Ikan tongsan sisik halus merupakan ikan yang sangat tidak sepadan pemakanannya dengan karakter peribadi. Ikan yang hanyir berlendir ini amat menggemari umpan yang berbau wangi. Kalau tak cukup wangi memang susah ikan ini nak menjamah umpan. Berikut merupakan salah satu umpan yang berbau wangi semerbak untuk dicuba.
Bahan-Bahan:
1 kg dedak 929
Kelapa parut
Perisa Pisang Original
Perisa Honeydew Original
1 Kotak Air Kacang Soya
Cara-Cara Penyediaan:
Masukkan 1 kg dedak 929 ke dalam bekas bancuhan umpan.
Masukkan 5 penutup botol perisa pisang dan 3 penutup perisa honeydew (bila tambah atau kurangkan mengikut rasa sendiri) ke dalam dedak. Gaul hingga sehingga sebati.
Gunakan air kacang soya sebagai pengganti air untuk dicampurkan ke dalam dedak bancuhan. Masukkan air kacang soya sedikit demi sedikit sehingga dapat bancuhan dedak yang sesuai (tidak terlalu peroi dan tidak terlalu lembek).
Campurkan segenggam sahaja kelapa parut ke dalam bancuhan dedak. Gaul lagi sehingga sebati.
Umpan sudah sedia untuk digunakan. Jika memperolehi sedikit bau masam dari kelapa, simpan dulu bancuhan ini sekurang-kurangnya 3 jam sebelum digunakan.