Diketahui umum pokok kelapa merupakan pokok serba guna. Kelapa turut menjadi salah satu bahan penting dalam dunia memancing khususnya pancingan kolam air tawar. Gabungan kelapa dan roti boleh menjadi umpan yang cukup berkesan.
Bahan-bahan:
Perisa Kelapa Original
Perisa Pandan Kelapa Original
Kelapa parut goreng
Kelapa parut peram
Roti ban (kosong atau manis)
Cara penyediaan:
Langkah 1
Parutkan roti ban sekitar 4-5 buku ke dalam bekas.
Ads
Langkah 2
Masukkan kira-kira segenggam kelapa parut yang telah digoreng sehingga wangi.
Langkah 3
Masukkan pula kira-kira segenggam kelapa parut yang telah diperam semalaman.
Langkah 4
Setelah digaul dengan sekata masukkan kira-kira 5 penutup perisa kelapa.
Ads
Langkah 5
Masukkan pula 3 penutup perisa pandan kelapa dan gaul sekata.
Langkah 6
Lebihan roti ban dipotong dadu untuk dijadikan inti dicucuk pada mata kail.
Ads
Langkah 7
Cucuk roti dadu yang telah digaul bersama umpan pada mata kail.
Langkah 8
Inti yang dicucuk pada perambut dua mata kail.
Langkah 9
Kepal umpan roti kelapa pada mata kail yang dicucuk inti tadi.
Langkah 10
Umpan yang dikepal dengan sederhana sedia untuk digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Perisa atau pes Original sebenarnya sudah boleh digunakan terus bersama roti, palet atau dedak untuk dijadikan umpan. Untuk tarikan yang lebih, ia boleh dicampurkan dan dimasak. Malah umpan yang dimasak boleh meningkatkan lebih aroma dan tahan lebih lama.
Bahan-bahan keperluan:
Perisa pandan kelapa Original
Perisa kelapa Original
Perisa pisang Original
Minuman berkarbonat aiskrim soda
Cara Penyediaan sos:
Masukkan setengah botol (anggaran 150 ml) perisa pandan kelapa Original ke dalam periuk.
Campurkan pula kira-kira 50 ml minuman berkarbonat aiskrim soda.
Masukkan tiga penutup botol perisa kelapa Original.
Tambahkan dua penutup botol perisa pisang Original.
5. Kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas atau botol simpanan.
Cara penggunaan sos:
Sos ini boleh digunakan bersama roti sandwic, roti kentang, roti bun, palet atau juga dedak. Cara penggunaan sama sahaja dengan cara penggunaan jika menggunakan sos atau perisa lainnya.
Lazimnya sos atau umpan ini digunakan untuk memikat spesies patin namun ikan rohu dan tongsan turut sama menggemari aromanya.
Hendak memikat ikan tongsan sisik halus memakan umpan sebenarnya tidak semudah untuk mendaratkannya. Berikut merupakan satu cara untuk menghasilkan umpannya.
Bahan-bahan keperluan:
1. Dedak 929 Matsumoto
2. Serbuk 001 Biskut Matsumoto
3. Serbuk 002 Strawberi Matsumoto
4. Serbuk 007 Pandan Matsumoto
5. Perisa Susu Matsumoto
6. Umpan gam Matsumoto
Cara-cara penyediaan umpan
1. Masukkan satu paket dedak 929 Matsumoto ke dalam bekas bancuhan. Kemudian campurkan satu paket serbuk 001 Biskut Matsumoto. Gaul hingga sekata Kemudian masuk suku paket serbuk 002 strawberi Matsumoto dan suku paket serbuk 007 pandan Matsumoto. Gaul ia hingga sekata.
2. Masukkan kira 3 hingga 5 penutup botol perisa susu Matsumoto dan gaul adunan hingga sekata. Akhir sekali masukkan kira-kira segenggam kecil umpan gam Matsumoto (jika perlu) bagi mengikat adunan ini agak tidak terlalu berderai.
3. Masukkan air (air kolam) sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga adunan menjadi doh yang sesuai untuk dikepal pada spring. Doh yang elok ialah doh yang mudah berderai ketika berada dalam air.
Cara penggunaan umpan:
1. Kepalkan dengan kemas doh atau adunan ini pada spring satu atau dua mata kail kira-kira sebesar penumbuk. Sekiranya menggunakan teknik dasar, letakkan gabus kecil pada mata hingga mata kail mampu terapung dan biarkan kosong sekiranya menggunakan teknik apung.
2. Sebaiknya setiap balingan umpan ke satu tempat yang sama dan pilihlah spot yang dipercayai menjadi laluan tongsan yang lazimnya kira-kira 15 kaki dari tebing kolam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...