Proses mengambil telur belangkas perlu dilakukan secara cermat dan berhati-hati. Lendir atau urat dari telur ini perlu diambil sekali. Jangan ambik telur saja. Nanti susah nak cangkuk kat mata kail kerana ia memegang telur dengan sempurna.
Langkah 2
Inilah rupa telur belangkas berserta urat dan lendir yang telah berjaya dikeluarkan dari cengkerangnya. Ia menjadi rebutan ikan-ikan pemangsa dan pelbagai spesies lain apabila belangkas melepaskan telurnya.
Ads
Langkah 3
Ambil urat dan lendir yang disaluti telur tu dan cangkuk pada mata kail seperti biasa. Cara cangkuk lebih kurang macam kita guna umpan hirisan ikan atau sotong.
Ads
Langkah 4
Cangkuk sampai umpan menutupi mata kail tetapi pastikan point mata kail itu tercucuk keluar dari umpan supaya mudah tercangkuk pada mulut ikan.
Ads
Langkah 5
Inilah rupa yang dah siap. Tapi kalau nak elak umpan ni tercabut semasa proses melontar, korang disarankan ikat umpan ni dengan benang elastik atau tali benang biasa. Jadi, kalau terbaling kuat tu taklah bersepai umpan korang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan barat-barat berperangai seperti sahabat rapatnya iaitu ikan jebong bergigi tajam yang gemar mengikis makanan dengan cara mengutis sedikit demi sedikit. Ini berdasarkan kepada ciri-ciri utamanya bermulut kecil dan memiliki gigi kapak kecil tajam.
Rahangnya tidak boleh membuka luas untuk menelan makanan sebesar ibu jari. Atas fizikal ini ikan barat-barat mempunyai kelebihan tersendiri dari terperangkap dengan mata kail kecuali yang mengunakan mata sekecil saiz apollo mengunakan umpan.
Saya perhatikan ia akan datang mendekati umpan, cium terlebih dahulu sebelum mengerak langkah lebih lanjut. Atas sifat ini ia amat berhati-hati dengan persekitaran dan jarang rakus dengan apa yang di jumpainya. Boleh dikatakan cara pemakananya serupa ikan buntal.
Umpan, Peralatan Dan Teknik
Apakah yang sesuai untuk memperdayakan seekor ikan bermulut kecil dan jenis suka mengutis. Malah celahan bibirnya pula hadir barisan gigi tajam yang mampu memotong tangsi atau perambut dengan mudah.
Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk membuka selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air? Persoalan ini haruslah dirungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.
Ikan barat bukanlah ikan idaman oleh hampir kesemua pemancing malah kehadiranya tidak diendahkan oleh kaki pancing laut dalam.
Bagaimanapun sekiranya kehadiran ikan ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa bosan menunggu sentapan atau getuan ikan sasaran utama, maka ada baiknya jika kita tambahkan sedikit ilmu untuk menjinakkannya.
Masa terluang di laut dapat digunakan sepenuhnya dengan aksi dan keseronokan melayan ikan leper dan mampu memberi tentangan pada setiap kali umpan dirembat.
Cara terbaik adalah penggunaan teknik apollo dengan 3 atau 4 mata kail halus sebesar mata udang nombor 9 atau 10.
Pilihan mata kail sebaiknya jenis teras panjang atau long shank di mana ia dapat memberi kelebihan kepada pemancing mengelakkan tangsi putus digigit ikan.
Mata kail O’shauneshy berteras panjang mengurangkan risiko dedahan tangsi terus kepada kesan gigitan ikan terutama kerana apitan gigi tajamnya.
Setelah saiz mata dipilih, perambut 20lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah. Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan.
Perambut utama sesuai sama ada 30lb atau 40lb dapat mengurangkan kebarangkalian perambut berpintal antara satu sama lain.
Kelong-kelong memancing khususnya yang didirikan lebih jauh ke tengah laut ternyata lebih berpeluang untuk menaikkan ikan cencaru berbanding kelong yang berada di kawasan sungai atau muara. Kelong-kelong yang terletak di perairan penyabong seperti Kelong Acheh merupakan destinasi terbaik untuk anda cuba melayan ikan cencaru ini.
Kawasan sekitar kelong boleh dianggap sebagai cetek. Oleh yang demikian kebanyakan ikan pemangsa atau pelagik seperti cencaru akan turut turun ke dasar jika menemui makanan. Disebabkan inilah memancing ikan cencaru menggunakan sabiki atau apollo yang diletakkan umpan segar lebih berkesan berbanding sekadar menggunakan apollo saja.
Tidak dinafikan malah sememangnya penggunaan sabiki atau biasa disebut sebagai apollo amat berkesan untuk memancing ikan cencaru. Namun di Kelong Acheh, penggunaan sabiki sahaja amat perlahan hasilnya. Berikut merupakan perkongsian pemilik Kelong Acheh untuk memancing cencaru.
Pertama sekali perlulah mencari ikan umpan seperti tamban dan selar dengan menggunakan apollo. Sebaiknya dapatkan ikan tamban. Untuk dapatkan ikan tamban ini gunalah apollo saiz 4 hingga 6.
Manakala apollo yang bagus untuk digunakan ialah apollo udang warna-warni (udang getah pada mata kail). Jika boleh biarkan ikan umpan ini hidup dengan menyimpannya di dalam bekas simpanan berudara. Atau disimpan bekas berais kerana kesegaran umpan amat penting untuk memancing cencaru.
Apabila mendapati kehadiran ikan cencaru mula memasuki kawasan kelong, gunalah ikan tamban ini sebagai umpan. Ikan tambah dibuang sisik dan kemudian dipotong kecil. Isi ikan ini kemudian dicangkukkan pada mata kail apollo saiz 12 hingga 16.
Apollo enam mata kail ini tidak perlu digunakan kesemuanya. Memadai hanya menggunakan 3 mata saja dengan cara memotongnya kepada dua bahagian. Secara tidak langsung ia lebih menjimatkan.
Apollo 3 mata kail yang telah dicangkukkan isi ikan tamban itu kemudiannya dilontarkan ke spot berdekatan kelong. Ia tidak perlu dilontar jauh. Biarkan batu ladung mencecah dasar dan kemudian sekadar tegangkan tali pancing dan tunggu. Konsepnya sama seperti pancingan dasar memancing ikan merah dan lain-lain lagi.
Sebelum anda pergi ke mana-mana trip memancing, tak kiralah sama ada laut dalam, tasik sungai pergunungan atau kolam-kolam pancing, sebaiknya pastikan kamera anda dalam keadaan bersih.
Pastikan kamera bebas daripada kesan debu atau berdebu, lensa kotor dipenuhi habuk, cap jari dan sebagainya.
Di sini kami ingin berkongsi sedikit tip ini dan mungkin ia dapat membantu anda dalam penjagaan kamera.
Tip Penjagaan Kamera
Elakkan menukar lensa di kawasan yang lembab, berpasir, berhabuk, melekit seperti di tepi pantai.
2. Jika boleh, pakai satu saja lensa dan teruskan gunakan lensa tersebut sehingga berada di tempat yang sesuai dan kering untuk menukar yang lain.
3. Tekan OFF kamera sewaktu menukar lensa. Ini kerana ada sensor yang sensitif, menarik habuk sewaktu pertukaran lensa dan ia akan menjadikan kamera cepat rosak.
4. Pegang kamera secara terbalik (mulut lensa di bawah).
5. Tukar lensa secepat yang mungkin supaya risiko masuk habuk kurang.
6. Sentiasa pastikan lensa dibersihkan menggunakan ‘lens pen’ selepas menukar lensa.
7. Bersihkan ‘image sensor’, sama ada anda lakukannya sendiri atau minta pertolongan daripada orang yang arif mengenai perkara ini.
Kamera anda boleh jadi rosak sekiranya
Anda menggunakan insect repellent terutamanya mereka yang alah dengan nyamuk atau serangga di luar terutamanya di kawasa berair seperti tasik, lombong, hutan, paya dan sebagainya.
2. Walaupun kamera tersebut anda gantung di leher, ia tetap terdedah dengan tiupan air laut yang melekit dan debu pasir yang berterbangan. Paling penting anda bawa tuala dan balut kamera anda sekiranya and tidak gunakan lagi atau simpan terus dalam beg kamera.
3. Terjatuh atau terhentak pada dinding. Yang ni memang anda kena cepat-cepat lihat kamera tersebut supaya kos untuk membetulkannya tidak sama nilai dengan harga sebiji kamera yang baru.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...