Gara-gara lama terkurung dan kurang diberi makan, sedikit sebanyak ia telah merubah selera ikan-ikan patin di kolam pancing. Hasil dari ujian lapangan selepas PKP, kami dapati resepi umpan ini menjadi pilihan utama.
Bahan keperluan:
2 Botol (saiz sederhana) perisa pandan kelapa Original
1 Botol (saiz sederhana) perisa pisang Original
2 Penutup botol perisa badam Original
Ads
Cara penyediaan umpan:
Sediakan sebuah bekas atau botol minuman kosong saiz 500 ml. Tuangkan 2 botol perisa pandan kelapa ke dalam botol kosong ini. Kemudian tuangkan pula 1 botol perisa pisang ke dalam botol tersebut.
Seterusnya masukkan pula 2 penutup botol perisa badan ke dalam botol tersebut.
Ads
Goncang botol campuran perisa pandan kelapa, pisang dan badam sehingga campurannya sebati. Sebaiknya biarkan 10 hingga 15 minit umpan ini sebati sebelum digunakan.
Cara penggunaan umpan:
Umpan ini boleh digunakan bersama apa saja roti sandwich, roti kentang, serbuk roti, dedak dan juga pelet. Untuk ujian ini pelet 920 menjadi pilihan dan digunakan dengan teknik perambut dua mata kail.
Ads
Rendam dan tos dengan segera 1 kg pelet di dalam bekas bancuhan umpan. Biarkan seketika sehingga pelet menjadi lembut.
Tuangkan umpan pandan pikat memikat ini (anggaran 10-15 penutup botol) ke atas pelet dan goncang hingga sekata. Biarkan seketika sehingga umpan meresap pada pelet.
Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail. Kemudian kepal pelet kira-kira segenggam pada kedua-dua mata kail dan pastikan mata kail tergantung kemas di tengah-tengah kepalan pelet.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tempe yang diperbuat daripada kacang soya merupakan makanan yang berkhasiat untuk manusia dan juga ikan.
Kekacang yang mengandungi protein ini jika diolah dan dicampur dengan beberapa bahan lainnya, ia mampu menjadi umpan yang sangat berkesan untuk memikat ikan.
Bahan-Bahan:
Tempe
Telur
Santan
Pes strawberi
Yis segera
Roti dadu
Cara Menyediakan Umpan:
Langkah 1
Potong kecil-kecil 2 bungkusan tempe ke dalam bekas pengisar.
Langkah 2
Pecahkan dan masukkan pula 2 biji telur ayam.
Langkah 3
Seterusnya masukkan santan segar atau santan kotak dalam anggaran 300gm atau lebih
Langkah 4
Masukkan kira-kira setengah sudu teh yis segera.
Langkah 5
Tambahkan pes strawberi anggaran 3 hingga 5 penutup.
Langkah 6
Kisar bahan tersebut sehingga lumat dan tuangkan ia ke dalam bekas simpanan.
Langkah 7
Sebaiknya umpan ini diperap dalam keadaan separuh penuh bagi mengelakkan ia meletup ketika proses pemerapan
Langkah 8
Setelah diperap selama 36 jam, umpan akan berubah warna da ia sudah boleh digunakan (tambah perisa pes strawberi jika perlu)
Langkah 9
Titiskan umpan ini ke atas roti dadu untuk dijadikan umpan
Langkah 10
Kepal roti dadu tersebut pada perambut dan mata kail yang akan digunakan.
Ikan baung merupakan ikan air tawar yang sedap dijadikan hidangan. Rasanya sangat enak dan dikategorikan sebagai ikan bernilai tinggi sehingga puluhan ringgit di sesetengah tempat bagi sekilogram.
Lazimnya ikan baung boleh diperolehi di mana-mana lokasi sungai dan sungai. Ikan ini aktif dan lebih mudah memancingnya bila selepas hujan, air sungai menjadi keruh dan serta pada waktu malam.
Untuk memancing ikan baung, umpannya tidaklah sukar dan tidak menolak apa sahaja jenis umpan berbau kuat. Jadi tidak hairanlah umpan tapa begitu sinonim dengan ikan baung ini. Namun berapa ramai yang tahan dan sanggup berhadapan menggunakan umpan ini.
Jadi untuk pilihan, apa kata gunakan daging burger sebagai umpan untuk memikat ikan ini. Syaratnya, perlu cari lokasi yang airnya mengalir (tidak terlalu deras) jika mahu menggunakan umpan ini.
Bahan-bahan
Daging burger
Tepung jagung
Cara penyediaan:
Tutorial 1
Daging burger perlu dinyahbekukan (dilembutkan) terlebih dahulu dan letakkan di dalam suatu bekas.
Tutorial 2
Campurkan sedikit tepung jagung.
Tutorial 3
Uli dan adun tepung jagung bersama daging burger.
Tutorial 4
Hasil adunan haruslah kenyal tetapi lembut.
Tutorial 5
Umpan burger yang telah siap. Hanya ambil dan cangkukkan pada mata kail dan terus boleh memancing.
Kalau para isteri selalu guna serbuk roti untuk membuat kueh atau apa-apa juadah… apa kata korang mintak isteri beli lebih serbuk roti tu untuk jadikan umpan mancing patin. Menjadi betul umpan ni!
Bahan-bahan keperluan:
Serbuk roti 1 kg.
Perisa kelapa Original.
Perisa soya Original.
Perisa honeydew Original.
Kelapa parut.
Cara penyediaan Umpan:
Sediakan satu bekas bancuhan. Kemudian masukkan sekilogram serbuk roti. Curahkan 10 penutup botol perisa kelapa original dan gaulkan hingga sekata.
Masukkan pula 10 penutup botol perisa soya Original dan gaul hingga sekata. Kemudian masukkan 5 penutup botol perisa honeydew dan gaul hingga kesemua bahagian serbuk roti mengenai perisa.
Kemudian masukkan kira-kira dua genggam kelapa parut dan gaul sehingga sekata.
Sekiranya adunan serbuk roti terlalu berderai, boleh renjiskan air demi sedikit dan pastikan ia sesuai untuk dikepal iaitu tidak terlalu peroi dan tidak pula terlalu liat.
Cara menggunakan umpan:
Gunakan perambut Y dua mata kail tali sulam atau tangsi. Cucuk kedua-dua mata kail dengan beberapa keropok jagung.
Buatkan kepalan kecil dengan serbuk roti pada mata kail tersebut dan kepal dengan kuat. Buatkan satu lagi kepala kecil pada mata kail kedua.
Kemudian gabungkan kedua-dua kepala kecil dengan serbuk roti dan kepal dalam anggaran saiz sebesar penumbuk.
Boleh juga kepalkan secara langsung kedua-dua mata kail yang telah dicucuk keropok jagung dalam kepalan besar tanpa perlu membuat kepalan kecil terlebih dahulu.
Apa yang penting adalah kepala tersebut tidak terlalu peroi sehingga sukar untuk membuat lontaran dan tidak terlalu liat sehingga kepala tidak pecah berderai di dalam air.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...