Umpan-Umpan Power Pancing Kuku!!

Share

 

Di Australia, pengunaan soft plastic begitu meluas untuk menjerat spesies ikan bream. Soft plastic berupa anak udang dan cacing laut menjadi pilihan kebanyakan pemancing di Australian ini.

Ia jarang diamalkan di negara kita memadangkan sukar bagi pemancing mengesan spot utama kuku kerana kehadirannya berkait rapat dengan musim.

 

Ketam

Ketam batu, ketam angin atau ketam Rumput dikatakan paling mujarab malah mampu menarik perhatian siakap merah.

Umpan ketam dicangkukkan dari bahagian bawah hingga menembusi kulit atas. Sebaiknya ketam hidup.

 

Roti sandwic

Umpan roti juga boleh digunakan. Biasanya menggunakan roti Gardenia yang dikepal kecil-kecil sebelum dicangkukkan.

Roti Gardenia butterscotch dikatakan lebih berkesan kerana memiliki aroma mentega.

 

Udang hidup

Udang hidup agak jarang digunakan untuk memancing kuku namun tidak mustahil menaikkan kuku bersaiz besar. Gunakan udang bersaiz kecil anak jari.

 

 

Roti canai

Roti canai antara umpan kuku popular di Terengganu. Roti canai yang dimasak separuh dikatakan paling baik dibuat umpan.

 

Ayam goreng

Ayam goreng sama ada digoreng sendiri dengan minyak yang telah digunakan atau menggunakan ayam goreng KFC.

Cangkukkan sahaja cebisan isi ayam goreng sebagai umpan.

 

 

Umpan tepung

Umpan campuran tepung biasanya digunakan oleh pemancing yang telah lama memancing kuku.

Campuran tepung yang diuli dengan pelbagai resepi menjadi umpan rahsia untuk memancing kuku.

 

Sate ayam

Sate ayam merupakan satu lagi alternative pilihan kaki pancing untuk menjerat spesies ini.

Ada sesetengah pemancing menggunakan sate tongkeng ayam kerana bahagian ini lebih berlemak dan mengeluarkan minyak untuk dikesan oleh kuku.

 

Teritip

Teritip merupakan makanan asasi bagi ikan kuku. Tengok sajalah bagaimana rupa gigi ikan kuku. Untuk menggunakan umpan ini sebaiknya dikupas kulit dan diambil isinya.

 

Udang ketak

Tentu saja ia merupakan umpan kegemaran ikan kuku tetapi untuk mencari anak udang ketak yang bersaiz sebesar ibu jari bukannya mudah.

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Published by
Amang