Untuk mencari pes perisa di pasaran itu mudah. Namun pes perisa seperti pandan atau strawberi hanya bersifat bahan tambahan kepada sesuatu umpan.
Umpan berbentuk sos cecair yang diadun dengan pelbagai campuran bahan inilah yang tidak banyak terjual di pasaran.
Namun ia boleh dihasilkan sendiri sebagaimana sos umpan dalam perkongsian ini.
Bahan-bahan keperluan:
1 kotak air kacang soya (1 liter)
Ads
4 sudu besar Milo
3 biji telur itik
1 bekas taufufakosong (banyak terjual di pasar malam)
1/2 paket yis segera
1 biji kelapa tua (diparut)
Ads
Cara-cara pembuatan:
(Semua bahan-bahan ini boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar tanpa perlu mengikut aturan atau kuantiti. Yang penting kesemua bahan dikisar halus sehingga sama ada dikisar sekaligus ataupun diulang sehingga habis.)
Tempe dipotong kecil kemudian dimasukkan ke dalam bekas pengisar. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan sebaiknya setiap kali mengisar terdapat kesemua bahan.
Ads
Setelah kesemua bahan dikisar sehalus yang mungkin, masukkan sos ke dalam bekas seperti botol sehingga 3/4 penuh.
Sos ini perlu diperam bagi menjalani proses penapaian sekurang-kurangnya 5 hari sebelum boleh digunakan. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil yang boleh menyebabkan letusan berlaku sekiranya ia disimpan di dalam bekas bertutup dan akan melimpah keluar jika kuantitinya terlalu padat di dalam bekas simpanan.
Sos umpan ini amat sesuai digunakan bersama roti. Pada waktu ia digunakan nanti bolehlah ditambah sedikit perisa seperti pandan atau strawberi bergantung selera ikan di mana-mana kolam pancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Scorpio torpedo yang juga dikenali sebagai hardtail scad, finny scad, finletted mackerel scad atau cordyla scad adalah spesies ikan laut yang diklasifikasikan dalam keluarga ikan jack and horse mackerel family, Carangidae.
Taburan ikan cencaru agak meluas di seluruh rantau Indo-Pasifik tropika, dari Afrika Selatan di barat ke Tonga di timur, memanjang ke Jepun di utara dan Australia di selatan. Ikan ini hidup antara 20 – 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Maka tidak hairanlah ia terdapat dengan jumlah yang agak banyak di negara kita.
Ikan cencaru adalah ikan pelagik yang hidup dalam kumpulan besar. Lazimnya ia boleh ditemui di lapisan permukaan kedua lautan dan laut luar pantai. Ia mudah dikenal pasti oleh kedua-dua badan berbentuk ‘torpedo’ dan satu siri sirip yang tersembunyi di bahagian belakang sirip dorsal dan sirip anal.
Spesies Megalaspis cordyla ini mampu membesar panjang sehingga 80 cm dan berat sehingga 4 kg. Walau bagaimana pun spesimen yang biasa ditemui sekitar 40 cm sahaja. Ia adalah spesies pemangsa dengan menjadikan pelbagai ikan, cephalopods dan krustasea sebagai sumber makanannya.
Ikan cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Ikan ini mempunyai 7 – 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian sirip dorsal dan sirip anal.
LAIN KOLAM LAIN TABIAT PEMAKANAN IKANNYA. JIKA KOLAM ITU BIASA DIAJAR MAKAN PERUT AYAM, MAKA PENGGUNAAN UMPAN KONGKANG (UMPAN PERUT AYAM YANG DIPROSES DAN TIDAK BERBAU BUSUK) ADALAH ALTERNATIF TERBAIK. DAN UMPAN TEPUNG YANG MENGGUNAKAN KONGKANG ADALAH PILIHAN TERBAIK KERANA KEUPAYAANNYA UNTUK MENGAPUNG DENGAN BAIK DI DALAM AIR.
Bahan-bahan Umpan:
Umpan Ulong (kongkang)
½ kilogram tepung gandum
½ kilogram tepung jagung
1 paket mauripan
Esen pisang
Air
Pewarna
Cara-Cara Penyediaan Umpan:
Masukkan setengah kilogram gandum ke dalam bekas bancuhan.
Masukkan setengah kilogram tepung jagung dan seratakan campurannya.
Masukkan sepaket mauripan dan gaulkan hingga rata.
Masukkan 15-20 penutup Umpan Ulong (kongkang) dan gaul hingga sebati.
Masukkan 4 penutup esen pisang dan gaul lagi sehingga rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
Masukkan pewarna sekiranya perlu. Gaulkan adunan ini sehingga sebati.
Cara-Cara Menggunakan Umpan:
Simpan adunan di dalam bekas tertutup rapat dan jemur selama 4 jam sehingga adunan menjadi kembang.
Gunakan perambut dua mata dan cucuk jajan pada mata kail.
Balut atau gentel jajan itu dengan adunan tepung. Sekiranya adunan agak lembik, bolehlah tambahkan lagi tepung gandum.
Dalam tempoh PKP berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara, secara tiba-tiba istilah perikanan rekreasi menjadi popular. Semua kerana tidak semua pemancing faham apa yang dimaksudkan dengan perikanan rekreasi.
Menangkap ikan menggunakan tali dan mata kail (sama ada menggunakan joran atau hand-held line) yang bukan untuk tujuan komersil.
Tangkapan mungkin dilepaskan semula atau disimpan untuk kegunaan serta merta sendiri atau lingkungan sosial tetapi tidak dijual atau ditukar kepada barangan lain.
Didorong oleh faktor-faktor seperti cabaran, pencapaian, sukan, riadah, hiburan, aktiviti sosial melibatkan air, dan sebagainya.
dan perbagai bentuk perniagaan dan organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pancing rekreasi.
Apakah perbezaan antara pancing rekreasi (recretional angling) dengan sukan memancing (sport fishing)?
Sukan memancing adalah satu bentuk pancing rekreasi yang lebih mengutamakan cabaran untuk mendapat dan menangkap ikan berbanding keenakkan isi dan harga ikan di pasaran – mensasarkan game fish.
Secara mutlak menggunakan joran dan kekili – untuk cabaran maksimum. Lebih bersifat kesukanan, berorentasikan pertandingan dan melibatkan aspek teknikal yang kompleks.
Beberapa takrifan perikanan rekreasi ditentukan berdasarkan kaedah dan perkakasan yang digunakan, sebahagian yang lain pula menumpukan kepada aspek tujuan. Apapun, perikanan rekreasi adalah tentang:
Menangkap ikan untuk bergembira
Menangkap ikan dengan tujuan berhibur, bersantai dan berseronok, melebihi keperluan untuk dijadikan makanan atau produk-produk lain.
Menangkap ikan untuk kepuasan hati dan bebas dari unsur ‘terpaksa’.
Kewujudan, nilai dan kemampuan Industri Perikanan Komersil bergantung kepada ikan dan nilainya di pasaran sebaliknya Industri Perikanan Rekreasi bergantung kepada pemancing dan perbelanjaan mereka.
Industri Perikanan Rekreasi di Eropah
Jumlah perbelanjaan pemancing rekreasi diseluruh Eropah memcecah 25 billion setahun (2005).
8-10 billion disumbangkan oleh pemancing laut (8-10 juta orang).
Secara perbandingan nilai dagangan perikanan komersil di 25 negara anggota EU adalah sekitar 26 billion (hanya 1 billion mengatasi perikanan rekreasi).
16% dari rakyat US (>34 juta orang) adalah pemancing.
28.4 juta adalah pemancing air tawar dan 9.1 juta adalah pemancing laut.
Puratanya setiap pemancing memperuntukkan 16 hari dan membelanjakan $1,046 setahun untuk memancing.
Umumnya, 2/3 perbelanjaan adalah untuk trip memancing dan selebihnya untuk perkakasan.
Pancing rekreasi menyediakan lebih 1 juta peluang pekerjaan sepenuh masa dan menyumbang sebanyak $116 billion kepada ekonomi US pada tahun 2004. (American Sportfishing Association, 2005)
Jumlah perbelanjaan pemancing rekreasi seluruh dunia dianggarkan $2.5 trillion (ASA, 2005)
Potensi Industri Perikanan Rekreasi di Malaysia
Dianggarkan terdapat 2 juta pemancing rekreasi di Malaysia (PeMM, 2005) dan meningkat sekitar 2.2 juta pada 2010. Jika seorang berbelanja sekitar RM1,000 setahun, pendapatan yang mampu diraih adalah RM2.2 billion.
23% dari hasil keseluruhan perikanan komersil (RM9.5b), hampir menyamai sumbangan akuakultur (RM2.8b) dan mengatasi perikanan laut dalam (RM1.3b).
Berdasarkan anggaran pulangan, perikanan rekreasi adalah merupakan satu industri altenatif bagi mengembalikan potensi / nilai sumber-sumber perikanan yang telah mencecah MSY (Maximum Sustainable Yeild).
Namun AWAS! Pemancing rekreasi yang tidak terdidik mampu menjadi liabiliti kepada sumber perikanan sedia ada, apatah lagi bilangan mereka (2.2 juta) melebihi jumlah nelayan (129,622).
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...