Percaya atau tidak jika dikatakan salah satu sos umpan yang masih relevan digunakan ialah sos yang berasaskan tempe. Apabila ia digabungkan dengan beberapa esen perisa, ia membantu menguatkan lagi daya tarik umpan tersebut. Jom tengok penyediaan umpan ini.
Bahan-bahan:
Roti bun 2 bungkus
Sos tempe
Pes perisa pandan
Esen pisang
Esen nenas
Esen ros
Esen oren
Ads
Esen badam
Cara-cara penyediaan:
Step 1
Roti dipotong dadu dan dimasukkan ke dalam bekas bancuhan umpan.
Ads
Step 2
Campurkan semua esen sebanyak 2 penutup botol bagi setiap jenis esen.
Step 3
Masukkan pula 6 penutup sos tempe.
Ads
Step 4
Terakhir sekali masukkan pula 6 penutup pes pandan.
Step 5
Goncang bekas bancuhan umpan agar setiap roti dadu mengenai sos dan perisa umpan.
Setelah semua bahan bercampur, lekatkan ia pada mata kail dan dikepal mengikut kesesuaian diri. Seterusnya bolehlah dilontar ke spot pilihan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kita sudah ada umpan udang peram atau tapa khusus untuk memancing baung, kali ini kami ingin berkongsi pula cara-cara untuk menghasilkan umpan sotong peram pula. Umpan ini biasanya untuk memancing sembilang, duri dan lain-lain spesies bermisai. Jika kena pada lubuk, ikan gred A seperti jenahak, merah dan kerapu juga memakannya!
Bahan-bahan:
Sotong cumit (anggaran 500gm)
1 paket belacan
Cara penyediaan:
Terlebih dahulu ambil belacan dan bakar dengan api kecil. Boleh juga guna penyepit dan bakar secara langsung ke atas api atau gunakan tudung periuk sebagai lapik. Bakar jangan sampai hangus pulak… agak-agak je la. Tujuan dibakar untuk meningkatkan lagi bau belacan tersebut.
Potong sotong secara memanjang, saiz tak kisah…ikut selera pemancing dan saiz sotong. Kalau sotong cumit saiz kurang sejengkal biasanya potong 4 saja.
Selepas siap susun kepingan tadi atas kertas surat khabar untuk buang air dalam isi sotong. Tak perlu kering sgt. Atau boleh juga mengelapnya dengan kertas tisu. Tapi tidak perlu dicuci sotong terlebih dahulu.
Selepas itu sediakan satu mangkuk plastik atau bekas kedap udara dan tabur belacan untuk lapisan pertama. Tidak perlu tabur banyak sangat, memadai sajalah.
Setelah itu susun isi sotong tadi secara memanjang atas lapisan belacan tadi dan ulang proses yang sama sehingga selesai. Tabur ikut selera pemancing. Kalau nak lagi power belacan kasi lebih.
Tutup mangkuk dengan kemas dan ketat lepas tu bungkus dengan plastik dan ikat ketat-ketat. Atau boleh juga simpan terus dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti ais. Perap dalam masa sekurang-kurangnya 24jam sebelum menggunakannya.
Tip tambahan:
Umpan ini hanya sesuai digunakan sekali saja. Oleh itu buat anggaran banyak mana nak guna sebelum menghasilkannya.
Selain sotong, anda juga boleh menggunakan ikan lain seperti ikan belanak, selayang atau tamban.
Umpan pancing keli? Pakai cacing je bro… betullah tu kalau ada yang kata macam tu. Jangan kata keli, ikan kelah pun makan cacing. Tapi nak cari cacing tanah yang berkualiti bukan senang sekarang ni. Cacing tanah yang terjual di kedai pancing tu jauh dari kualiti sebenar.
Sekiranya anda sudah bosan menggunakan umpan alami, apa kata cuba umpan alternatif untuk mancing keli. Ada masanya umpan alternatif ini jauh lebih berkesan dari umpan alami. Jom buat!
Bahan-Bahan Keperluan:
1 Genggam perut atau usus ayam
1 Biji telur ayam (ayam kampung lagi bagus)
1 Keping keju Cheddar
Mi segera (dikisar halus)
Cara Penyediaan:
Pastikan perut ayam dibersihkan dengan sempurna. Kemudian dipotong pendek kira 2-3 inci. Ia bertujuan agar mudah dalam proses mengisar.
Kukus perut ayam hingga separuh masak atau menjadi lembut. Kemudian sejukkan seketika perut ayam tersebut.
Seterusnya masukkan perut ayam, telur ayam dan keju kraf ke dalam blender, kemudian kisar sehingga lumat. Seterusnya simpan di dalam bekas bertutup.
Cara Penggunaan:
Gaul bahan-bahan yang dikisar itu dengan sedikit serbuk mi segera sehingga menjadi doh yang lembut tetapi liat.
Kepalkan doh (sebesar ibu jari) pada mata kail dan lontarkan ke kawasan yang berpotensi ikan keli berkumpul.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...