Syarat wajib jika ingin memancing toman dengan teknik pancingan dasar, menggunakan umpan keli atau sebagainya ialah menggunakan perambut dawai atau kabel. Memandangkan ia menggunakan kabel dawai yang sukar untuk disimpul maka satu jenis ikatan khusus perlu dilakukan bagi menghubungkannya dengan mata kail.
(kami menggunakan kevlar sebagai ganti kabel/dawai untuk sesi fotografi)
Bahan Keperluan:
Nylon coated stainless steel wire (30lb)
O’shaughnessy hook
Wire cutter plier
Tutorial 1
Potong dahulu kabel kira-kira 6 inci atau sepanjang mana yang dikehendaki. Kemudian masukkan salah satu hujung ke dalam lubang cincin mata kail dari arah belakang.
Tutorial 2
Masukkan kira-kira 1 inci kabel dan pegang dengan kemas bahagian kabel di atas teras mata kail.
Tutorial 3
Tarik bahagian kabel yang panjang ke arah teras mata kail.
Tutorial 4
Mulakan lilitan dengan bahagian kabel yang panjang ke arah hujung mata kail.
Tutorial 5
Lakukan lilitan sekurang-kurangnya lima kali dengan kemas.
Tutorial 6
Masukkan hujung kabel panjang itu ke dalam lubang cincin dari arah belakang atau bawah mata kail.
Tutorial 7
Ikatan telah disiapkan. Bagi membolehkan ikatan tersebut lebih kemas, bolehlah bakar bahagian lilitan tersebut.
Nylon coated yang dibakar mampu menjadi gam yang baik. Seterusnya buatlah simpulan mati pada hujung kabel bagi memudahkannya disambung pada snap swivel dan tali utama.
Hook knot merupakan salah satu teknik simpulan ikatan untuk menghubungkan mata kail dengan tali utama ataupun perambut. Ia satu teknik ikatan yang agak mudah dilakukan namun mampu menghasilkan satu ikatan yang kuat.
Tutorial 1
Masukkan tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail.
Tutorial 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan.
Tutorial 3
Loloskan hujung tali ke dalam simpulan yang terhasil.
Tutorial 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik tali perambut utama.
Tutorial 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Tutorial 6
Lakukan 5-7 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan.
Tutorial 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Tutorial 8
Pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas.
Tutorial 9
Potong lebihan hujung tali perambut dan ikatan telah siap untuk diguna pakai.
Cara untuk menghasilkan assist hooks dua mata atau mata berkembar untuk teknik jigging terutamanya disiplin slow pitch jigging ini terdapat pelbagai versi. Salah satu versi yang banyak dipraktikkan adalah seperti mana yang kami sediakan ini:
Alatan keperluan:
Mata kail yang sesuai
Kevlar
Benang luminous
Solid ring
Squid head
Cara-cara penyediaan:
Tutorial 1
Potong kevlar kira-kira 6 inci dan masukkan hujungnya melalui bahagian hadapan lubang cincin.
Tutorial 2
Buatkan satu simpulan mati pada hujung kevlar tanpa perlu mengetatkan ikatan. Pastikan lebihan hujung tali tidak terlalu panjang atau pendek.
Tutorial 3
Masukkan gelung yang terhasil dari simpulan mati ke batang mata kail melalui melalu arah matanya.
Tutorial 4
Jerut atau ketatkan ikatan kevlar pada hujung teras mata kail. Boleh guna playar untuk dapat ikatan yang kuat dan kemas.
Tutorial 5
Lilitkan dan ikat bahagian hujung kevlar dengan kemas pada teras mata kail. Kemudian bolehlah sapukan gam pada lilitan ini jika perlu (saya suka gunakan pengilat kuku sebagai ganti gam).
Tutorial 6
Masukkan squid head atau sotong getah sekiranya ingin memakai aksesori tambahan ini. Jika ingin dua sotong plastik ini, masukkan lagi satu dengan arah bertentangan.
Tutorial 7
Masukkan satu lagi mata kail dengan menerusi bahagian hadapan mata kail tersebut.
Tutorial 8
Ulangi proses yang sama bermula dari Step 1 sehingga ke Step 4 sehingga hasilnya jadi seperti ini.
Tutorial 9
Dapatkan keseimbangan (panjang yang sama kedua-dua mata kail) dengan memasukkannya pada apa saja jig yang ada.
Tutorial 10
Seterusnya masukkan solid ring.
Tutorial 11
Buatkan satu simpulan mudah bagi menghubungkannya dengan solid ring. Tarik dengan menggunakan playar agar ia menjadi kemas.
Tutorial 12
Assist hook berkembar yang mampu disiapkan dalam masa yang singkat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...