Pengetahuan tentang jenis umpan yang biasa digunakan dan memperoleh hasil di sesuatu padang pancing amat penting sebelum memancing di lokasi tersebut.

 

Sebagaimana padang pancing yang lain, untuk memperoleh hasil bagi sesi memancing di Rakit Pancing Harun ini juga perlu bijak memilih umpan sepadan dengan ikan sasaran.

 

Berdasarkan pengalaman para pemancing yang pernah memancing di Rakit Pancing Harun, berikut merupakan senarai umpan dan spesies ikan yang telah didaratkan.

 

Udang hidup

Udang hidup merupakan umpan nombor satu jika anda berhajat untuk menaikkan spesies sasaran utama di sini iaitu siakap, senangin, merah, kerapu, tetanda, ebek atau siakap merah.

 

Umpan-Umpan Power Di Rakit Pancing Harun!!

 

Udang kopek

Ads

Tiada pembaziran umpan di sini. Udang hidup yang telah mati tetapi masih segar dan dikopek kulitnya boleh digunakan untuk memancing ikan daun baru, duri, gelama, sembilang, kaci, ketuka atau dengkis.

Jika bernasib baik, siakap merah atau ebek juga mengambil umpan udang kopek.

 

Ikan Tamban

Sama ada digunakan ketika masih hidup atau dijadikan hirisan, umpan ikan tamban berpeluang untuk mendaratkan ikan seperti talang, pari, duri, kerapu, senangin atau kurau.

 

Umpan-Umpan Power Di Rakit Pancing Harun!!

 

Hirisan sotong

Ads

Boleh dikatakan pelbagai spesies akan membaham umpan hirisan sotong terutamanya yang masih segar. Jika bernasib baik anda akan menaikkan kerapu, kaci, pari, atau merah.

 

Hirisan ikan selayang

Sebagai mana hirisan sotong, hirisan ikan selayang juga berpeluang mendaratkan ikan berkualiti seperti merah, kerapu, atau kaci sekiranya ia tidak banyak digetu dan dihabiskan oleh ikan-ikan kecil.

 

Umpan-Umpan Power Di Rakit Pancing Harun!!

 

Anak Gelama

Ads

Sekiranya anda memperoleh anak ikan gelama sebesar ibu jari, jadikan ia sebagai umpan hidup dan tagan. Anak gelama ini biasanya digemari oleh pari, senangin, kurau atau malong.

 

Umpun-umpun

Umpun-umpun merupakan umpan wajib hampir setiap rumah rakit. Walaupun ia senonim sebagai umpan gelama, namun kadangkala ikan berkualiti seperti tebal pipi, tetanda, semilang malah siakap turut membaham umpan ini.

 

Umpan-Umpan Power Di Rakit Pancing Harun!!

 

Gewang

Bagi penggemar teknik mengilat atau casting, anda boleh gunakan gewang seperti minnow, soft plastic atau micro jig untuk menjerat ikan-ikan pemangsa seperti siakap, siakap merah, kerapu, ebek, talang, atau kerapu.

 

baca juga perkongsian ini…

kelong maswira port siakap gergasi

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI