Spider hitch loop knot merupakan satu kaedah simpulan dan ikatan untuk menghasilkan satu loop atau gelung yang sempurna. Gelung yang terhasil ini biasanya digunakan untuk menyambungkan swivel atau boleh juga untuk menyambungkannya dengan tali mono.
Cara menghasilkan loop ini juga mudah dan boleh dihafal dalam masa yang amat singkat. Jom sama-sama buat!
Langkah 1
Lipatkan tali sulam mengikut saiz loop yang anda inginkan. Kalau loop yang besar, panjanglah tali yang perlu dilipat dua.
Langkah 2
Kepit bahagian tindanan tali di bawah ibu jari dengan jari telunjuk sebagaimana di dalam gambar.
Langkah 3
Kemudian lilit tali berkembar pada ibu jari menghala ke arah hujung kuku. Pastikan lilitan ini tidak bertindih.
Ads
Langkah 4
Kemudian masukkan bahagian lengkungan tali ke dalam gelung yang dikepit di celah jari.
Langkah 5
Tarik perlahan-lahan hingga lilitan pada ibu jari melurut turun secara satu persatu.
Ads
Langkah 6
Pastikan bahagian tali yang dikepit tidak terlepas.
Langkah 7
Simpulan yang terhasil sebelum diketatkan. Sebaiknya perhatikan simpulan ini tersusun cantik agar tidak bertindan apabila diketatkan.
Ads
Langkah 8
Tarik bahagian hujung dan pangkal tali dengan kuat sehingga ikatan terjerut kemas.
Langkah 9
Kemaskan ikatan dengan memotong bahagian lebihan tali yang tidak diperlukan lagi.
Langkah 10
Spider hitch loop knot yang telah siap dan boleh digunakan untuk mengikat swivel atau disambung dengan tali leader.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Syarat utama kalau nak buat ikatan ini kena la ada ibu jari tangan. Sebab itulah namanya thumb knot atau ibu jari. Teknik ikatan ini sesuai untuk mengikat swivel atau mata kail bercincin dengan menggunakan perambut nylon yang berdiameter tebal.
Tutorial 1
Masukkan hujung perambut menerusi cincin swivel atau mata kail kira-kira sejengkal atau lebih bergantung kepada keselesaan korang. Lingkarkan tali perambut (bahagian hujung) ke bawah perambut utama dan kepit bahagian pertemuan perambut tersebut dengan ibu jari dan jari telunjuk.
Tutorial 2
Lilitkan bahagian hujung perambut pada ibu jari dan biarkan lilitan itu menghala ke pangkal kuku.
Tutorial 3
Buatkan lilitan kedua dengan keadaan lilitan tersebut berada di hadapan lilitan pertama ke arah pangkal kuku.
Tutorial 4
Buatkan lilitan yang sama sekurang-kurangnya tiga lilitan. Jika perambut diameter lebih halus, seeloknya buat 5 lilitan.
Tutorial 5
Masukkan hujung perambut ke menerusi ketiga-tiga gelungan (yang terbentuk hasil lilitan) yang dihasilkan tadi.
Tutorial 6
Tarik perlahan-lahan simpulan yang dihasilkan merapati cincin swivel.
Tutorial 7
Ketatkan simpulan yang telah dihasil dengan sempurna.
Tutorial 8
Potong lebihan hujung perambut dan ikatan telah pun siap dihasilkan.
Selain ditangkap untuk dijadikan juadah, ikan seluang juga ditangkap untuk dijadikan umpan bagi memancing ikan pemangsa seperti belida, sebarau atau baung.
Malah, tidak dinafikan umpan terbaik untuk memancing ikan sasaran di sesuatu lubuk adalah umpan yang terdapat di lubuk itu sendiri.
Sekiranya di lubuk tersebut banyak terdapat ikan seluang maka gunalah anak seluang tersebut untuk dijadikan umpan.
Langkah 1
Memang lambat dan memakan masa jika nak dapatkan ikan seluang dengan cara memancing.
Jadi, usahakan sesuatu kaedah untuk menangguk anak-anak ikan seluang yang terdapat di tepi anak sungai atau tali-tali air.
Langkah 2
Beginilah rupa anak ikan seluang. Penting untuk mengenal pasti ia adalah spesies ikan seluang bukannya spesies lain yang kurang digemari oleh ikan pemangsa yang dihajati seperti belida atau baung.
Langkah 3
Pegang anak ikan seluang dengan kemas dan cangkukkan anak ikan seluang ini dari bahagian kepala hingga ke ekor. Cara ini khusus untuk anak seluang bersaiz kecil sahaja.
Kalau dapat seluang bersaiz kasar, lebih elok dijadikan umpan hidup dengan mencucuk mata kail pada bahagian atas badan di penjuru pangkal ekornya.
Langkah 4
Beginilah keadaan anak seluang yang telah dicucukan mata kail untuk dijadikan umpan belida atau apa sahaja pemangsa yang ada.
Umpan ini bolehlah dilontar ke kawasan anak-anak seluang ditemui kerana di tempat inilah juga ikan pemangsa akan meronda untuk memburunya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...