Walaupun terdapat pelbagai jenis umpan berperisa di pasaran, namun umpan berasaskan sos masih menjadi nadi penguat umpan untuk memikat ikan seperti patin.
Salah satu sos umpan yang masih relevan digunakan ialah sos yang berasaskan tempe.
Apabila ia digabungkan dengan beberapa esen perisa, ia membantu menguatkan lagi daya tarik umpan tersebut.
Bahan-bahan:
Roti bun 2 bungkus
Sos tempe
Pes perisa pandan
Esen pisang
Esen nenas
Esen ros
Esen oren
Ads
Esen badam
Cara-cara penyediaan:
Langkah 1
Roti dipotong dadu dan dimasukkan ke dalam bekas bancuhaan umpan.
Ads
Langkah 2
Campurkan semua esen sebanyak 2 penutup botol bagi setiap jenis esen.
Langkah 3
Masukkan pula 6 penutup sos tempe.
Ads
Langkah 4
Terakhir sekali masukkan pula 6 penutup pes pandan.
Langkah 5
Goncang bekas bancuhan umpan agar setiap roti dadu mengenai sos dan perisa umpan.
Setelah semua bahan bercampur, lekatkan ia pada mata kail dan dikepal mengikut kesesuaian diri. Seterusnya bolehlah dilontar ke spot pilihan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ramai yang panik apabila disengat lebah kerana bimbang dengan kesan gigitan tersebut. Setelah disengat lebah, lakukan beberapa langkah ini sebagai cara mengatasi bisa sengatan tersebut.
Cabut penyengat secepat mungkin
Setelah disengat lebah, segera lepaskan penyengat yang tertinggal di kulit secepatnya atau dalam waktu 30 saat. Anda dapat menggunakan kuku, pinset atau sebagainya. Lakukan ini dengan hati-hati agar tidak memecah kantung racun tersebut. Dengan melakukan hal ini, anda telah membatasi jumlah racun yang masuk ke aliran darah.
Tanggal cincin atau gelang
Jika memakai cincin dan mengalami sengatan di bahagian jari atau sekitarnya, segera tanggalkan cincin tersebut. Hal ini untuk menghindari efek pembengkakan yang akan berlaku.
Cuci bahagian yang Disengat
Setelah melepaskan penyengat dari permukaan kulit, cuci bahagian tersebut dengan air dan sabun.
Tuam dengan ais
Selanjutnya, anda boleh tuam denga ais pada bahagian terkena sengat untuk mengurangi pembengkakan.
Dapatkan rawatan segera
Bila anda mengalami tanda dan gejala reaksi alergi berat atau anafilaksis, segera dapatkan rawatan perubatan di pusat kesihatan berdekatan.
Apa nak buat jika diserang lebah ketika berada di sungai atau hutan sedang memancing?
Terjun ke dalam air dan cuba selam seberapa lama yang boleh.
Jangan pukul lebah yang menyengat anda, kerana ia akan menjadikan keadaan bertambah lebih teruk.
Jangan membatukan diri, ini adalah cara yang salah, kerana lebah akan terus menyerang jika anda membatukan diri
Lari seberapa laju yang mungkin dan seberapa jauh yang boleh, kerana lebah hanya akan menyerang jika merasakan diri mereka diancam, dan pastikan anda berlari berlawanan arah dari arah anda diserang.
Jika anda berkhemah di lereng bukit, jangan lari menuruni lereng bukit,kerana ia amat merbahaya, pastikan anda lari mengikut permatang bukit ataupun jalan bukit.
Seandainya anda tidak mampu lari, cuba capai selimut, kain khemah, sleeping bag, fly-sheet, ataupun apa sahaja yang boleh dibuat selimut, selimutkan diri anda dan batukan diri, tapi cara ini amatlah tipis keberkesanannya.
Rebahkan diri ke atas tanah, cuba ambil daun-daun kering, dan litupi badan anda dengan daun-daun kering serta cuba ambil tanah dan timbuskan tubuh anda.
Tutup telinga dan hidung anda seboleh-bolehnya ketika berlari, kerana lebah lebih cenderung untuk menyengat bahagian-bahagian di kepala.
Menjadi kelaziman apabila memancing di sekitar pelantar minyak di perairan pantai timur, antara acara awal yang dilakukan adalah mencari umpan dengan kaedah menunda atau trolling sabiki (apollo) yang biasanya dibuat sendiri oleh tekong atau awak-awak. Sementara ikan yang diburu dengan kaedah ini adalah ikan tongkol atau ikan aya. Dan proses ini dipanggil ngolok ikan aya.
Apollo umpan yang berwarna-warni diikat ke mata kail biasanya 40-50 bentuk mata kail digunakan. Jarak di antara satu perambut ke satu perambut yang lain sepanjang 30-50cm. Bulu apollo tersebut diperbuat daripada tali rafia biasanya berwarna hijau yang racik halus.
Awak-awak akan menurunkan set ngolok sepanjang 15-18 meter ini tatkala bot akan menghampiri kawasan unjam. Setelah mendapat isyarat daripada tekong perambut ngolok ini dilepaskan di belakang bot sama ada di sebelah kanan atau kiri bot dan kadang-kala mereka mengolok di kedua-dua sisi bot.
Ikan aya akan menyambar bulu sabiki yang umpama ikan bilis yang diseret di permukaan laut. Apabila terasa berat, awak-awak akan meminta tekong memperlahankan bot. 2-3 orang diperlukan untuk menarik 30-40 ekor ikan aya yang tersangkut di mata kail.
Ikan-ikan aya yang menggelepar di lantai bot dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam raga. Apabila raga penuh, ikan dicurahkan ke dalam tong ais sebagai bekalan umpan sepanjang sesi memancing. Isi ikan aya yang mengandungi banyak darah dan kuat baunya antara penyebab kenapa ia begitu cepat ‘memanggil’ penghuni dasaran.
Jika tidak untuk mencari umpan bagi sesi memancing, teknik ngolok ini turut dilakukan oleh nelayan bagi menangkap ikan aya.
Sepanjang pengamatan saya memancing tamok di rumah rakit (Rakit Muara), waktu terbaik untuk dapat tamok bersaiz besar atau tamok mega ialah pada waktu malam. Terutamanya ketika air bani pada waktu malam.
Ada beberapa teknik yang sesuai untuk dicuba. Salah satu cara yang biasa dilakukan oleh pemancing ialah dengan menggunakan amboh atau koyan.
Sememangnya penggunaan koyan lebih berkesan untuk mendapatkan tamok mega pada waktu malam.
Sambil tidur ayam menanti joran yang lain yang ditarik ikan, koyan yang berumpankan roti dilabuhkan bersebelahan dengan bunjut roti.
Bagi yang belum mengetahui, bonjot roti ialah ramasan roti yang diletakkan di dalam bunjut. Ia berperanan sebagai rasuah untuk memanggil tamok.
Apabila tamok datang, ia akan mengambil roti yang dicucuk mata kail kerana tidak dapat memakan roti di dalam bunjut.
Adalah penting tali koyan tidak terikat sebaliknya dipegang dengan jari. Ini membolehkan jari dapat mengesan sebarang getuan.
Andai lewat menyentap, tamok akan membawa lari tali ke bawah tiang atau tong pelampung yang berteritip tajam. Maka berputih matalah jawabnya.
Ruginya kalau yang mengena itu tamok mega.
Satu lagi teknik yang paling berkesan ialah memancing di rumah rakit. Caranya ialah mencari lantai papan yang berlubang.
Saiz lubang sekitar 1 kaki x 1 kaki atau sekurang-kurangnya yang boleh menaikkan ikan tanpa banyak masalah.
Cara ini adalah untuk mengelirukan tamok yang terlalu sensitif kepada bunyi dan cahaya lampu.
Tangkapan tamok efektif pada waktu malam hari dalam keadaan yang senyap dan penggunaan lampu yang terhad.
Teknik yang digunakan ialah mata kail diikat terus pada tali utama tanpa penggunaan pemberat atau batu landung dan pelampung.
Umpan roti pula dilepaskan sekadar mencecah permukaan air dan kelihatan terampai-ampai seperti keadaan roti hanyut.
Harapan untuk menipu tamok mega yang berlegar di bawah permukaan air amat tinggi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...