Perairan Selat Melaka yang dalam dan berarus laju telah memaksa Kami memilih tarikh air yang hampir mati kerana tiada seorang pun di antara kami mempunyai set memancing elektrik. Hanya ada beberapa kekili multiplier 2 kelajuan (double speed) sahaja dan selebihnya spinning reels termasuk single speed multiplier. Jelas kelihatan sedikit kesukaran menanti kami walaupun trip belum lagi bermula.

 

Lubuk pilihan lubang-lubang yang mana berpotensi menghasilkan merah, jenahak dan kerapu serta gerut-gerut. Setelah selesai memunggah barang, tepat 9.35 pagi bot mula bergerak meninggalkan jeti untuk ke lubuk pertama yang mengambil masa selama kira-kira sejam setengah.

 

Umpan Throwback – Lubuk Ikan Gred A Perairan Sungai Besar

 

Masing-masing bersemangat apabila saat sauh dilabuhkan dan serta merta umpan dijatuhkan ke dalam air. Tekong menyarankan hirisan isi ikan kembung. Sotong pula disimpan untuk penggunaan malam hari kelak. Tak sampai 10 minit, tarikan pertama datang dari rakan saya, Jemik. Tiada aksi tarik menarik berlaku kerana hanyalah sang gerut-gerut bersaiz sederhana.

 

Sekali lagi, joran melengkung. Kali ini giliran Azizan pula menarik. Walaupun agak pening-pening lalat kerana mabuk laut, beliau akhirnya berjaya juga menarik seekor lagi gerut-gerut yang saiznya agak besar sedikit dari tadi. Tidak lama kemudian, masing-masing mula menarik gerut-gerut tak kira depan atau belakang bot dengan pelbagai saiz.

 

Umpan Throwback – Lubuk Ikan Gred A Perairan Sungai Besar

 

Tekong memutuskan berpindah lubuk selepas hampir 2 jam di situ dan jaraknya sekitar 30 minit perjalanan. Setelah berpusing-pusing di situ, Tekong mengajak ke lubuk lain kerana terdapatnya gangguan jaring di dasar.

 

Lubuk seterusnya terletak 2 batu dari situ dan dikatakan memiliki spesies merah dan kerapu. Kami tiba ketika air mula lemah. Tanpa menunggu lama, Ramesh yang baru sahaja melabuhkan umpan di tengah bot menahan asakan. Joran mula melentur-lentur ditarik ke bawah dan berdasarkan asakan tersebut, pasti ikan sisik sudah mengena.

 

Umpan Throwback – Lubuk Ikan Gred A Perairan Sungai Besar

Ads

 

LUBUK PELBAGAI PENGHUNI

 

Aksi tarik menarik agak sukar dikendalikan kerana tali ada-kalanya ditarik keluar di samping penggunaan spinning reels bersaiz sederhana. Akhirnya, sang merah idaman menyerah kalah! Kami semua mula menukar umpan baru dan muncul semangat baru.

 

Giliran Shan di bahagian depan pula mendapat tentangan sengit selepas selang 5 minit. Beliau cukup berhati-hati kerana menggunakan tali braided 30lb sahaja. Seekor lagi merah bersaiz sederhana tewas. Walaupun saiznya begitu, lariannya amat liar. Lubuk ini nampaknya ada hasil gred A. Sayangnya, tiada lagi tarikan sepanjang kira-kira 20 minit selepas itu.

 

Saya hanya berjaya menaikkan seekor gerut-gerut comel ketika masing-masing sedang leka menunggu joran direntap kasar. Seekor lagi gerut-gerut muncul dari belakang dipancing oleh Mr.Pen. Nampaknya merah sudah hilang dan diganti dengan gerut-gerut pula. Tekong menyuruh kami menunggu lagi dan bersabar.

 

Umpan Throwback – Lubuk Ikan Gred A Perairan Sungai Besar

 

Kami berpindah ke lokasi agak jauh selepas itu. Sekali lagi kami berhadapan dengan situasi jaring namun berjaya juga sauh dilabuhkan. Sekali lagi Shan memulakan aksi dengan satu tarikan agak kuat yang berlaku ketika beliau hendak memasukkan joran ke rod holder.

Ads

 

Timbul seekor ikan jenahak yang cacat matanya. Menurut Tekong, jenahak ini mungkin berasal dari Pulau Ketam dan dibuang dari sangkar kerana cacat. Azizan bingkas bangun apabila drag berbunyi selang 15 minit kemudian. Sekali lagi aksi tarik-menarik bermula.

 

Agak payah mengendalikan peralatan manual kerana faktor kedalaman dan arus namun berjaya juga menaikkan seekor lagi spesies yang sama tiada pula sebarang kecacatan. Kedua-dua ikan tersebut tiada logo hitam seperti kebiasaannya bagi spesies jenahak dan hanyalah bersaiz agak sederhana sahaja.

 

Umpan Throwback – Lubuk Ikan Gred A Perairan Sungai Besar

 

TUKAR LUBUK

 

Menjelang lewat petang tiada tangkapan besar seperti yang diharapkan. Masing-masing ada yang sudah tidur berehat di kabin bot. Makan malam disediakan apabila hari mula gelap dan di samping itu, kami berbincang dengan Tekong untuk ke lubuk seterusnya.

 

Ads

Lubuk seterusnya agak jauh sedikit di mana kami tiba di sana dalam tempoh 30 minit. Aksi pertama dimulakan oleh Jacob apabila beliau berjaya menaikkan seekor ikan yu. Selepas itu hampir semua dari kami mendapat gangguan daripada yu. Ada yang dilepaskan kembali dan ada juga yang disimpan.

 

Tekong menyuruh kami menggulung pancing kerana perlu membetulkan kedudukan bot. Sesekali gerut-gerut dan ikan kecil lain dinaikkan oleh kami di sini. Setelah hampir 1 jam tanpa ikan kasar, kami berpindah lagi.

 

Umpan Throwback – Lubuk Ikan Gred A Perairan Sungai Besar

 

Tekong memberitahu bahawa lubuk ini ada ikan merah. Tanpa menunggu lama, Alip bingkas merentap joran dan terus sahaja menggulung tanpa tentangan berat. Rupanya seekor tebal pipi tumpas di belakang bot dengan menggunakan umpan hirisan sotong. Dalam pada itu, serangan gerut-gerut masih berterusan hingga ke lubuk ini.

 

Boleh dikatakan, setiap lubuk kami mendapat spesies ini. Tiba-tiba Alip dilihat sedang menarik sesuatu yang kelihatan tidaklah begitu mencabar namun dragnya sesekali berbunyi juga. Sedang leka melihat Alip sambil memegang kamera, secara tiba-tiba, joran saya menerima asakan sama seperti beliau. Double strike nampaknya namun masih lagi kabur tentang ikannya.

 

Akhirnya timbul Ikan merah serentak! Kami berdua berjaya menaikkan ikan merah bersaiz remaja. Walaupun tidak begitu besar, faktor kedalaman termasuk daya juangnya membuatkan karauan kami tidak begitu mudah.

 

Umpan Throwback – Lubuk Ikan Gred A Perairan Sungai Besar

 

Ketika ini, terdapat beberapa ahli telah mula tidur dan ada juga yang ‘tidur-tidur ayam’ kerana telah lewat melepasi tengah malam. Sesekali terjaga, saya sempat bertanya rakan yang masih setia menunggu joran, namun tiada hasil menarik kecuali gangguan ikan kecil serta yu. Ia berterusan sehinggalah muncul matahari.

 

Selepas sarapan ala kadar, kami sepakat pulang awal ke jeti. Bagi kami, trip ini sukses kerana walaupun sehari semalam, kami tetap mendapat ikan gred A dan yang paling penting, dapat berkumpul dengan rakan pancing.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI