Sos umpan buatan sendiri yang dinamakan Papazola merupakan bahan umpan yang boleh digunakan secara terus dengan roti atau pelet untuk memancing ikan patin.
Akan tetapi, jika umpan Papazola ini dicampur dengan beberapa perisa lainnya, ia akan menguatkan daya tarikan ikan untuk memakan umpan.
Berikut diperlihatkan cara-cara penggunaan umpan sos papazola ini bersama beberapa perisa jenama Papa Paste.
Bahan-bahan keperluan:
Ads
Papazola
Perisa pandan Papa Paste
Perisa durian Papa Paste
1 kg pelet E8
250 ml air panas
Cara Penyediaan Umpan:
Masukkan 1 kg palet E8 (boleh juga gunakan palet 6363 atau 920) ke dalam bekas bancuhan bertutup.
Ads
Tuangkan 250 ml air panas ke atas palet dan segera goncang agar setiap biji palet diserapi air. Perap kira-kira 15 minit dan bolehlah goncang beberapa kali dalam tempoh tersebut.
Curahkan sebanyak 8 penutup botol sos Papazola ke atas palet dan goncang sehingga palet sekata. Biarkan atau perap lagi palet di dalam bekas bertutup selama 15 minit.
Ads
Tuangkan pula kira-kira 40 ml Papa Paste pandan ke atas palet dan goncang. Kemudian masukkan pula 10 ml Papa Paste durian dan goncang. Perap seketika dan umpan sudah boleh digunakan.
Perap seketika dan umpan sudah sedia untuk digunakan untuk memancing ikan patin yang merupakan spesies sasaran utama umpan Papazola ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan pari ialah spesies ikan yang tidak mempunyai tulang keras melainkan tulang rawan.
Walau bagaimana pun ia masih mempunyai kulit belulang keras yang perlu dibuang. Oleh yang demikian harus ada cara-cara yang betul untuk menyiang ikan pari.
Langkah 1
Hiris bahagian belakang pari yang berbelulang keras kira-kira 1 cm.
Langkah 2
Lapah atau potong menyerong pada bahagian di bawah belulang tersebut dari ekor hingga ke matanya.
Langkah 3
Siat atau tarik bahagian yang telah dilapah, bahagian insang agak keras dan perlu ditakik untuk memisahkannya.
Langkah 4
Hiris atau potong pada bahagian muncung pari untuk proses membuang insangnya.
Langkah 5
Potong bahagian insang pari keseluruhannya dan keluarkan.
Langkah 6
Kemudian hiris pula bahagian abdomennya bagi mengeluarkan isinya perutnya.
Langkah 7
Seterusnya bolehlah dipotong pari seberapa banyak potongan yang dikehendaki.
Apakah ikatan pertama yang perlu anda lakukan sebelum boleh memancing? Setuju atau tidak, ikatan penyambungan tali utama pada gelendung kekili atau spool knot adalah ikatan pertama yang perlu dilakukan.
Tali perlu dimasukkan ke kekili dan teknik ikatan yang paling mudah adalah dengan menggunakan teknik uni knot.
(*Bekas simpanan tali yang digunakan adalah contoh pengganti gelendung kekili)
Cara membuatnya:
Tutorial 1
Masukkan tali utama ke dalam spool sebanyak dua kali lilitan.
Tutorial 2
Tarik keluar hujung tali sekurang-kurangnya sejengkal untuk memudahkan kerja simpulan.
Tutorial 3
Lingkarkan hujung tali ke atas tali utama dan mulakan lilitan ke dalam lingkaran tersebut (sama sebagaimana anda melakukan ikatan uni)
Tutorial 4
Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan tetapi tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ketulan simpulan yang besar di dalam spool.
Tutorial 5
Tarik hujung tali sehingga satu simpulan terbentuk pada tali.
Tutorial 6
Kemudian tarik tali utama (bukan hujung tali) sehingga simpulan itu merapati spool. Tarik dengan kuat sehingga lilitan kemas pada spool.
Tutorial 7
Seterusnya potong lebihan tali serapat yang mungkin pada simpulan ikatan.
Tutorial 8
Ikatan yang sudah siap… bolehlah mulakan proses menggulung tali ke dalam spool.
Ikatan lubang cincin mata kail atau Davy Knots merupakan ikatan simpulan yang cukup asas tetapi sangat berkesan. Tutorial-tutorialnya yang ringkas membolehkan ia dihasilkan sambil memejam mata. Ia bagus kerana boleh dihasilkan tanpa bantuan cahaya sekiranya memancing pada waktu malam.
TUTORIAL 1
Ikatan ini boleh dihasilkan menggunakan tali perambut atau tali utama dengan kili atau mata kail yang memiliki lubang cincin sahaja.
TUTORIAL 2
Masukkan hujung tali utama atau perambut ke dalam lubang cincin mata kail atau kili.
TUTORIAL 3
Buatkan satu lingkaran bulat dengan bahagian hujung tali menindih bahagian atas tali utama.
TUTORIAL 4
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang terhasil tadi.
TUTORIAL 5
Setelah itu lingkarkan hujung tali bagi memasukkanya kembali ke dalam lingkaran.
TUTORIAL 6
Kemudian keluarkan kembali hujung tali berkenaan dari lingkaran. Simpulan dan lingkaran berakhir di sini.
TUTORIAL 7
Perlahan-lahan tarik tali utama sambil memegang simpulan agar tidak bertindan antara satu sama lain.
TUTORIAL 8
Tarik dan ketatkan simpulan sekemas mungkin kemudian potong lebihan tali dan bakar hujungnya sebagai stopper.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...