Sekiranya anda pernah menggunakan umpan pes Chili Red, pastinya anda sudah terbiasa dengan hasil pancingannya.
Namun penggunaan pes agak terhad kerana akan menyebabkan roti menjadi lembik. Kelemahan ini diatasi dengan menggunakan serbuk Powder Chili Red.
Bahan :
2 Bungkus roti bun
1 Paket Serbuk Powder Chili Red.
Setengah biji Kelapa Parut.
4 Penutup Umpan Ulong Chili Red.
6 keping roti sandwic Mighty White
Ads
LANGKAH 1
6 keping roti Mighty White dipotong dadu sebesar kuku jari kelingking. Roti dadu ini akan dijadikan inti atau roti yang akan dicangkuk pada mata kail.
LANGKAH 2
Masukkan roti dadu (inti) ke dalam bekas bancuhan, kemudian tuangkan 2 penutup botol pes Chili Red, dan digoncang rata.
Kemudian masukkan pula serbuk Powder Chili Red secukup rasa dan ratakan.
Ads
LANGKAH 3
Siatkan atau buangkan bahagian kulit roti bun sebanyak dua bungkus itu.
Kemudian carik-carikkan roti bun sehingga menjadi cebisan yang kecil.
LANGKAH 4
Ads
Masukkan roti bun yang telah dicarik ke bekas bancuhan berasingan, kemudian taburkan serbuk Powder Chili Red sehingga rata ke permukaan roti bun tersebut. Kemudian gaul ia hingga rata.
LANGKAH 5
Masukkan pula setengah biji kelapa parut dan digaul rata. Tambah lagi serbuk Powder Chili Red secukup rasa dan gaul rata kesemuanya.
LANGKAH 6
Masukkan pula 2 penutup pes Chili Red dan gaul rata dan letak umpan dalam bekas yang bertutup. Sebaiknya umpan diperam semalaman agar proses perapan berlangsung dengan sempurna.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha gewang memancing?
AFIQ: Kalau memancing tu memang sejak dari kecil lagi saya sudah mulakan, tapi dalam bidang handmade gewang ni masih baru. Saya mula berjinak dalam bidang gewang buatan tangan ini pada hujung tahun 2014.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini dan bagaimana sejarah permulaannya?
Afiq: stas sebab minat yang mendalam dalam hobi casting telah membuatkan saya meminati bidang ini.
Ditambahkan pula pada masa itu seorang sahabat saya memperkenalkan produk jump frog dari Thailand dan saya telah jatuh hati pada umpan tiruan tersebut.
Tak lama selepas itu saya mengenali seorang pengusaha jump frog (Joe Loomis) yang juga dekat dengan kampung saya, saya jatuh hati buat kali kedua apabila melihat dan menguji jump frog buatan beliau lalu telah berguru dengannya.
Dari situ saya belajar buat gewang handmade dan terus usaha memahirkan diri sehinggalah sekarang dah masuk bab gewang GT (popping).
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
AFIQ: Antara rintangan mencabar yang saya hadapi ialah modal yang diperlukan untuk mengeluarkan satu-satu model kerana gewang buatan saya adalah hasil kajian saya sendiri dan bukannya ciplak gewang di pasaran.
Rintangan yang mengganggu emosi pula apabila ramai sabahat dan pelanggan yang meminta untuk tiru brand yang tersedia ada di pasaran sedangkan saya berpegang pada
prinsip ‘tidak meniru’ saya mahu guna sebaik mungkin akal yang Allah s.w.t beri pada saya. Orang boleh buat takkan kita tak boleh, kan?
UMPAN: Apa kelebihan produk yang anda hasilkan?
Kelebihan produk saya adalah setiap gewang yang saya hasilkan saya akan mengujinya dimata manusia dan juga di mata ikan… jika baik kedua-duanya dan saya berpuas hati dengan hasilnya barulah saya pasarkan model tersebut.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dihasilkan dari produk ini?
AFIQ: Pencapaian yang paling membanggakan buat saya tak lain tak bukan apabila pengguna mendapat hasil dengan gewang hasil air tangan saya.
Selepas siri pertama yang lalu, kali ini kami menyenaraikan siri kedua pisau yang boleh dianggap terbaik pernah dihasilkan di dunia. Bagi kaki pancing itu sendiri, pisau merupakan salah satu alatan penting dalam hobi memancing yang perlu dibawa sama ada tujuan keselamatan ketika memancing, meredah hutan, berkhemah, memotong dan melapah ikan, menghiris umpan dan banyak lagi. Mari kita lihat, siri seterusnya.
The Ulu
The Ulu adalah pisau unik yang diinspirasikan oleh orang asli Amerika. Ia berbentuk pisau pencincang yang hebat. Bilah berbentuk bulan sabit ini sekitar 3 hingga 4 inci dan pemegang pisau secara langsung di bahagian atas. Hari ini, pisau Ulu banyak dibuat secara komersial sebagai cenderamata. Jika anda mahu The Ulu berkualiti, cuba dapatkan daripada Knives of Alaska.
Schrade Uncle Henry
Dinamakan sempena Henry Baer, Schrade ini muncul pada 1960-an. Terdapat pelbagai jenis pisau Uncle Henry, tetapi antara yang terbaik adalah folder tiga bilah ini. Ia mempunyai bilah saber, sheepsfoot dan pisau Spey yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Pisau ini antara pisau yang mempunyai harga yang berpatutan dan berbaloi dimiliki.
Victorinox Swiss Champ
Dengan 30 alatan serba guna ditangkainya, Champ Swiss adalah evolusi pisau Swiss Army (asal mempunyai empat bilah). Kebanyakan orang agak skeptikal dengan kualiti dan keupayaan pisau potongan model Swiss Army, namun Victorinox Swiss Champ memang berada pada satu tahap yang berbeza.
George Herron Model 6 Drop Point
George Herron bermula pada awal 1960-an dengan gaya Randall, kemudian bertukar kepada pisau gaya Loveless dan akhirnya membangunkan gaya sendiri yang akhirnya menjadi gaya ikutan semua orang. Pisau Herron sangat praktikal dan mempunyai hasil tempaan rapi dan mata yang tiada tandingan. Model 6 adalah versi pisau buruan dengan mata drop-point.
DiamondBlade Goddard Traditional Hunter
Pada tahun 2007, Charles Allen, pengasas DiamondBlade, memperkenalkan satu siri pisau hasil tempaan dengan proses yang dipanggil geseran penempaan, yang diadaptasi daripada teknologi kimpalan. Proses ini melibatkan keluli yang ditempa di bawah tekanan dan darjah haba yang tinggi, menghasilkan bilah yang lebih keras, lebih tajam dan lebih kuat daripada biasa. Ketajaman pisau ini menyebabkan sarungnya terpaksa direka semula bagi mengelakkan dihiris oleh bilahnya.
Lone Wolf Knives Harsey T3 Ranger
T3 Ranger merupakan pisau model folder ditempa untuk memburu. Bilah gaya drop-point hampir 5 inci panjang dan pemegang cukup besar menjadikannya selesa dipegang. Pisau ini datang dengan sarung tali pinggang taktikal yang cukup bergaya. Jika anda memiliki T3 Ranger ini, mungkin anda tidak memerlukan pisau dengan bilah tetap lagi.
Nessmuk Knife
Nessmuk adalah pisau dengan bilah double-bitted kecil dengan reka bentuk tersendiri. Nessmuk adalah satu bilah 5-inci yang nipis dengan lengkung ketara menguliti bilah dengan mata drop-point. Jika anda mencari satu pisau yang baik, pisau Bark River Lil ‘Nessy ini adalah contoh pisau Nessmukery yang baik.
Woodman’s Pal
Pisau unik ini diinspirasikan pada 1941, apabila Fredrick Ersham meletakkannya di pasaran selepas 10 tahun dalam kajian dan pembangunan. Versi moden pisau ini menggunakan pemegang kayu keras dan anda boleh menggunakan Pal sebagai cangkuk, parang, pisau dan kapak. Ia boleh melakukan hampir semua kerja pemotongan berasaskan pisau.
Knives of Alaska : Brown Bear
Secara teknikal, Brown Bear adalah parang, bukan pisau. Apa pun, anda masih boleh menggunakannya sebagai pisau atau parang, atau kapak. Dengan bilah 6 1/2 inci, bahagian hadapan pisau ini bulat dan tajam serta mempunyai lubang untuk jari telunjuk anda pada bahagian belakang bilah. Rekaan pisau ini juga agak unik dan menjadi kegemaran pengumpul.
The Buck Model 110
The Buck Model 110 muncul pada tahun 1963 dan segera menjadi sensasi. Pisau jenis lipat atau folder ini ditempa dengan tembaga berbingkai yang cukup kuat untuk melakukan kerja-kerja seperti pisau dengan bilah tetap. Buck menjualnya dengan tali pinggang hitam kulit sebagai sarung kerana terlalu berat untuk diletakkan di dalam poket. Setelah 45 tahun dalam pasaran tempaan pisau, Buck telah terjual dengan nilai lebih kurang 14 juta.
Secara ringkas, ikan sesirat atau nama umumnya longfin snake-eel merupakan spesies ikan dari keluarga belut yang boleh ditemui di perairan ekstuari.
Dalam dunia memancing, sesirat merupakan antara tangkapan yang tidak dikehendaki oleh sesiapa pun.
Ia dianggap sebagai ikan pengacau umpan sebagaimana ikan buntal, mengkerong dan sebagainya lagi.
Malah, jika dibandingkan dengan buntal, ramai yang memilih biarlah buntal yang tersangkut pada mata kail dan bukannya sesirat.
Walaupun buntal mampu memutuskan perambut atau tali utama, perasaan benci terhadap sesirat jauh mengatasi segalanya.
Kebencian ini berpunca daripada sifat sesirat yang mempunyai sejenis lendir berbau serta toksik yang menjadi alat pertahanan diri untuk ikan tersebut.
Apabila ia tersangkut pada mata kail ia akan bertindak bagi melepaskan diri dengan cara membelit dan bergumpal pada dan lendir akan dikeluarkan membuat perambut berbelit serta hanyir.
Walau pun tiada bukti saintifik menyatakan perambut dan mata kail yang terkena lendir sesirat akan menyebabkan ikan akan datang dekat kepada perambut tersebut, adalah
disarankan ganti sahaja perambut dan mata kail yang baru. Ia ibarat petua memancing yang diperturunkan oleh pemancing-pemancing terdahulu.
Jika difikir secara logiknya pula, ada sumber mengatakan lazimnya lubuk yang dihuni oleh sesirat ini tidak akan dihuni oleh ikan-ikan bergred tinggi.
Kalau ada pun cuma belukang atau duri. Dikatakan juga kehadiran sesirat itu boleh menyebabkan ikan-ikan lain lari sesuatu lubuk, begitulah jugalah dengan kesan lendirnya
pada perambut yang berkemungkinan besar akan menyebabkan ikan-ikan lain tidak akan mendekatinya.
Dari sudut lain yang ramai tidak tahu, sesirat ini juga merupakan salah satu umpan mujarab untuk memancing ikan pari.
Lazimnya, ikan pari yang didaratkan menggunakan umpan sesirat, semuanya bersaiz besar.
Untuk menggunakan sesirat sebagai umpan, ia perlulah dibiarkan kering seketika bagi menghilangkan lendirnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...