Diketahui umum pokok kelapa merupakan pokok serba guna. Kelapa turut menjadi salah satu bahan penting dalam dunia memancing khususnya pancingan kolam air tawar. Gabungan kelapa dan roti boleh menjadi umpan yang cukup berkesan.
Bahan-bahan:
Perisa Kelapa Original
Perisa Pandan Kelapa Original
Kelapa parut goreng
Kelapa parut peram
Roti ban (kosong atau manis)
Cara penyediaan:
Langkah 1
Parutkan roti ban sekitar 4-5 buku ke dalam bekas.
Langkah 2
Masukkan kira-kira segenggam kelapa parut yang telah digoreng sehingga wangi.
Langkah 3
Masukkan pula kira-kira segenggam kelapa parut yang telah diperam semalaman.
Langkah 4
Setelah digaul dengan sekata masukkan kira-kira 5 penutup perisa kelapa.
Langkah 5
Masukkan pula 3 penutup perisa pandan kelapa dan gaul sekata.
Langkah 6
Lebihan roti ban dipotong dadu untuk dijadikan inti dicucuk pada mata kail.
Langkah 7
Cucuk roti dadu yang telah digaul bersama umpan pada mata kail.
Langkah 8
Inti yang dicucuk pada perambut dua mata kail.
Langkah 9
Kepal umpan roti kelapa pada mata kail yang dicucuk inti tadi.
Langkah 10
Umpan yang dikepal dengan sederhana sedia untuk digunakan.