Ads
Home Hobi & Minat Umpanpedia : Cara Menghasilkan Umpan Patin Matsumoto ®

Umpanpedia : Cara Menghasilkan Umpan Patin Matsumoto ®

Ads

 

Selain palet, dedak (palet yang dikisar) juga merupakan salah satu bahan umpan asas yang boleh digunakan untuk memancing ikan patin. Dipercayai hanya penggunaan dedak kosong ia mampu untuk dijadikan umpan namun untuk kesan yang lebih cepat, beberapa bahan perisa harus dicampurkan bersama dedak tersebut.

 

Bahan-bahan keperluan:

Dedak 929

Perisa  Yogurt

Ads

Perisa  buah ara

Serbuk 014 strawberi

Serbuk 011 buah ara

Umpanpedia : Cara Menghasilkan Umpan Patin Matsumoto ®

Ads

Cara-cara penyediaan umpan.

1.    Masukkan  sepaket dedak 929  ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan 1/2  paket serbuk perisa  014 strawberi dan 1/2 paket serbuk perisa 011 buah ara. Gaul bahan-bahan ini hingga campurannya sekata.

2.    Masukkan pula 2-3 penutup botol perisa yogurt dan perisa buah ara ke dalam campuran dedak dan serbuk perisa (pastikan goncang dahulu botol perisa). Gaul bahan-bahan ini hingga sekata.

Ads

3.    Masukkan sedikit demi sedikit air (bukan air paip yang mengandungi klorin) ke dalam dedak dan gaul sehingga adunan ini boleh menjadi bahan kepalan yang bersesuaian iaitu tidak mudah berderai dan tidak pula doh yang liat.

Umpanpedia : Cara Menghasilkan Umpan Patin Matsumoto ®Umpanpedia : Cara Menghasilkan Umpan Patin Matsumoto ®Umpanpedia : Cara Menghasilkan Umpan Patin Matsumoto ®

Cara penggunaan umpan:

1.    Umpan dedak ini boleh digunakan dengan pam dedak, spring dedak atau juga perambut dua mata kail. Sekiranya menggunakan pam dedak pastikan adunan hanya dilembabkan dengan air sahaja. Sekiranya menggunakan spring dedak atau perambut mata kail, pastikan adunan boleh dikepal pada spring atau mata kail yang dicucuk keropok jagung dengan kemas dan tidak pecah ketika membuat lontaran ke tengah kolam.

2.    Umpan patin Matsumoto ini turut digemari oleh spesies lain yang ada di dalam kolam seperti tongsan atau rohu. Jadi, tidak semestinya hanya patin sahaja yang bakal didaratkan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI