Ikatan yang mirip Albright knot ini sangat kuat menghubungkan dua jenis tali yang berbeza. Namun ia lebih berkesan jika menggunakan perambut berdiameter tinggi atau tebal. Sekiranya anda perlu menyambung perambut yang tebal maka buatlah ikatan ini.
Panduan: Tali berwarna oren mewakili leader atau perambut dalam foto ini.
Step 1
Bentukkan satu loop atau simpulan dengan perambut dan kemudian masukkan hujung tali sulam ke dalam simpulan tersebut.
Step 2
Buatkan 7 lilitan dengan hujung tali sulam ke atas lipatan simpulan perambut.
Step 3
Seterusnya buat lilitan ke arah bertentangan (mengundur) sebanyak 7 kali.
Step 4
Masukkan hujung tali sulam ke dalam simpulan dengan arah yang sama ketika masuk tadi.
Step 5
Pegang semua 4 bahagian tali dan tarik sehingga ketat. Ketika tarik itu cuba tolak simpulan tali sulam dengan menggunakan jari sehingga rapat.
Step 6
Pegang kedua-dua bahagian utama tali dan tarik sehingga betul-betul ketat. Akhir sekali potong bahagian hujung tali dengan kemas. Ikatan telah pun siap.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikatan mata kail ini merupakan ikatan yang berasaskan simpulan. Semakin banyak simpulan maka semakin kukuh ikatannya. Namun ia lebih sesuai digunakan pada mata kail bercincin atau swivel dan menggunakan kevlar atau perambut sulam.
Tutorial 1
Masukkan tali perambut melalui lubang cincin mata kail dari arah belakang.
Tutorial 2
Buatkan satu lingkaran dengan hujung perambut berada di atas tali perambut.
Tutorial 3
Selitkan hujung tali ke bawah tali utama dan masukkan ke dalam lingkaran tadi.
Tutorial 4
Ulangi langkah itu sekurang-kurangnya tiga kali.
Tutorial 5
Perlahan-lahan tarik hujung tali sehingga ikatan terbentuk.
Tutorial 6
Kemaskan ikatan yang terhasil agak tidak bertindan atau berketul.
Tutorial 7
Tarik tali utama hingga ikatan rapat pada hujung cincin mata kail. Potong lebihan tali dan ikatan sudah menjadi sempurna.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Shimano Calcutta Conquest merupakan antara kekili idaman seorang kaki casting termasuklah model 2014. Keunikan dan keseronokan menggunakan kekili ini tidak dapat dinafikan. Namun, sebagus mana pun kekili apabila ia kerap digunakan maka ia perlu diservis juga. Berikut diserta Tutorial demi Tutorial untuk menyelenggara kekili CQ2014.
Alatan keperluan:
Screwdriver set
Rachet spanar
Minyak Zippo
Kain bersih
Air blow
Minyak gris
Bearing oil
Berus gigi
Cotton bud
Berus lukisan
Bekas kosong (untuk cuci reel)
Bekas bertutup (untuk cuci bearing)
Cecair pinggan mangkuk
Cara-Cara Servis:
Tutorial 1
Buka dengan kemas kesemua screw pada badan CQ.
Tutorial 2
Gunakan rachet spanar untuk membuka nat. Penggunaan alat ini, lebih baik dari menggunakan spanar biasa.
Tutorial 3
Buka badan kekili dengan berhati-hati dan cermat.
Tutorial 4
Asingkan part penting dalam bekas yang anda rasakan perlu dibersihkan. Jangan lupa susun kedudukannya supaya anda tidak lupa (sila rujuk manual jika musykil tentang part yang telah dibuka).
Tutorial 5
Rendamkan kesemua bearing dalam bekas menggunakan minyak Zippo. Ia bertujuan mencuci kotoran minyak lama dalam bearing berkenaan.
Tutorial 6
Rendam seketika body di dalam air bersama larutan pencuci pinggan mangkuk.
Tutorial 7
Gunakan berus gigi lembut yang sudah tidak digunakan dan keringkan menggunakan kain bersih.
Tutorial 8
Gunakan berus gigi dengan perlahan, cuci di semua bahagian termasuk pinion gear. Peringatan: Sila berhati-hati dan jangan sesekali ia terjatuh di atas lantas simen yang keras, kerana ia akan merosakkan gigi pinion gear berkenaan.
Tutorial 9
Gunakan cotton bud yang dibasahkan dengan minyak Zippo untuk cuci di ruang dalam spool. (Tali yang berada di dalam spool sebaiknya dibasuh, rendam lebih awal dengan air suam dan sabun cecair pinggan mangkuk selepas selesai aktiviti memancing di lokasi air masin).
Tutorial 10
Selepas bearing dicuci, boleh gunakan air blow untuk mengeringkannya dengan lebih cepat. Pasangkan kembali semua bearing dan boleh mula letakkan oil bearing.
Tutorial 11
Sapu grease oil menggunakan berus lukisan (tidak terlalu tebal atau terlalu nipis) pada semua part, termasuklah main gear.
Tutorial 12
Pasang kembali kesemua part mengikut susunan dengan betul, berhati-hati dan cermat hingga selesai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...