Bagi sungai yang keruh airnya, masa inilah boleh melepaskan hajat mencari sang baung yang aktif keluar mencari makan.
Gunakan umpan apa? Semestinya umpan yang kuat baunya akan lebih efektif waktu ini.
Tetapi bagi yang tidak mahu gunakan umpan tapa, anda sebenarnya boleh lebih kreatif dengan mencipta sendiri umpan ala-ala tapa menggunakan isi udang yang diperam dengan belacan. Jadi bolehlah anda mencuba seperti gambar di bawah.
Bahan-Bahan:
Udang pasar
Belacan
Langkah 1
Sediakan udang dan kopek isinya.
Ads
Langkah 2
Isi udang yang telah dikopek diisi ke dalam bekas bersama belacan.
Langkah 3
Hancurkan belacan dan gaul.
Ads
Langkah 4
Isi udang boleh dipotong kecil mengikut kehendak anda atau dikelar badannya agar bau belacan lebih meresap. Tambahkan sedikit air.
Langkah 5
Ads
Tutup di dalam bekas tertutup rapat dan biarkan ia lebih dari 2 hari agar sebati. Lagi lama lagi baik. Selepas tempoh berkenaan, bolehlah menggunakannya.
Kedengaran macam merepek, tetapi sukar pula untuk menolak kemungkinannya. Tentu saja ramai kurang percaya aroma durian turut digemari oleh ikan. Rupanya ikan patin juga terbuka selera apabila umpan diadun dengan aroma dan perisa durian.
Penyebaran aroma melalui minyak di dalam air merupakan satu kaedah yang sangat mujarab. Ia membantu aroma umpan tersebut lebih cepat sampai ke deria bau ikan sekaligus menghampirinya. Konsep itulah yang digunakan dalam tutorial membuat umpan ini.
Bahan-Bahan:
Minyak Durian MyePescado
Pes Strawberry MyePescado
Esen Nenas Star Brand
Kelapa Parut
Pelet 920
Cara Penyediaan:
Tutorial 1
Lembutkan dahulu 2kg pelet 920 di dalam bekas bancuhan umpan. Kemudian masukkan 15 penutup botol pes strawberry.
Tutorial 2
Gaul rata pelet sehingga setiap palet kelihatan berwarna merah yang menandakan ia sudah diresapi pes strawberry.
Tutorial 3
Masukkan pula 2 penutup botol minyak durian dan gaul rata pelet.
Tutorial 4
Seterusnya masukkan pula 3 penutup botol esen nenas dan gaul palet agar sekata.
Tutorial 5
Masukkan 2 genggam kelapa parut dan gaul. Umpan sudah boleh digunakan atau boleh diperam untuk kegunaan pada lain masa.
Tutorial 6
Umpan yang sedia untuk digunakan dan hasil yang diperoleh kurang dari 10 minit selepas umpan dilontar ke lubuk.
LAIN KOLAM LAIN TABIAT PEMAKANAN IKANNYA. JIKA KOLAM ITU BIASA DIAJAR MAKAN PERUT AYAM, MAKA PENGGUNAAN UMPAN KONGKANG (UMPAN PERUT AYAM YANG DIPROSES DAN TIDAK BERBAU BUSUK) ADALAH ALTERNATIF TERBAIK. DAN UMPAN TEPUNG YANG MENGGUNAKAN KONGKANG ADALAH PILIHAN TERBAIK KERANA KEUPAYAANNYA UNTUK MENGAPUNG DENGAN BAIK DI DALAM AIR.
Bahan-bahan Umpan:
Umpan Ulong (kongkang)
½ kilogram tepung gandum
½ kilogram tepung jagung
1 paket mauripan
Esen pisang
Air
Pewarna
Cara-Cara Penyediaan Umpan:
Masukkan setengah kilogram gandum ke dalam bekas bancuhan.
Masukkan setengah kilogram tepung jagung dan seratakan campurannya.
Masukkan sepaket mauripan dan gaulkan hingga rata.
Masukkan 15-20 penutup Umpan Ulong (kongkang) dan gaul hingga sebati.
Masukkan 4 penutup esen pisang dan gaul lagi sehingga rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
Masukkan pewarna sekiranya perlu. Gaulkan adunan ini sehingga sebati.
Cara-Cara Menggunakan Umpan:
Simpan adunan di dalam bekas tertutup rapat dan jemur selama 4 jam sehingga adunan menjadi kembang.
Gunakan perambut dua mata dan cucuk jajan pada mata kail.
Balut atau gentel jajan itu dengan adunan tepung. Sekiranya adunan agak lembik, bolehlah tambahkan lagi tepung gandum.
Mata bom merupakan gabungan perambut bermata kail berangkai yang disambungkan gelungan dawai atau spring. Rangkaian mata kail sebanyak 3-10 ini akan dicangkuk dengan umpan sama ada roti atau pellet. Sementara spring pula akan dikepal dengan bancuhan dedak sebagai umpan rasuah untuk menarik ikan datang.
Mata bom atau mata rambai ini merupakan benda penting untuk memancing rohu. Walaupun pelbagai teknik dan cara digunakan namun bagi aku mata bom jugalah yang selalu digunakan. Di kedai pancing banyak terjual mata bom ni namun bagi bagi seorang pemancing, buat sendiri mata bom memberi satu kepuasan.
Ia merupakan satu kerja seni dan salah satu cabang seni dalam memancing. Setengah orang kata ia kerja yang leceh namun tidak bagi pemancing tegar.
Bahan keperluan:
Spring
Jarum
Swivel
Tali sulam
Getah paip akuarium
Kevlar
Tutorial 1
Sambung spring dengan swivel menggunakan kevlar (tali sulam bersaiz kasar) kira-kira 2 inci panjang.
Tutorial 2
Ikat 3 perambut tali sulam pada cincin swivel mengikut ikatan yang anda biasa gunakan.
Tutorial 3
Masukkan getah paip akuarium paip oxigen pada tali perambut dan swivel sehingga menyentuh spring dan keluarkan tali perambut dari dalam getah paip.
Tutorial 4
Kemudian ikat getah paip dengan kuat agar spring tidak lari apabila ikan tarik mata kail (bukan takut ikan terlepas atau putus tapi swivel yang atas akan turun ke bawah dan nak tarik bagi sediakala susah sebab lubang getah sempit).
Tutorial 5
Kemudian masukkan tali perambut benang pada lubang jarum (pastikan jarum bersaiz besar) untuk dimasukkan ke dalam lubang paip.
Tutorial 6
Tali perambut yang dikeluarkan dari getah paip bolehlah diikatkan mata kail yang sesuai. Kemudian buat perambut 2 mata kail untuk disambungkan pula pada spring bahagian bawah.
Tutorial 7
Perambut spring mata bom yang siap untuk digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...