2 Botol (saiz sederhana) perisa strawberi Original
1 Botol (saiz sederhana) perisa durian Original
1 Botol kosong (500 ml) untuk campuran umpan.
CARA PENYEDIAAN:
Ads
Sediakan sebuah bekas atau botol minuman kosong saiz 500 ml. Tuangkan 2 botol perisa strawberi ke dalam botol kosong ini. Kemudian tuangkan pula 1 botol perisa durian ke dalam botol tersebut.
Goncang botol campuran perisa strawberi dan durian sehingga campurannya sebati. Sebaiknya biarkan 10 hingga 15 minit umpan ini sebati sebelum digunakan.
Ads
NOTA:
Umpan strawberi durian ini boleh digunakan bersama apa saja roti sandwic, roti kentang, serbuk roti, dedak dan juga palet. Untuk ujian ini palet 920 menjadi pilihan dan digunakan dengan teknik perambut dua mata kail.
CARA PENGGUNAAN UMPAN:
Ads
Rendam dan tos dengan segera 1 kg palet di dalam bekas bancuhan umpan. Biarkan seketika sehingga palet menjadi lembut.
Tuangkan umpan strawberi durian (anggaran 10-15 penutup botol) ke atas palet dan goncang hingga sekata. Biarkan seketika sehingga umpan meresap pada palet.
Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail. Kemudian kepal palet kira-kira segenggam pada kedua-dua mata kail dan pastikan mata kail tergantung kemas di tengah-tengah kepalan palet.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Dipercayai ikan siakap akan mudik hulu sungai dari bulan Jun hingga Ogos setiap tahun dan akan menjadikan muara sungai sebagai tempat persinggahan. Pada masa ini ramai nelayan dan pemancing akan tertumpu ke muara sungai untuk memburu siakap. Lazimnya ikan siakap ini mematuk pancing pada awal pagi atau lebih dikenali sebagai kepala pasang oleh para nelayan.
Jangka masa ikan galak makan umpan biasanya tidak lama, hanya sekitar setengah jam dari bermulanya air pasang pagi. Waktu permulaan pasang, arus bergerak perlahan dan waktu inilah siakap aktif memakan umpan.
Siakap akan kembali aktif apabila arus air kembali tenang iaitu di antara penghujung pasang dan permulaan surut. Jangka waktu di antara akhir pasang dan permulaan surut ini tidak lama. Sebab itulah timing air pasang dan surut di muara sungai amat penting dititikberatkan.
Sementara itu ada juga di beberapa tempat, waktu-waktu paling sesuai untuk memburu siakap pada musim air mati. Pada masa tersebut, air pasang malam agak besar dan menghasilkan arus yang agak deras.
Keadaan ini amat sesuai untuk ikan-ikan dari laut memasuki muara mengikut arus. Sebaliknya pada siang hari air pasang dan surut tidak besar perbezaannya. Keadaan sebegini menghasilkan arus air yang lembut, amat sesuai untuk ikan-ikan khususnya siakap singgah dan bermain-main di reba.
“Doa keselamatan kami…” Begitulah harapan seorang rakan admin yang bertugas di sebuah pelantar minyak perairan Terengganu.
Menurut beliau, banyak pelantar minyak milik Petronas yang berada di dalam laluan ribut tropika Pabuk itu teruk dibadai menjelang subuh tadi.
Sehingga tengah hari ini ribut mula reda namun operasi dihentikan dan semua pekerja diarahkan bersiap sedia di dalam quarters.
Diberitakan juga (info dari offshore) platform Cpoc dan platform Cekerawala carigali Hess sempadan Thailand semua kontrak dan staff diarahkan pulang serta merta kerana angin dan ombak di jangka luar kawalan. Namun berita ini tidak dapat disahkan. Sementara usaha menyelamat menggunakan helikopter adalah mustahil dapat dilakukan dalam keadaan cuaca buruk.
➡ (Suasana pada siang 2 Jan)
Berikut dilampirkan amaran saiklon yang berlaku di pelantar minyak perairan Terengganu dan Kelantan.
ECC Update 030530hrs
Wind Speed & Swell (current):
Puteri | 45-50 knts | 6.5-7.0 mtr
Sepat | 85 knts | 9.0 mtr
Angsi | 30-40 knts | 4.5-5.0 mtr
Resak |30-35 knts | 2.5-3.0 mtr
PM9 | 45-50 knts | 4.5-4.0 mtr
Dulang | 37-45 knts | 3.5-4.0 mtr
TBC | 35-40 knts | 5.0-5.5 mtr
Resak | 30 knts | 2.8 mt
Dyb | 32-40 knts | 5.0-5.5 mtr
BuK | 45-52 knts | 8.0-8.5 mtr
2. Peak weather (as of 030430 hrs);
Penara – 022300 hrs / 34 knts
Puteri – 030500 hrs / 32 knts
BuK – 030300 hrs / 60 knts
Sepat – 030400 hrs / 90 knts
Concerns:
FSO BuK rolling angle decrese to 8 deg with the slightly reduction of wind speed. Swell maintain around 8.5m. All personnel are awake and on high alert. Some of them having severe dizziness
Sepat reach max wind speed @ 85 knts and in RED ZONE. Swell increase to 9.0m. Rolling around 2 deg port, 2 deg stb. Sepat A stranded personnel are on very high alert. Current high swell reach cellar deck which office cabin located. POB Sepat A standby with life jacket!!
Sepat standby boat SK Line 79 still nearby the area (2.5 nmile). Setia Gagah has slightly back off 4.5 nmile (keep distance) from Sepat area
Other locations wind speed within 40-50 knots with swell 4.0-5.0 meter.
Sepat and BuK are on very high alert!!
Let’s pray for our friends at Sepat & BuK (Bunga Kertas)!!
8 Julai bersamaan 14 Syawal, ketika kebanyakan orang lain sibuk menganjur atau menghadiri rumah terbuka sempena Aidilfitri, saya bersama sembilan lagi rakan yang berkongsi hobi sama, meraikan rumah terbuka dengan konsep yang berbeza.
Setelah menyuarakan perancangan dan mendapat sambutan menggalakkan dari rakan-rakan yang maka kami jayakan trip memancing dengan konsep hari raya.
Secara tidak langsung ia perjumpaan hari raya tanpa perlu bertandang ke rumah antara satu sama lain untuk berhari raya.
Sebagai yang dirancang saya, Junaidah, Fazila, Azimah, Shana, Hanim, Mastura, Anum, Ekin dan Ira bertemu di atas kelong kupang, di Sabak Bernam lengkap berpakaian hari raya.
Setelah bersalaman dan berbual sebagaimana laku kaum hawa bertemu di musim perayaan, kami segera melaksanakan matlamat utama ke kelong kupang ini, apa lagi kalau bukan memancing!
Hakikatnya bukan saya seorang, malah hampir semuanya tidak sabar-sabar lagi untuk menghayun joran dan mengayuh kekili setelah lama berehat panjang.
Tambahan pula ketika kami tiba di kelong ini air sedang pasang. Jadi kami tidak mahu melepaskan waktu memancing yang ideal ini begitu sahaja.
Berbekalkan udang hidup yang ditempah daripada tuan kelong dan udang mati yang dibawa sendiri, kami memulakan sesi memancing dengan penuh kegembiraan.
Tanpa perlu menunggu lama, umpan yang kami labuhkan tidak jauh dari kawasan kelong menerima getuan ikan.
Ikan-ikan lazim yang biasa ditemui di kawasan kelong seperti gelama, bulus, duri dan tetanda menjadi tangkapan awal yang diperoleh.
Boleh dikatakan semua joran ahli trip mengena. Walaupun ia bukanlah ikan sasaran utama namun ia tetap menggembirakan kami.
Kami tak kisah ikan apa yang nak makan umpan kami. Nama pun memancing di kawasan kelong yang sememangnya menjadi habitat ikan-ikan tersebut.
Jika ada rezeki dan bersabar, pasti akan muncul juga ikan-ikan idaman seperi pari, jenahak, senangin serta kerapu.
Sebelum lewat petang seekor sotong kurita memakan umpan dan tersangkut pada mata kail. Tanpa berlengah saya segara menjadikan sotong kurita itu sebagai umpan.
Setelah tiga puluh minit menanti tanpa sebarang sambaran, saya karau kembali pancing yang menggunakan umpan sotong kurita tersebut.
Kemudian saya lontar kembali sotong kurita yang sudah mati dan hanya tinggal badan dan kepala sahaja. Tanpa disangka-sangka lima belas minit kemudian joran saya melengkung dan tali pancing diseret keluar.
Pantas saya mencapai joran dan gigih berusaha menjinakkan ikan yang memakan umpan sotong kurita mati tersebut. Beberapa minit kemudian saya berjaya juga mendaratkan seekor ikan pari dalam anggaran tiga kilogram ke atas kelong.
Biarpun ikan pari tersebut merupakan tangkapan terbesar dalam trip ini namun saya belum berpuas hati kerana tangkapan rakan-rakan lain turut hebat.
Ada yang berjaya menaikkan senangin dan ada juga yang berjaya dapat jenahak. Justeru itu sejurus kembali ke daratan keesokan petangnya, saya bertekad untuk kembali lagi ke kelong kupang untuk mencari jenahak pula.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...