Sediakan bekas, masukkan minyak masak secukup rasa (bergantung kepada seberapa banyak umpan yang ingin dibuat).
Langkah 2
Masukkan pes perisa pandan sebanyak 6 penutup botol.
Langkah 3
Ads
Masukkan minyak serai senyak 6 penutup botol.
Langkah 4
Seterusnya masukkan esen tebu sebanyak 2 penutup dan esen pisang juga sebanyak 2 penutup botol.
Langkah 5
Ads
Bancuh campuran minyak, pes dan perisa ini hingga ia sebati.
Langkah 6
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga memperolehi adunan bersesuian dengan kemahuan anda.
Langkah 7
Adunan yang bagus ialah tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu lembik. Sekadar membolehkan ia dikepal dengan baik pada mata kail dan tidak berderai ketika membuat lontaran.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kita dah tengok rekod tangkapan ikan bersaiz monster. Sekarang kita tengok pulak 3 jenis hidupan marin tahap monster yang pernah didaratkan.
King Red Crab (Lokasi: Lautan Pasifik)
Ketam juga merupakan salah satu hidupan akuatik yang mempunyai ciri-ciri yang unik serta mempunyai rasa yang lazat sebagai hidangan.
Namun begitu, tahukah anda ketam terbesar yang pernah dinaikkan mempunyai berat sehingga 15kg? Itulah seekor ketam Varanger (Varanger king crab) dengan jarak hujung ke hujung hampir 2 meter yang pernah dinaikkan di Lautan Pasifik. Ketam Varanger ini juga sering digelar sebagai “red king crab”.
Sotong Gergasi (Lokasi: Lautan Artik)
Sotong gergasi ini telah ditangkap di Lautan Artik dan direkodkan seberat 1089 paun. Ia telah mengatasi rekod berat sotong sebelum itu yang direkodkan di New Zealand iaitu 992 paun. Panjang sotong gergasi dari Lautan Artik ini mencecah sehingga 6 meter panjang. Bayangkan betapa besarnya gergasi ini!
Lobster (Lokasi: Maine, Amerika Syarikat)
Lobster yang terbesar pernah ditangkap direkodkan di perairan Maine, New England di Amerika Syarikat. Lobster ini seberat 27 paun dan besarnya kira-kira saiz kanak-kanak berusia 3 tahun.
Ianya diberi nama ‘Rocky’ dan sepitnya sahaja mampu mencederakan lengan seorang lelaki dewasa. Beratnya tertumpu pada sepitnya dan ia dikatakan mampu mematahkan lengan jika disepit. Rocky telah dilepaskan kembali ke lautan beberapa hari selepas itu. Sekiranya belum mati, entah sebesar mana lobster ini sekarang.
Aku ada member, Min… dia ni punya gebang boleh tahan la jugak. Katanya, dia pernah casting dapat ikan puyu guna gewang. Betul ke puyu makan gewang, Min?
JAWAPAN:
Pemancing ni memang ada pelbagai ragam. Ada yang sembang kencang tapi macam tong kosong. Ada juga yang kaki gebang tapi bukan sembang kosong. Contohnya macam member anda itulah. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui tabiat pemakanan ikan puyu pasti menganggap ia hanya sembang bikin bimbang.
Untuk mengetahui kebenaran di sebalik kenyataan member anda memperoleh ikan puyu dengan teknik casting menggunakan gewang itu, kita mestilah melakukan sedikit kajian tentang diet ikan puyu.
Ikan puyu ialah haiwan maserba. Maserba membawa erti ikan puyu memakan hampir apa saja makanan. Di habitat asalnya, selain menjadikan tumbuhan akuatik, ikan puyu turut memakan serangga kecil atau moluska. Malah, dalam keadaan terdesak ikan puyu turut bertindak kanibal dengan memakan sesama spesies untuk kelangsungan hidup.
Atau dalam erti kata lainnya, apa saja gewang yang menyerupai diet pemakanan puyu yang melintas di hadapannya, berkemungkinan besar ia akan menyambarnya.
Secara peribadi pula saya tidak pernah casting puyu secara khusus tetapi pernah memperoleh puyu ketika casting haruan. Tidak pasti ia secara kebetulan atau tidak, puyu berkenaan benar-benar menyambar sesudu yang digunakan.
Malah saya pernah juga melihat rakan memperoleh puyu dengan menggunakan gewang mikro dan terbaru, umpan katak yang digunakan oleh seorang rakan untuk casting haruan turut sama berjaya mendaratkan seekor puyu yang agak besar saiznya.
UMPAN: Sejak bila anda memancing dan mula menjadi tekong / guide?
KHAIRUL: Saya memancing sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Maklum sajalah rumah berdekatan dengan Sungai Pahang.
Apabila dewasa saya mula memancing dengan menggunakan bot. Hanya kira-kira 4 atau 5 tahun lepas barulah saya menjadi guide dan bawa pemancing.
UMPAN: Kenapa anda memilih untuk menjadi guide atau tekong?
KHAIRUL: Tentulah kerana minat yang mendalam dan ingin berkongsi keseronokan memancing pelbagai spesies di Sungai Pahang ini dengan para pemancing.
Dulu saya memancing secara solo saja sehinggalah ada kawan-kawan yang ingin menyewa bot untuk trip casting ikan di Sungai Pahang. Ia lebih kepada kerja sampingan saja.
UMPAN: Pada pandangan anda, kriteria apa yang perlu ada pada seorang guide?
KHAIRUL: Bagi saya seorang guide perlu ada kesabaran dalam melakukan teknik casting terutama di kawasan sungai.
Ini adalah kerana kebarangkalian untuk strike di sungai adalah lebih rendah berbanding di kuala-kuala mahupun laut.
Sikap sombong perlu dijauhi agar ilmu yang ada dapat dikongsi bersama pemancing.
Kita juga harus sentiasa bersikap positif dan juga bersederhana agar ukhwah sesama pemancing rapat dan tidak kekok apabila memancing.
Tidak lokek ilmu salah satu yang perlu diterapkan kepada setiap guide.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
KHAIRUL: Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan populasi ikan semakin terancam dek pmbangunan dan kegiatan rakus manusia.
Kegiatan menuba,mengaran dan mengebom lubuk yang menyebabkan populasi ikan terjejas sekaligus menjadi rintangan yang perlu dihadapi tekong bot di Sungai Pahang ini.
Harapan saya agar kita sama-sama dapat mnjaga dan memelihara sungai dan ekosistem khazanah sumber rezeki ni agar populasi ikan dapat bertambah.
UMPAN: Ceritakan sedikit pengalaman pahit dan anda sepanjang menjadi guide?
KHAIRUL: Pengalaman manis tentulah apabila para pelanggan atau pemancing berjaya strike ikan popular Sungai Pahang seperti begahak, kenerak, juara dan macam-macam lagi.
Pengalaman pahit tu biasalah… terpaksa balik dengan tangan kosong atau kumpau.
Pakej servis
Saiz bot: 14kaki
harga sewa: RM100
Waktu memancing: 7am hingga 7pm
Lokasi: Pekan, Pahang
Jeti: D’ambang Resort
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...