Umpan, Teknik, Set Terbaik Menewaskan Black Kingfish

Share

 

Aruan tasikmerupakan salah satu ikan trofi di kalangan kaki pancing termasuk pemancing di Malaysia. Aruan tasikatau aruan tasik cukup popular termasuk di kalangan pemancing joran panjang dari tebing berbatu dek kerana kekuatan luar biasanya.

 

Spesies ini sangat agresif dan sering bersedia untuk membuat henjutan baik daripada umpan hidup hingga ke umpan artifisial. Malah akses untuk memancing aruan tasikjuga tidak sukar memandangkan spesies ini tidak segan untuk berlegar berhampiran Kawasan tebing berbatu hampir dengan pantai.

 

 

Spesies ini mampu membesar sehingga 100lb dan mampu memberikan tentangan terhebat. Apa tidaknya, dek kerana kekuatannya ada kaki pancing di Malaysia memberikan gelaran si kapal selam kepada spesies ini. Tak hairanlah jika spesies aruan tasikmenjadi antara spesies idaman kaki pancing di Malaysia.

 

Aruan tasik hidup secara berpasangan dan kumpulan. Jika berhajat memancingnya, bersedia dengan set anda, kerana jika seekor telah kena, pasti ada kawanannya berhampiran.

 

 

Set pancing

 

Jika mahu memburu spesies ini, anda memerlukan set pancing dengan aksi medium-heavy bagi membantu anda memenangi pertarungan. Aruan tasik akan membuat larian luar biasa dan akan cuba mencari struktur seperti batu atau karang untuk memutuskan tali, malah spesies ini mampu memutuskan tali utama begitu sahaja jika kekuatan tali tidak mampu menampung larian luar biasa spesies ini.

 

Aruan tasik akan sentiasa menjadi lawan yang hebat ketika dipancing. Ketika memburu cobia, disarankan anda menggunakan perambut jenis fluorocarbon dengan kekuatan 50lb dengan panjang sekurang-kurangnya 6 kaki. Jika jarang atau tidak mendapat henjutan, gunakan perambut dengan saiz lebih kecil seperti 40lb.

 

 

Sebaliknya jika anda sering mendapat henjutan ketika menggunakan perambut 50lb namun sering kali terputus, bersedia untuk menukar leader anda kepada kekuatan 60lb.

 

Bagi memancing aruan tasik, kekili spinning merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang jarang menggunakan kekili konvensional. Begitu pun, set pancingan konvensional tetap mempunyai kelebihan tersendiri. Walaupun memerlukan sedikit teknik, sekali anda menguasai teknik penggunaan set konvensional, pasti anda tidak akan bertukar kepada kekili spinning lebih-lebih lagi apabila memancing ikan ganas seperti aruan tasik.

 

 

Umpan

 

Dalam pancingan spesies aruan tasik, tidak sukar untuk memilih umpan kerana spesies ini tidaklah terlalu memilih umpan. Namun di kalangan pemancing, pastinya terdapat beberapa jenis umpan yang diyakini keberkesanannya.

 

Umpan hidup merupakan antara pilihan bagi kaki pancing. Oleh kerana spesies aruan tasikmerupakan spesies ikan pelagik, teknik drifting, menghanyut atau separuh air antara teknik ampuh untuk menjerat spesies ini. Selain umpan hidup, sotong juga cukup menjadi dalam memancing ikan ini.

 

 

Selain ikan dan sotong sebagai umpan hidup, hirisan ikan, sotong dan ketam juga tidak terkecuali dalam menjadi alternatif umpan memancing aruan tasik. Jika menggunakan umpan ketam, buangkan cangkerang atas ketam dan selebihnya dipotong dua jika anda mahu mencuba umpan ketam.

 

Selain itu, umpan artifisial atau umpan tiruan juga cukup mujarab terutama bagi pemancing yang gemar menggunakan set konvensional.

 

 

Antara yang paling popular ialan teknik slow jigging. Unjunan yang disasarkan untuk jenahak dan kerapu, biasanya ketika jig dikarau naik atau jatuh, jika ada ikan ini di persekitaran anda jigging, pasti akan disambar. Maka, bersiap sedialah dengan ledakan adrenalin untuk anda mengaraunya.

Published by
Amang