Ikan akan bernafas dengan memasukkan air ke dalam mulutnya, kemudian memaksa air tersebut melalui insangnya dan keluar secara perlahan-lahan menerusi celah-celah insangnya.
Di dalam kawasan insang, ikan akan menggunakan setiap helaian insang tersebut menapis oksigen yang terkandung bersama-sama air dan mensebatikan oksigen tersebut ke dalam
darahnya serta menyingkirkan karbon dioksida daripada darahnya ke dalam air di sekitarnya.
Bony fish ialah ikan yang mempunyai sisik berbanding cartilaginous fish dan sisik mereka boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu cycloid (sisik yang mempunyai mata yang lembut dan rata) dan ctenoid (sisik yang mempunyai mata tidak rata).
Sisik ini akan tumbuh dalam keadaan yang tersusun seperti susunan atap rumah. Sisik yang hilang atau tercedera akan tumbuh secara semulajadi tetapi bukan dalam keadaan yang asal. Jerung juga mempunyai sisik yang kecil yang dipanggil placoid scales.
Ads
Ikan cartilaginous
Dengan nama saintifiknya Chondrichthyes, ikan jenis ini majoritinya mendiami lautan iaitu perairan air masin seperti pari dan jerung.
Jerung mempunyai bentuk badan yang panjang manakala si pari pula mempunyai bentuk badan yang betul-betul leper dan separa bulat.
Insang dan mulut pari berada di bahagian bawah badannya. Bagi jerung pula, insangnya berkedudukan hampir sama seperti bony fish iaitu bahagian tepi badannya tetapi ia tidak
Ads
dilindungi oleh tulang leper. Insang cartilaginous fish mempunyai injap berpusar. Ini memberikan ruang kepada ikan ini menyerap makanan.
Berenang
Pari berenang dengan mengayuh atau mengibas sirip pektoralnya manakala jerung berenang dengan menggunakan otot ekornya yang digerakkan ke kiri dan ke kanan.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Berdasarkan sumber kajian ilmiah, ikan depu hidup di kawasan terumbu karang dengan kedalaman laut 20 – 50 meter. Ikan ini merupakan predator yang memakan crustacea, cephalopoda, dan ikan-ikan kecil yang hidup di karang menggunakan strategi menyamar kemudian menyergap mangsa yang mendekat.
Mulut ikan depu berupaya untuk menyedut mangsa makanannya dengan kecepatan gerakan yang hampir tidak terlihat, iaitu 15 ms (milisekon). Secara morfologi, ikan depu memiliki fizik yang unik. Hidupan marin ini memiliki kepala berduri yang besar, duri berbisa yang berada pada belakang dan siripnya, dan kantung bisa.
Bentuk siripnya berduri membentuk seperti kipas. Panjang tubuhnya sekitar 10 – 40 cm. Selain itu, ikan depu memiliki warna yang identik iaitu bergaris merah, marun, coklat, jingga, hitam dan putih. Ikan depu mengeluarkan bunyi yang berasal dari gosokan dan gerakan rangka tubuh untuk menarik perhatian pasangannya.
Menurut Stein (2006), ikan membuat suara atau bunyi untuk beberapa alasan yang berbeza, antara lain untuk tetap berhubungan dengan kawanan, memperingatkan bahaya, berkomunikasi dengan pasangan, menarik perhatian pasangan, menakut-nakuti penceroboh agar menjauh dari telur, dan bahkan mungkin untuk echo location bagi beberapa spesies laut dalam.
Verrapan, et al. (2009) mengatakan lebih dari 800 spesies ikan diketahui mengeluarkan suara. Pada umumnya, suara yang dihasilkan diproduksi pada saat makan atau berenang.
Ikan Depu cenderung tidak agresif, namun mereka memiliki tingkah laku pertahanan. Apabila mereka merasa terancam, mereka akan segera menegakkan sirip dorsalnya atau hanya bersembunyi dan diam. Ikan depu merupakan ikan yang beraktiviti pada malam hari (nokturnal). Pada siang hari, mereka lebih banyak bersembunyi di tempat terlindung, seperti di lubang terumbu karang.
Satu spesies yang paling hampir dengan kita ialah depu seakan-akan ikan gedema atau kerapu singa. Ia berwarna coklat dan mempunyai kulit yang agak kasar. Gemar bersembunyi di dalam lumpur, karang dan batu-batuan, merupakan spesies ikan laut yang beracun tergolong dalam jenis Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dari keluarga Scorpaenidae.
Spesis ini akan menyedut buruannya dengan mulut besarnya dan dengan refleks cepatnya mereka menekan buruannya sekaligus. Depu dikenali kerana duri yang tajam dan memiliki warna merah, coklat, kuning, hitam atau putih yang amat berbisa yang terdapat di bahagian sirip belakang, jika terkena boleh menyebabkan seseorang itu pengsan dan boleh membawa maut.
Sebenarnya ada banyak spesis ikan depu yang diambil maklumat daripada Wikipedia di antaranya:
Nama global: Narrow-barred Spanish mackerel, king mackerel
Nama tempatan: Tenggiri, tenggiri batang, tohok, dengkeh
Ciri fizikal: Tidak bersisik, badan silinder memanjang, ekor tirus bercabang
Diet: Ikan pelagik, sotong, udang
Habitat: Luar pantai hingga laut dalam
Taburan: Indo-Pasifik hingga melalui Terusan Suez, Australia hingga China
Domestik: Keseluruhan Semenanjung hingga Laut Sulu
Sebut saja tenggiri, rasanya ramai pemancing yang sudah kenal dengan bentuk, nama dan tidak kurang rasa ikan ini. Kebanyakan dari pemancing dan pengemar tenggiri lebih tertumpu kepada salah satu dari beberapa jenis tenggiri yang ditemui di perairan negara.
Nama-nama seperti tenggiri musang atau Korean seerfish (Scomberomorus koreanus), tenggiri papan atau spotted mackerel (Scomberomorus guttatus), tenggiri aya atau double line mackerel (Grammatorcynus bilineatus) jarang didengari berbanding tenggiri batang atau Spannish / king mackerel yang difokuskan dalam info spesies kali ini.
Pendapat yang menyatakan jenis tenggiri boleh dikenal pasti setelah mencecah berat 8 kg ke atas tidak boleh diterima (pendapat peribadi) kerana perbezaannya jelas ketara sewaktu kecil terutama kombinasi jalur pada badan.
Tenggiri batang paling banyak ditemui di pasaran tempatan dan mempunyai permintaan yang tinggi. Ia berkepala tirus bermuncung panjang, dibarisi gigi tiga segi menirus dan tajam dengan kadar saiz 1 nisbah 5 panjang keseluruhan badannya yang berbentuk silinder.
Ekor tirus bercabang dan berkemampuan menujah pecutan renangan mendahului kelajuan pemancing menggulung tali ke gelendung kekili. Badan berwarna kehijauan di atas dan keputihan di bawah hingga ke perut dengan jalur hitam yang melintang pada badan. Warna kehijauan akan pudar apabila ia mati.
Tenggiri batang boleh memanjang sehingga 2 meter lebih (7 kaki) dan saiz yang lumrah dipancing sekitar 1 hingga 4 kaki. Ikan betina dikatakan matang apabila mencapai panjang 70 cm manakala jantan ialah 65 cm.
Habitat Dan Sifat
Tenggiri batang boleh dikelaskan sebagai ikan pelagik yang mana kebanyakan masanya dihabiskan berada di permukaan dan sub permukaan air pada waktu saing hari dan merayau di pertengahan dan dasar pada malam hari.
Tenggiri jarang mendiami satu-satu kawasan dan sering merayau di kawasan pemburuan dari kedalaman 5meter hingga 200 meter. Namun ia lebih tertumpu di kawasan perairn cetek yang mempunyai kedalaman purata 30 meter.
Kawasan tumpuan Tenggiri merayau di mana terdapat sumber makanan atau mangsa buruan bermain. Pergerakannya dikaitkan dengan peredaran monsun dan arus laut yang membawa bersama kumpulan ikan-ikan pelagik yang bergerak secara berkumpulan.
Dengan berkumpulan tenggiri mampu memerangkap kumpulan mangsa dengan mudah. Pemburuan utama tenggiri adalah di kawasan unjam laut, kawasan terumbu karang, tukun, pulau dan tengah laut. Ia jarang rapat ke kawasan persisir pantai seperti mana sifat alu-alu.
Sifat ikan yang pantas berenang ini sering mendahului kelajuan gulungan tali pancing boleh mengundang putusnya tali utama atau perambut. Oleh itu jangan mengadu letih mengarau jika tidak ingin ikan dan gewang anda terlepas begitu saja.
Bagi pemancing yang baru menceburi acara memancing laut dalam, mereka menganggap jika berjaya menjinakkan ikan spesies berparuh ini sebagai lesen besar laut dalam! Ia sebenarnya bukan satu tanggapan berlebihan kerana ikan ini dikelaskan sebagai salah satu game fish utama dunia.
Sesetengah penyelidik berpendapat ikan layaran ini adalah spesies tunggal dengan nama umumnya Indo-Pasific sailfish. Namun ada juga penyelidik yang mendakwa terdapat dua jenis sahaja ikan layaran yang wujud iaitu Indo-Pasific sailfish dan Atlantic sailfish. Namun dalam pengkelasan taksonomi, hanya spesies Istiophorus platypterus yang dicatatkan.
Ikan layaran dikategorikan sebagai keluarga ikan billfish iaitu ikan yang bermuncung panjang atau berparuh, satu keluarga dengan ikan mersuji dan ikan pedang (marlin dan swordfish).
Berbanding mersuji, ikan layaran memiliki sirip dorsal umpama layar kapal yang kembang menawan dengan warna hitam kebiruan. Lawi pada bawah bahagian tengkuk (sirik pektoral) memanjang hampir ke setengah badan. Sirip layar, paruh dan lawi adalah ciri-ciri utama bagi seekor ikan layaran ini.
Layaran mampu membesar panjang sehingga 11 kaki panjang dan maksimum menurut rekod IGFA ialah 100.24 kg yang ditangkap di perairan Equador. Ia boleh dikatakan membiak sepanjang tahun di kawasan perairan tropika dan sub-tropika. Tiada musim tertentu waktu pembiakannya.
Ikan pelagik ini biasanya ditemui di atas garisan suhu termocline (memisahkan suhu air sejuk di bawah dan air panas pada paras atas). Sesuai dengan ikan beriklim tropika, ia banyak ditemui di lokasi laut bersuhu sederhana dan kebanyakan waktunya berlegar di permukaan air.
Ia boleh berada di kawasan lautan sedalam 1000 meter dan juga persisiran pantai di mana paras air kurang 20 meter. Walaupun berada di lautan dalam, spesies ini tidak akan berada lebih dari 100 meter kedalaman air.
Jika diperhatikan, lokasi yang lumrah ikan ini ditemui di Semenjanjung ialah di sekitar unjam (pantai Timur), Pulau Jarak, Pulau Bidan, sekitar uas dan Tukun Perak di Pantai Barat.
Amnya, lokasi permainan layaran ialah di kawasan yang diketahui banyak terdapat kumpulan ikan kecil yang merupakan sumber diet utamanya.
Di pantai barat, ikan ini lebih tertumpu di sekitar pulau berbatu kecuali di tuas manakala lokasi di pantai timur semenanjung pula ia lebih gemar pada gugusan unjam darat mahupun laut.
Sabah juga tidak boleh dinafikan sebagai syurga bagi layaran terutama di lokasi terumbu dan jurang laut di pinggir pulau.
Yang menarik tentang layaran ialah tabiat semulajadinya yang gemar melakukan aksi akrobatik ke udara pada awal pagi dan menjelang senja. Waktu itu anda hanya mampu melihat kerana ia tidak berminat dengan umpan.
Jika kumpulannya banyak, anda boleh lihat sehingga melebihi 5 ekor melonjak ke udara serentak dan di sudut lain kumpulan layaran melakukan senaman unik.
Bagi spesies ikan yang banyak berlegar di sub permukaan air, makanan utamanya pula pastilah dari jenis pelagik seperti kembung, pelaling, anak tongkol, selar, selayang, tamban, lolong, selar kuning serta bilis. Anak tongkol, kembung dan pelaling boleh disifatkan sebagai kegemaran manakala tamban, selar dan sotong cumit sebagai alternatif.
Tempat kumpulan ikan pelagik berkumpul dan bermain juga merupakan kawasan yang sering dikunjungi layaran.
Nama binomial: Istiophorus platypterus
Famili : Istiophoridae (billfish)
Ciri fizikal : Ikan berparuh yang mana bahagian atas lebih panjang, sirip dorsal pertama dan kedua bersambung dan ia cantik apabila dikembangkan seperti layar, ekor bercabang
dan lawi memanjang keluar dari bahagian bawah badan. Badan berbelang tetapi tidak berapa terang apabila dikeluarkan dari air.
Habitat : Mendiami lautan tropika bersuhu panas dan sederhana. Sejenis ikan pelagik yang banyak menghabiskan masa di sub permukaan air.
Taburan : Dari lingkung utara India hingga Selatan Pasifik Australia, Laut Mediterranean, Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Sulu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...