Minyak kuinin? Mungkin anda tertanya-tanya sendiri, apa benda minyak kuinin tu? Admin pada awalnya pun tertanya macam tu jugak.
Kalau anda beranggapan kuinin tu adalah buah kuinin, maka memang betullah tu. Memang minyak kuinin yang digunakan dalam penyediaan umpan memancing ikan patin kolam dalam perkongsian Umpanpedia ini.
Bahan-bahan:
Pallet 920
Minyak kuinin
Perisa pandan
Kelapa parut
Esen limau
Esen nenas
Air
Cara-cara penyediaan:
Langkah 1
Masukkan pelet ke dalam bekas bancuhan umpan, kemudian masukkan air sehingga penuh menutup pelet, biarkan seminit dan toskan kesemua air.
Langkah 2
Ambil kelapa parut dam masukkan ke dalam bekas bancuhan.
Langkah 3
Tuangkan sebotol esen limau ke atas kelapa parut.
Langkah 4
Tuangkan pula sebotol esen nenas ke atas kelapa parut.
Langkah 5
Masukkan pula pes perisa pandan sebanyak 8 penutup botol.
Langkah 6
Gaul kesemua bahan sehingga sebati dan kelapa parut bertukar warna sepenuhnya.
Langkah 7
Tuangkan kesemua pelet tadi ke dalam bekas campuran kelapa parut dan esen.
Langkah 8
Gaul kesemuanya sehingga menjadi sekata.
Langkah 9
Tuangkan minyak kuinin sebanyak 12 penutup ke atas pelet. Gaul sekali lagi sehingga kesemua pelet sebati dengan minyak dan kelapa parut.
Langkah 10
Sebaiknya bahan umpan ini diperap di dalam bekas kedap udara sekurang-kurangnya sehari sebelum digunakan.
(Video penyediaan umpan)