ke sarang atau lubuknya. Begitulah perangai ikan tongsan ini di saban hari.
Ikan tongsan amat suka tinggal di kawasan air yang tenang dan sunyi jauh dari gangguan ikan-ikan. Sesiapa yang mahir, ia pasti akan dapat melihat ikan-ikan ini keluar dari sarangnya melalui olak air di kawasan itu maka di situlah sarang ikan-ikan ini boleh dikenal pasti.
Taman Negara Endau Rompin, terletak di sempadan Johor/Pahang, merupakan taman negara yang kedua selepas Taman Negara. Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 80,000 hektar kaya dengan flora dan fauna eksotik, yang meliputi kawasan tadahan air sungai Endau dan Rompin, bersesuaian dengan namanya. Dalam erti kata lain, tempat ini sangat luas.
Taman ini merupakan rumah yang besar bagi spesies burung, mamalia, katak, serangga dan pelbagai eksotik orkid, herba, tumbuh-tumbuhan perubatan dan pokok-pokok. Boleh dikatakan setiap kali ekspedisi saintifik kembali dari Endau Rompin, spesis baru ditemui!
Para pengembara boleh menyaksikan haiwan monyet daun, kera ekor panjang, ungka tangan-putih, gajah, rusa, tapir dan kadang-kadang harimau serta harimau bintang dengan menjejaki laluan trek yang melalui hutan. Bagi pencinta kembara dan pengembara sungai, terdapat jeram menyeronokkan dan air terjun yang agak besar.
Untuk melindungi persekitaran yang harmoni ini, hanya kawasan-kawasan yang terhad dibuka bagi ekopelancongan. Kemasukan ke taman itu memerlukan permit khas dari Johor National Park Corporation.
Kami bernasib baik kerana dalam trip Sebarau Bukan Sebarang Gurau di Berau ini secara berlapang dada menerima saranan Azuan Man aka Pak One terlebih dahulu. Pak One yang sudah menimba pengalaman beberapa memancing di Berau merumuskan satu ayat saja… `budak gemuk!’.
Budak gemuk yang dimaksudkan oleh Pak One ialah merujuk gewang Rapala Fat Rap. Namun, carilah apa brand sekalipun asalkan gewang memiliki profile bulat. Dan lebih bagus gewang yang bulat, kontot dan selaman cetek. Gewang murah pun tak mengapa. Pak One membuktikan sendiri gewang bernilai RM7 sahaja berjaya mendaratkan sebarau dan juga kelah merah.
Warna gewang tidak menjadi masalah. Buktinya kelah ni menyambar gewang berwarna biru silver!
Dalam trip ini gewang yang dianggap berstatus tahyul adalah Rapala Fat Rap 5cm dan 7cm sama ada selaman cetek mahupun selaman dalam. Selain sebarau, ikan-ikan lain turut melahap gewang ini. Gewang selaman cetek disarankan di sini adalah kerana Sungai Gay (anak sungai Kelay yang merupakan lubuk utama) terdiri jeram-jeram cetek berbatu.
Penggunaan gewang selaman berkesan di sungai utama (Sungai Kelay) yang lebih dalam. Namun kebanyakan ahli trip yang menggunakan gewang selaman dalam berakhir dengan kekecewaan akibat tidak dapat diselamatkan apabila tersangkut pada celahan batu terutamanya di kawasan jeram.
Set peralatan yang disarankan; rod 10-20 lb memadai panjang maksimum 6’ kerana ia lebih senang untuk melontar gewang khususnya di ulu sungai yang sempit. Tali sulam sekurang-kurangnya 20lb dengan leader floroucarbon 30lb.
Kekili menegak atau mendatar boleh digunakan asalkan memiliki gear ratio tinggi kerana perlu menggayakan gewang dengan sempurna di kawasan jeram. Mata kail sama ada mata tiga atau mata tunggal berkuatan sekurang-kurangnya 4X.
Penggunaan jaket keselamatan adalah diwajibkan sama ada anda casting di atas bot mahupun menebing di kawasan jeram berbatu. Risiko tergelincir di atas batuan dan terjatuh ke dalam arus jeram yang deras amat tinggi. Disarankan menggunakan jaket keselamatan dari jenis foam kerana ia bukan saja sesuai untuk bermain air malah tidak menimbulkan sebarang masalah ketika pemeriksaan di lapangan terbang.
Sekiranya anda berhajat untuk menerima strike kelah merah, carilah spot-spot di mana terdapatnya pokok di tebing sungai. Banyak strike yang kami terima terutamanya di bawah pokok yang mana buahnya menjadi makanan ikan kelah. Sementara corak strike sebarau pula lebih kurang sama saja di sungai pergunungan negara kita.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...