Sotong kurita biasanya mendiami kawasan yang berlumpur dan berbatu-batu. Sotong kurita adalah spesies yang paling bijak menyembunyikan diri dengan sifat penyamarannya yang semulajadi. Oleh yang demikian, penggunaannya perlulah bijak memilih dasar lokasi.
Sotong cumit pula mendiami kawasan di pertengahan air di semua kawasan. Ia merupakan spesies yang amat aktif pada waktu malam. Biasanya ia memburu secara berkumpulan dengan turun dan naik mengikut kedalaman air dan pengaruh cahaya bulan.
Jika anda ingin menggunakan kedua-dua umpan ini pertimbangkanlah beberapa faktor sebagaimana berikut:
Sotong kurita lebih berdaya tahan dari sotong cumit. Ia bagus untuk tempoh yang lama berbanding sotong cumit.
Sotong kurita boleh digunakan pada waktu siang dan malam, sedangkan sotong cumit lebih efektif pada waktu malam.
Sotong kurita sebenarnya lebih digemari oleh banyak pemangsa berbanding sotong cumit disebabkan ia mendiami habitat dasar dan senang diburu. Sedangkan sotong cumit mendiami kawasan pertengahan air dan sukar diburu.
Jika memancing pada waktu malam sotong cumit adalah lebih baik dari sotong kurita disebabkan sotong cumit mengeluarkan cahaya apabila ianya di dalam stress dan kesakitan akibat cangkukan mata kail. Fenomena ini membuatkannya lebih mudah dikesan oleh ikan pemangsa.
Dalam keadaan segar setelah mati, sotong cumit masih mampu mengeluarkan cahaya. Oleh yang demikian, ia lebih efektif berbanding sotong kurita yang telah mati walaupun masih segar.
Sotong kurita tidak mudah mati, sedangkan sotong cumit sebaliknya.
Sotong kurita juga dapat dijadikan umpan sedikit demi sedikit dgn cara memotong kakinya, namun ia tetap hidup. Sedangkan sotong cumit harus digunakan seekor sekaligus, jika dipotong ianya akan mati.